Ini perihal semalam aku bersila di kutub utara.
Sebuah buku telah menarik perhatian aku. Ya, sebuah buku. Buku puisi tulisan Usman Awang. Semua orang mengenali beliau, begitu jugak aku walaupun tidak sedalam perigi buta aku mengenalinya. Sehelai demi sehelai aku hayati setiap tulisannya, begitu puitis. Sebuah puisi lama yang diabadikan dengan kemodenan mesin - mesin buatan manusia. Dan aku, tertarik pada serangkap ayat. Bilakah ia akan berlaku? Bolehkah ia berlaku? Hati kita. Hati kita yang mencorak ia untuk berlaku, kerana kita manusia sempurna sifat dan akal.
"Bilakah semua warganegara mendapat hak layanan dan keadilan yang sama dikenal dengan satu rupa nama : Bangsa Malaysia" (Usman Awang 1979/1983).
Kitalah yang perlu berubah.
MPH, Midvalley Megamall.
12:48 am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan