Isnin, 1 Mac 2010

dia

Aku tidak tahu apa yang sedang aku alami sekarang. Perasaan apa yang sedang menyelubungi diri aku sejak kebelakangan ini. Mungkinkah ini hanya khayalan atau mainan jiwaku yang kerap dibisik syaitan yang ingin menyesatkanku ke jalannya, tatkala suhu badanku meningkat di atas paras normal. Perasaan ingin tahuku sangat tinggi melebihi suhu panas badanku. Tapi, aku cuba untuk bersandar pada tiang kesabaranku. Mungkin ini hanya dugaan pada dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini.

Dia,

dialah yang sering bermain-main di fikiranku sehingga melekap kemas di jiwaku, seakan-akan tidak membenarkan wajah itu lepas dari fikiranku. Seperti sudah tertanam di tanah subur itu.

Matanya, aku pejam kemas.

Senyumnya, sejuk hatiku melihatnya.

Dan aku, terus biarkan diri ini tergantung di tali itu. Tergantung tanpa mengharapkan belas dari orang yang melihatku. Nafasku sesak..mataku meronta..Sampai bila aku akan berkeadaan begitu? Aku hanya berserah pada takdir dan masa. Biar ia yang menentukan segalanya. Biar sampai masanya tali itu akan putus dengan sendirinya, dan aku terjatuh layu dalam dakapannya.

..itulah CINTA ku..




Akan aku tunggu waktu itu.
2:06pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan