Khamis, 11 Mac 2010

aku dipaksa berlari

Malam ini aku penuhi dengan melarikan diri dari perkara yang masih tidak pasti lagi berlaku. Bukan aku takut, hanya untuk menyelamatkan diri dari bala yang mungkin akan menimpa aku. Senja berlalu, aku mengangkat kaki bertemankan kepanasan malam untuk membuang masa di persekitaran yang penuh dengan bebelan manusia, tangan bercantum digenggam, pandang - memandang berfikir, dan ada jugak yang perasan bagus. Walaupun malam, suasana seperti matahari terik di hari sabtu dan ahad. TERkeluar jugak duit dari poket aku untuk membeli sesuatu, niat untuk berjimat terpaksa aku abaikan ketika itu. Ini semua angkara perkhabaran tidak sedap di dengar telinga lelaki ini. Ke hulu ke hilir aku berkeliaran. Sedap jugak mata ini melihat. Rezeki, tidak aku menolak. Mereka yang memberi keizinan untuk melihat, bukan aku atau mereka - mereka yang meminta.

Malam ini untuk sekian lamanya (tak la lama pun, 2 minggu jer), aku kembali menjadi seorang perokok sepenuh masa. Aku demam, badan aku sakit, aku muntah. 2 kali aku muntah, itu aku yang kata. Diri aku ketika itu hanya bertemankan ubat. Merana aku, seksa aku. Hanya Tuhan yang tahu. Tapi, itu 2 minggu yang lalu. Sekarang, aku kembali seperti dulu. Dan sekarang jugak aku masih dalam situasi berlari. Sampai bila harus aku berlari? Aku hanya menanti khabar dibawa angin. Mungkin sampai pagi, sampai esok, esok malam. Siapa tahu. Aku hanya harus menunggu. Tapi aku tak suka menunggu, bosan kataku. Biarlah bosan, janji aku tidak diganggu.

Tengah malam melangkaui usia, aku masih sibuk berlari mencari jawapan pada persoalan yang masih belum terungkai. Lapar perutku sudah aku puaskan. Apa yang aku tahu, aku terpaksa meneruskan personaliti seorang penunggu ketika itu. Perkara yang dikatakan akan berlaku, sudah pasti kewujudannya. Aku terpaksa menunggu sehingga waktu hampir bermulanya perlawanan penting suku akhir liga juara - juara eropah antara pasukan kelahiranku Manchester United dan AC Milan. Lama ke aku tunggu? Memang lama, sangat lama, sungguh lama. Korang pernah tunggu selama ini? Hanya disebabkan benda bodoh tu aku terpaksa menunggu. Tapi, biarlah ia. Itu tugas mereka untuk memastikan larangan bukan hanya pada sehelai kertas bertulis. Dan aku, terus melanggar larangan itu. Aku sudah bebas, tapi tidak pasti untuk berapa lama kebebasan ini. Terima kasih pada informer aku.

Esok aku kena kerja.

Kenapa mata ini tidak terasa berat waktu ini? Kenapa aku harus tidur jika mata ini tidak inginkan tidur? Tapi aku harus tidur kerana sekarang ini memang waktu tidur sejak aku kecil lagi, dan aku memang patut ti..zzZzz...aku memang patut tid..zzZZzz...patut tidur sebab esok (hari ni dah) hari...zZZzz..hari bekerja aku (kerja tanpa gaji). Cukup ke tidur untuk aku?


Tidurlah aku di KK5
6:39 am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan