Selasa, 20 April 2010

berikan aku sebuah cerita

Cuaca yang sejuk membuat aku turut sejuk,
menghilangkan segala rasa panas dalam diri,
duduk terkurung dan terperuk dalam segi empat berisi ini,
terperangkap aku seketika dengan imaginasi duniawi,
bermundar - mandir mengutip idea yang tercicir,
sekejap memeluk tubuh,
sekejap mengeluh rasa,
kedengaran bintang di surga,
membuat aku alpa dengan siulan itu,
berulang - ulang kali ia membunyikan rasa,
tanpa siapa cuba menokhtahkannya,
bermula dan berakhir,
dan bermula semula,
hanya satu cerita,
siapa aku sekarang,
hanya aku yang tahu,
tidak ada siapa - siapa,
di sini aku duduk dengan dihembus kesejukan,
melewati hujan yang sudah lama berhenti,
meninggalkan kesan pada suhu malam,
dingin sekali,
berikanlah aku sebuah cerita yang sempurna,
dan cahaya yang nyata.

Terbangkan anganku jauh.

Sejuk dihembus.
11:40 pm

Ahad, 11 April 2010

bulan

Hujan petang ini,
lebat sekali walau seketika,
menghujani dengan ribuan pertanyaan,
menadah aku menahan persoalan,
bosan aku begini,
penat aku begini,
sendiri aku begini,
bila aku begitu?
dentuman guruh dan kilat yang bergema,
membuat aku tersentak seketika,
mensyukuri segala nikmat pemberianNya,
senyap segalanya senyap,
aku ingin bising,
aku ingin bingit,
aku ingin bergema telinga ini,
aku ingin berbual mulut ini,
sepi dan sendiri aku benci,
seperti awan mendung aku sendiri,
biarpun cahaya bulan menerangi,
disebalik awan gelap tidak menembusi,
aku hanya termenung melihat bulan,
walaupun di balik awan gelap,
aku tetap melihat bulan,
biarpun aku tiada jawapan untuk setiap pertanyaannya,
biarlah persoalan itu kekal begitu,
mungkin aku boleh mencatit sesuatu tentang kau bulan,
hadir kau setiap malam,
menemani siapa yang inginkan kau,
berbicara soal hati,
soal diri yang begitu lemah,
berbicara tentang apa saja,
tapi apa yang boleh kau lakukan,
kau hanya boleh melihat,
boleh menerangi,
tidak untuk berkata - kata,
kau hanya teman di kala sunyi,
kau juga membuat mereka tersenyum,
aku juga tersenyum,
semua tersenyum,
ingin aku tidur ditemani engkau,
hingga lenaku disapa sang mentari.


Di mana jawapan itu?
8:13 pm

waktu jagaku

Dingin pagi ini,
tidak berbaju aku juga,
cuba menahan kesejukan masa,
dengan mata yang masih membulat,
kaki yang sentiasa tergaru - garu sendiri,
dengungan nyamuk yang kelaparan,
perut yang berbunyi aneh,
tekak yang tersekat - sekat,
sesekali menguap seluas - luasnya,
apa saja yang aku lakukan,
membuang masa tidurku di depan papan empat segi ini,
menggaru sana - sini,
sudah pasti terangku nanti dipenuhi dengan 'kerja',
dengan riuh rendah di luar sana ketika ini,
jerit pekik suara mereka,
tanda sokongan kononnya,
sokongan apa waktu - waktu begini?
menghalang rasa mengantukku untuk hadir,
makin membulat jadinya,
makin malas rasanya,
dan makin penghujung entrinya,
cubalah aku untuk tidur.

Mimpilah yang indah - indah.
5:41 am

mahu bicara tentang apa?

Mahu bicara tentang apa malam ini?
tentang hati yang sudah terluka?
tidak,
yang terluka itu akan pulih asalnya,
bicara tentang hati yang bersendirian?
tidak,
aku sombong tentang hati ketika ini,
sudah aku sangkarkan sementara,
bicaralah tentang hal - hal lain,
tentang siapa?
tentang dia yang akan berjalan di depanku?
ada sesiapakah yang ingin telapakkan kakinya di depan aku?
siapa dia empunya senyuman itu?
di awangan sepertinya,
ingin terbang rasanya,
tapi tidak berkemampuan aku untuk terbang,
aaarrrggghhhhhh...
itu cuma mainan syaitan laknat,
cuba untuk menjadikan aku teman kotornya,
menjilat najisnya,
kau tiada tempat di sini,
siapa pun dia,
akan aku cuba buka mata ini,
dan melihat dengan terang,
walaupun gelap tidak bercahaya,
tidak berarah,
kompas yang ada akan aku halakan ke utara,
kerna itu kebenarannya,
hingga aku sampai ke titik nokhtahnya,
mahu bicara tentang apa malam ini?
sudah aku bicarakan tentang apa.

Aku mengarut lagi mungkin.
3:17 am

Sabtu, 10 April 2010

emo ke?

Blog aku blog emo?
betul ke?
siapa kata?
gua?
aku?
saya?
kau?
awak?
kamu?
kau?
lu?
korang?

Terpulang dengan pendapat masing - masing,
aku tidak menghalang,
dan tidak akan menghalang,
aku pun tak tau korang baca atau tak blog aku ni,
siapa tau,
terima kasih pada yang menegur aku,
ada jugak yang perasan.

(",)

Masih tak mengantuk.
12:46 am

Jumaat, 9 April 2010

pagi - pagi yang pagi

Pagi - pagi yang pagi,
setiap pagi adalah pagi,
tiada pagi hanyalah petang,
setiap petang adalah petang,
tiada petang hanyalah pagi,
pagi aku bangun ke bilik air,
melunaskan segala janji aku setiap pagi,
mengemaskan diri untuk masa yang tidak diketahui,
tiada apa yang aku lakukan,
tiada apa yang terjadi,
setiap pagi adalah semalam,
tidak ada yang berbeza,
hingga matahari terpacak di hari,
hingga matahari terbenam di hari,
hingga bulan muncul di hari,
hari - hari adalah hari,
hingga aku tidak tahu apa yang aku karutkan,
apa yang aku carutkan,
apa yang aku sebutkan,
berhentilah aku mengarut,
supaya aku tidak dikarutkan,
dan dicarutkan.

Setiap pagi adalah pagi.
12:12 am

Khamis, 8 April 2010

sakit

Kau bebas sekarang,
kau jagalah dia baik - baik untuk aku,
bye.

Siaran tergendala
12:12 am

Rabu, 7 April 2010

sudah

Sudah kau hadir,
sudah kau senyum,
sudah kau berkata,
sudah kau menghampiri,
sudah kau mendekati,
sudah kau melangkah,
sudah kau berjalan,
sudah kau menemani,
sudah kau membayangi,
sudah kau tidur,
sudah kau mimpi,
sudah kau bangun,
sudah kau mandi,
sudah kau makan,
sudah kau minum
sudah kau ke sana,
sudah kau ke sini,
sudah kau kerja,
sudah kau penat,
sudah kau 'mencuri',
sudah kau memberi,
sudah kau digari,
sudah kau termenung,
sudah kau di hati,
sudah kau sudah,
semuanya sudah,
apa lagi yang belum sudah,
semua sudah,
aku masih belum sudah,
kau sudah semuanya,
kini kau ingin pergi,
ke mana?
aku tahu itu,
pergilah,
aku tetap di sini,
begini,
tidak mungkin hilang sekilasnya,
biarlah aku patah kaki ini untuk berjalan,
biarlah,
rasa ini tetap sama,
sampai bila?
aku akan cuba,
sebolehnya,
mungkin aku juga akan pergi,
tidak kembali,
siapa tahu,
pelik,
kerana aku tidak pernah sebegini rupa,
dan kau telah berjaya lakukannya,
terima kasih.

Aku sangat emo ketika ini.

Siapa aku sebenarnya?
11:51 pm

kaki lima

Kepala aku dihempas ke lantai,
tiba - tiba,
aku tak tau kenapa,
aku lihat kepala aku itu,
teruk,
hancur,
berkecai,
kecilan - kecilan otak merata,
darah bersepah,
aku nampak apa yang keluar dari kepala aku itu,
di sebalik kehancuran itu,
sesusuk tubuh,
bukan keturunan aku,
bukan darah aku,
keluar perlahan,
dari celahan lendiran darah,
ingin lari sepertinya,
aku kenal susuk itu,
sudah sebati dalam diri aku selama ini,
tapi,
ke mana dia nak pergi?
dengan senyuman milik aku,
tangisan milik aku,
kenangan milik aku,
semua di bawa bersama,
ke mana?
kembalilah,
tangan aku melambai,
melambainya agar kembali,
duduk di hati ini,
sanggup kau lihat aku begini?
tapi,
apa yang mampu aku lakukan?
tiada yang mampu,
dia lebih berkuasa,
aku hanya mampu melihat dia terbang,
bersama dandelion,
hingga hilang dari pandangan,
tapi kepala aku sudah tiada,
apa guna aku ingin memandang,
tiada guna,
yang ada hanya hati,
yang boleh melihat dan merasa,
yang boleh memimpin aku berjalan,
walaupun sudah jauh dia terbang,
aku harus pergi,
dan mencari,
kesilapan yang telah aku lakukan dulu,
yang telah menyesali aku sekarang.

Mayat aku telah dijumpai keesokannya,
di kaki lima itu tanpa kepala,
dengan badan yang masih sempurna,
dan hati yang masih bernyawa,
di kaki lima itulah aku di campak,
dan ditangiskan.


Hati, hati - hati.
1:12 am

Selasa, 6 April 2010

persoalan

Sakit ke?
memang sakit.

Pedih ke?
memang pedih.

Sedih?
sudah semestinya.

Hancur?
mungkin satu hari nanti.

Gembira?
mungkin jugak satu hari nanti.

Apa lagi?

Siapa lagi ingin bertanya?
kau..
tanyalah kau pada soalan,
dan soalan akan menjawab.

Siapa dia?
istimewa.

Kenapa dia?
sebab dia yang teristimewa.

Kalau kehilangan?
mungkin aku jugak akan hilang.

Kau nak ke mana?
ntah..
mungkin ke sana,
bukan di sini.

Dengan siapa?
seorang diri.

Apa yang kau rasa?
aku rasa..
yang tak pernah aku rasa.

Hmmmmm...

Dari tadi kau diam,
kau pulak bertanya.

Berapa lama?
cukup lama.

Cukup lama?
ya, cukup lama.

Berapa lama?
next...

Kau,
kenapa kau sedih?
tidak kau ingin bertanya?
mungkin kau sama dengan aku.
tanyalah.

Sayangkan dia?
hmmmmm...
yaa,
lebih dari sayang.

Cintakan dia?
hmmmm...
yaa,
lebih dari cinta.

Macam mana dengan dia?
soalan ni kau patut tanya dia,
aku tak boleh nak jawab.

Kalau dia tiada?
aku..
aku...
akuuu....
ak...
akuu..
aa..
a..


Aku makhluk asing dari bulan.
1:39 pm
Tertekan,
terkandas,
lebuhraya yang panjang,
banyak sangat tol,
perhentian menghilangkan kehausan,
dihirup angin ditelan,
segala karbon dilepaskan,
semangat aku hilang,
terbang melayang bagai layang - layang,
bila ia akan muncul,
setitik demi setitik ia tertitis,
manik - manik halus seorang lelaki,
tidak malu ia lgi,

Isnin, 5 April 2010

konspirasi

Fenomena konspirasi hati.

Ini yang terjadi,
gunung berapi yang sedang menggelegak,
akan meletus jugak satu hari nanti,
jarak masa yang masih menjadi tanda tanya,
sayup angin yang menyapa pipi,
belum lagi melembutkan hati,
sana sini konspirasi terjadi,
konspirasi hati yang masih menyendiri,
dengan mata yang masih melihat,
melihat yang sudah lama tidak dilihat,
mungkin menyesal kata mata ini,
pengorbanan katanya waktu itu,
dan sekarang masih bingung,
masih perlukah perngorbanan itu?
yang mungkin menyebabkan waktu itu berulang kembali,
tidak kata hati,
mata tunduk mengikut kata,
dia ingin ke depan katanya,
memanjat tembok tinggi yang tiada penghujungnya,
mana pergi penghujungnya?
mesti dicari dan dicapai,
biarlah berapa lama,
biarlah bertahun lagi diharungi,
kaki ini masih kuat untuk melakukannya,
badan ini masih gagah untuk menakluknya,
inikah perngorbanan?
tidak sama seperti dulu,
jika dulu hatinya terpaksa disimpan di bawah tapak kaki,
tapi sekarang,
hatinya mesti di angkat ke atas,
dijulang dan dijulang,
biar pun mungkin dia terjatuh,
selama seribu tahun ke bawah,
menjejak ke tanah,
dia tahu itu,
risiko yang tiada insurans nyawa,
dan diri,
hingga angin memanggilnya kembali,
kembali pada Tuhanmu.

Aku inginkan yang SATU.

Aku tujukan khas untuk dia.

Penunggu Tunggul Kayu
12:23 am

Ahad, 4 April 2010

akhirnya

Akhirnya..

Senyum aku melebihi batas - batas seorang manusia,
gembira aku tidak segembira aku mendapat pingat emas sukan olimpik,
itulah masanya,
itulah waktunya yang aku nantikan,
selepas,


selepas 9 tahun..

Walaupun aku tahu kesukarannya,
tapi,
aku manusia jugak,
aku ada perasaan,
tidak salah aku gunakan rasa yang tersimpan begitu lama itu,
tidak salah aku keluarkannya,
aku lemparkannya,
agar ada yang ingin mengutipnya,
dan menyimpannya.

Tapi,
jam tangan aku sering berkata,
biar masa yang tentukan,
akhirnya yang masih belum berakhir.

Kau kuantkanlah semangat aku.


Akan aku ingat

Terima kasih.
10:02 pm

Jumaat, 2 April 2010

aku sekolah

Bangun pagi aku seawal pagi,
basahkan diri tegakkan hati,
dengan berat mata ingin melangkah,
berisikan suapan di waktu pagi,
berslack,
berkemeja,
bertali leher,
segak aku kelihatan.

Tangan disalam dicium penuh kasih,
melangkah aku dengan malas,
beroda aku bergerak,
merokok aku mencari tenaga,
di kedai itu,
tempat berkumpul si baju kemeja di waktu pagi.

Beratur mendengar bebelan,
rutin harian setiap pagi,
membosankan jiwa dan kaki ini berdiri,
inilah waktu tidur yang sesuai,
berbantalkan meja dan kerusi,
bersilih ganti kelibat yang dihormati,
tugas yang perlu dilakukan,
dari hati,
bukan dari mulut,
atau kerana gaji,
hingga tiba waktu kaki melangkah pulang.

Tidur lebih baik,
ya,
tidur lebih baik waktu petang ini,
inilah tidur paling nikmat,
pengganti tidur di waktu pagi,
berpeluh di petang hari,
berlari sana - sini,
inilah rutin petang aku,
menendang bola,
lepak bersama teman seperjuangan.

Gelap merayap masuk,
lepak bersama menjadi ulat buku,
inilah masa bersama,
inilah masa yang diingati,
teman - teman sezaman.

Berat mata ini perlu dilaksanakan,
tidurlah aku,
ditemani mimpi,
selamat malam.

Aku dan zaman sekolah.


Teringat zaman sekolah.
12:00 pm

rasa

Kerusi itu miliknya,
duduk bergoyang mulut berkata,
senyum melebar di depan kamera,
hilang punca hilang rasa,
jari ditunjuk tanpa rasa,
megah berdiri mencuri harta,
siapa berkata memang merasa,
hanya melihat memendam rasa,
berani berkata lawankan rasa,
masih ada yang tiada.

Biar ditarik mencium rasa,
dengan manisnya kata - kata,
tunduk melutut mengikut kata,
sampai ia tiada bernyawa.

Kotornya diri bijak berkata.

Kediaman Tumpangan KK5.
9:03 pm