Khamis, 11 Mac 2010

khamis malam jumaat

Sekarang aku berada di tempat baru untuk mendapatkan jaringan internet yang lebih laju, berbanding tempat lama yang agak kekura - kuraan sifatnya. Bukan tempat tidur aku, tapi hanya tempat untuk bersosial menggunakan papan nipisku ini. Hari ini sudah dua hari aku mencuba nasib di sini, dan aku boleh menyamakan kelajuannya sama seperti budak penghantar makanan segera (berpuas hati la maksudnya).

Siang tadi aku bertekak dengan beberapa hawa yang cuba memberi keadilan pada kaum masing - masing. Dengan status wanita, mereka cuba memberi keadilan pada golongan mereka, begitu jugak aku. Tak enak rasanya jika aku membiarkan mereka melepaskan segala kesalahan dan kebodohan pada golongan aku. Aku mempertahankan kewibawaan aku sebagai lelaki. Membalas segala kritikan yang aku terima dengan pedasnya. Segala yang aku terima, aku lemparkan dengan kebijaksanaan yang aku miliki (agak riak dan bongkak rasanya). Sehinggalah mereka senyap dan mengundur diri. Aku berjaya pertahankan korang kali ini. Lain hari, mungkin aku tewas.

Malam aku di sini, hanya memerhati gelagat dan kerenah mereka - mereka yang masih bergelar pelajar. Aku pelajar ke? Ya, aku pelajar walaupun aku masih menjalani kehidupan intership aku yang membosankan jiwa ini. Hendak aku lari, sejauh mana aku mampu berlari. Selama mana aku mampu menyendiri. Tenaga aku tidak mampu untuk menanggung kepenatan berlari selamanya. Sampai bila? Sampai aku ditangkap dan diheret kembali ke sini? Ini lagi parah, lagi seksa. Aku tidak mampu untuk menanggung kesakitan diseksa. Disiat kulit ini, dicucuh daging ini, dicabut kuku ini dengan rakus. Aku meraung, melalak meminta tolong. Hingga, aku tidak rasa lagi kesakitan yang dialami. Aku hanya mampu terbaring melihat lambaianku di atas pergi. Kaku aku di situ. Mayat aku berbau, tiada siapa yang menghiraukan aku. Aku menangis di situ. Menangis..

Aku mati.




Malam Jumaat aku.
11:10 pm


Tiada ulasan:

Catat Ulasan