Isnin, 26 Disember 2011

love

"declare your love before it's too late"

tigaempatpuluh,
3:40pm

ini saja aku rasa

Kadang hujan,
kadang tidak,
lakunya mood berubah bicara,
bicara mengubah cuaca,
temani terbang malam,
buat aku tergerak,
tidak senang dengan cara,
menepuk dan menampar,
kesialan kau segala,
ganggu kepuitisan idea,
bicara mana termampu,
melenakan mata,

........

siaran tergendala.

selamat malam.
1:56am

Ahad, 25 Disember 2011

itu bisa

Tak semuanya indah,
tak semuanya digenggam,
pabila dilerai,
pasti akan jatuh,
pasti bukan ke atas,
mungkin berderai,
mungkin berkecai,
tak termampu untuk menyatu,
apatah bersatu,
digam mungkin bisa,
mungkin disatukan,
tapi masih ada retaknya,
masih ada kesannya,
mana mungkin hilang,
mana mungkin padam,
segala retak,
segala hancur,
segala derai,
segala sompek,
walau bisa digam,
mana bisa sembunyi,
hati juga bisa hancur,
bisa luhur,
bisa dipujuk,
tapi bisakah hilang,
segala luka,
segala darah,
segala derita,
itu semua dusta,
jika bisa hilang,
masa itu panjang,
masa itu meninggalkan,
jadi jalan terus,
tinggalkan saja,
walau penat kamu,
walau lemas,
bernafas penat,
terbang dan hidup.

bisakah?
4:44am

sepi masih sama

Kipas berpusing laju, dengan gerimis hujan di luar menambahkan kesejukan di pagi yang dingin ini. Bertemankan gigitan nyamuk yang sering membantutkan akalku. Hanya aku dan saiful yang ada di bilik. Masing - masing senyap dan leka menghadap laptop. Maklumlah, internet sepuluh kuasa kuda ketika ini. Abu pula pulang ke Wangsa Maju untuk bercinta dengan rumahnya. Manakala Im pula pulang ke Kajang. Tidak banyak yang aku fikirkan ketika ini melainkan mencari idea untuk aku contengkan di dalam Kelip Kertas Putih ini. Maklumlah, penangan video mesum buatkan aku lupa dan leka seketika. Segalanya menjadi beku dan sukar untuk dicarigali, lebih - lebih lagi waktu - waktu macam ni.

Oh, baru aku ingat. Sepetang aku berjalan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) untuk mencari sebarang dua benda. Hanya satu benda yang aku dapat dari dua benda yang aku inginkan. Pedulik lah, janji aku tak pulang dengan tangan kosong. Perut yang lapar memaksa aku untuk singgah makan di gerai sup yang ada di Jalan TAR. Aroma sup tersebut membuatkan aku terasa keinzalan yang melampau - lampau. Bihun sup menjadi santapan aku petang itu dengan 3 ketul bebola daging dan daging yang dipotong. Menangis aku cuba habiskan.

Bermacam - macam orang yang aku jumpa dan perhatikan. Dari segi bahasa kebanyakannya bukan dari Kuala Lumpur. Bersesak - sesak semata - mata mahu memenuhi keperluan dan kehendak sendiri. Aku tidak suka bersesak, tapi kerana terpaksa, aku relakan saja dengan muka yang masam mencuka. Aku tidak suka bersenggol bahu, tercuit sana sini. Semua tu buat aku rimas. Kebanyakan pengunjung 'kesesakan' ini gemar mengadakan mesyuarat tergempar di tengah - tengah jalan. Ini sangat bodoh bagi aku. Demi kepuasan diri sendiri hingga membuatkan orang lain mengatakan tentang anda. Itu tidak bagus. Jika aku berseorangan, aku lebih suka untuk beli dan balik. Di satu sudut kelihatan seorang peminta sedekah mengharapkan simpati orang ramai. Aku tidak tahu kenapa dia jadi begitu. Mungkin ada sebab positif, dan mungkin juga negatif. Di sudut lain pula, sekumpulan anak muda yang ghairah melihat gadis - gadis berpakaian seksi. Aku tidak salahkan anak muda tersebut kerana aku jugak melihat, dan kami diberi tontonan seksi tanpa dikenakan apa - apa bayaran. Ya, gadis - gadis di sepanjang Jalan TAR gemar menunjukkan aset mereka walaupun ada yang tidak mengghairahkan. Aku terhibur seketika. Hari ini hari Sabtu, orang ramai. Perlu menunjukkan yang aku ini sangat cantik. Katanya. Tidak berapa lama kemudian, aku hilang.

Tidak banyak yang aku lihat hari ini. Hanya pengunjung yang ghairah dan rambang mata dengan barang - barang jualan dan jugak gadis - gadis seksi. Itu semua sudah lumrah orang Malaysia yang ghairah dan bernafsu tinggi untuk membeli, dan jugak lumrah gadis - gadis Malaysia untuk berpakaian seksi apabila muncul di khalayak ramai. Aku nak menarik perhatian orang ramai okay.

Kipas masih berpusing laju dan nyamuk masih mengganggu sepi aku. Hujan sudah lama melabuhkan tirainya. Mungkin disimpan bakinya untuk dilepaskan esok hari. Saiful masih dengan laptopnya dan keadaan masih sama seperti tadi, sepi. Tidak ada apa yang berubah, yang berubah hanya pundi kencing aku yang sudah terisi dengan air. Esok masih ada lagi untuk aku perbaiki.
Sepi,
4:28am

Rabu, 21 Disember 2011

Rabu, 14 Disember 2011

lelaki cinta

Kalau putus cinta pun buat kau sampai nak bunuh diri, lebih baik dari kecik lagi mak bapak kau bunuh kau. Memang aku setuju sangat - sangat la. Kau tak layak hidup sebenarnya untuk rasa nikmat cinta yang boleh buat kau jadi bodoh. Disebabkan putus cinta, kau berjauhan dengan kawan kau, kau buang masa dalam bilik kau sorang - sorang, kau jadi seorang yang murung. Apa kejadahnya ni?!! Come on dude!! Life must go on!! Kalau sorang dah terlepas, ramai lagi yang bertenggek nak kat kau. Pedulik kan yang dah lepas. Dia dah jadi sejarah yang mungkin satu hari nanti tidak akan tertulis lagi dalam lipatan sejarah kau. Chewwahhh~
Buat apa kau nak tunggu minah yang dah tinggalkan kau. Buat apa kau nak jadi bodoh sebab cinta. Nak menangis bagai. Yaaa, aku mengaku aku pernah menangis kerana seorang gadis persis gadis China yang memakai cermin mata. Orang Batu Pahat katanya. Bodohnya aku waktu tu. Tapi bila aku fikir - fikirkan balik, aku tak layak nak menangis kerana cinta. Baik aku lupakan jer dia dan teruskan hidup aku. Banyak lagi gadis - gadis kat luar sana. Aku tak pernah nak percaya "kalau ada jodoh tak ke mana". Kalau kita dah berusaha, kalau dah namanya takde jodoh, memang takde la. Jadi, pepatah pepatung ni bagi aku dah tak relevan. Dah boleh buang dalam tong sampah DBKL.
Kita lelaki kena tunjuk kuasa kita, jangan mudah sangat jatuh bila kau kena tolak. Kau kena kuat macam mana kau kuat tengok porno dengan volume yang paling kuat. Nasib baik pakai headphone, kalau tak mau terangkat rumah kau. Kalau suka, kau kata suka. Kalau dia kata tak suka, kau blah. Ramai lagi yang ada di sekeliling kau. Kalau dah couple, jaga baik - baik macam mana kau jaga "burung" kau. Kalau burung kau terbang, biarkan dia terbang. Itu bermakna dia dah bosan duduk dalam "sangkar" kau yang sama jer kalernya. Tak berubah - ubah. Weh, spender la. Lembab betol. Bila dia dah terbang, kau cari la burung baru untuk kau gantikan tempat kat sangkar puaka kau tu. Sebelum tu, baik kau tukar sangkar sebab mungkin burung kau yang baru ni akan terbang jugak. Maksud aku, bila kau dah ada kekasih, kau jaga la dia baik - baik. Kau tak perlu jadi apa yang dia nak, kau hanya perlu jadi diri kau. Jangan hipokrit semata - mata nak jaga hati kekasih kau. Kalau dia tak boleh terima kau seadanya, aku cadangkan kau yang terbang cari "sangkar" baru. Aku pasti hubungan ni takkan bahagia bila kehendak kekasih kau untuk melihat kau mengikut arus dia tak dituruti. Takkan kau nak jadi hipokrit semata - mata untuk mengikut kehendak dia. Pergi MAM la!!!
Jadi bagi lelaki - lelaki pujaan malaya di luar sana, tak payah nak touching sangat. Aku memang suka guna Ridsect, mati terus. Aku nak kau semua sedar yang cinta ni banyak menghambakan kau daripada membahagiakan kau. Bukan aku nak menghalang kau bercinta, tapi sendiri mau ingatlah. Pandai - pandai cari cara macam mana nak hidup dengan aman dan bahagia.
Okaylah, aku taknak mencarut banyak - banyak dah. Nanti aku tulis banyak - banyak, makin ramai pulak yang touching. Ini semua pendapat aku, terpulang kat kau semua nak terima atau tidak.

Mungkin satu hari nanti aku akan jadi hamba cinta. Mungkin, atau aku yang menghambakan.

Cinta,
3:39am

kawan baik kawan tikam

Satu hari aku memuaskan nafsu berjimba bersama teman - teman seperjuangan. Dari pagi hinggalah larut senja. Di kala syaitan - syaitan sedang gembira berak merata, aku disambut dengan taik syaitan yang bersepah. Inilah hari yang aku rasa "oh, aku gembira lepak dengan korang, lepas ni kita jadi gila lagi ok". Gila aku bukanlah dengan merempit, membunuh, merompak, merogol, mencabul, melancap tepi jalan atau apa saja. Gila aku hanyalah gila seorang remaja yang inginkan kegembiraan dalam hidup bersama teman - teman seperjuangan. Gila - gila remaja yang sentiasa inginkan kemerdekaan minda daripada dijajah mulut - mulut celaka yang aku rasa patut makan kaki aku yang tak berapa nak besar ni. Buang masa bersama - sama teman adalah sesuatu yang patut dilakukan setiap hari, kerana teman - teman seperjuangan tidak ada di mana - mana. Dia hanya ada di depan kita. "Sebuah kumpulan/group/kawan tidak akan mati sampai bila - bila, dia akan bersama dengan kita sampai bila - bila".
Kau ingat kau boleh cari kawan dalam dunia cyber yang penuh dengan penipuan ni? Tak boleh. Semua kawan baik aku, aku jumpa dalam dunia nyata. Dalam realiti kehidupan di bawah pimpinan menteri apa entah namanya tu sekarang ni. Aku tak kesah siapa yang jadi menteri. Lantaklah. Politic is SUCKS!!!
Bila kau sedar yang kawan kau akan hilang seorang demi seorang, kau kena tahu yang hilang itu bukan kawan, tapi lawan yang cuba jauhkan diri daripada kau. Aku tahu la, sebab aku ada pengalaman. Kawan yang tidak ada bukti untuk berkata celaka dengan aku, tapi dengan slumber muka puaka dan mulut longkang dia cuba untuk menghentam aku. Sehinggalah barua tu cabut bila aku dah mula bersuara dengan bukti yang sahih lagi berwibawa. Haha. Sial!!! Sampai sekarang dia takde sms aku atau jumpa aku. Haha. Bajet England.
Aku pasti akan menyesal bila aku kehilangan kawan - kawan yang aku sayang, yang aku anggap " kaulah kawan baik aku. Ada apa - apa masalah kau cerita jer dengan aku. Kalau aku tak dapat tolong, aku bagi nasihat atau cadangan". Inilah istilah kawan bagi aku. Bukan kawan yang cuba buat puaka belakang aku, bila depan aku buat muka malaikat. Tak pun kawan yang bila aku tadah tangan, dia ghaib macam jin laknat tu. Kawan macam tu layak duduk bawah tapak kaki aku jer. Betul, bawah tapak kaki aku jer. Untunglah kalau aku pakai selipar jepun.
Aku dah banyak jumpa orang. Dah macam - macam orang aku buat kawan. Tapi tak semua boleh jadi "kawan". Walau sejahat - jahat mana kau dan keturunan kau, tapi kalau kau tak pernah nak buat puaka dengan aku, aku tak pandang siapa kau, yang aku pandang hati kau. Hati kau lebih suci daripada yang cuba ambik pedang samurai dan pancung aku. Kalau jenis macam tu, bila aku mati, aku mintak aku jadi hantu jepun balik macam dalam anime Shaman King. Memang aku pancung kau 18, lepas tu bakar dan campak dalam sungai kat Bagan Lalang. Aku pun tak tahu Bagan Lalang ada sungai ke tak. Pantai ada la.
Okay. Makin lama aku menaip, makin banyak idea - idea mengarut dan lucah aku nak tulis kali ni. Mungkin aku akan sambung kisah pasal kawan ni di lain hari dan waktu. Padan muka siapa yang terasa.

Kawan yang gila adalah kawan yang sentiasa ada bersama - sama kita.

Winston,
2:57am

Ahad, 11 Disember 2011

tergendala

Jiwa beku,
hati kosong,
mata rabak,
badan lesu,
nafsu kulup,
kaki bau,

...........

kekurangan gersang,

............

siaran tergendala.

............

Mati seketika,
10:52pm

darah

Ghairah dengan perjuangan orang lain tidak memberi apa - apa makna pada kita jika kita bukan dari lahirnya, jika kita bukan perjuangannya, jika kita bukan satu benderanya. Terpekik terlolonglah kita sekuat mana pun, kita kena sedar yang kita hanya bertanahkan melayu, berdarahkan empat belas jenis darah. Mereka tidak dapat memberi apa - apa kepuasan pada kita, kepuasan yang lahir dari setiap salur darah yang ada dalam badan kita. Kerana darah kita adalah MALAYSIA.

Aku juga bukan bersifat sempurna.

1:04 am.
Sabtu.

terpana, terpaku, terkedu

Terpana, terpaku, terkedu melihat gadis - gadis melayu persis gadis china. Negara China, bukan china Malaysia. Tapi aku hanya entiti kecil yang hanya mampu melihat subjek positif lalu lalang memperaga susuk di depan aku. Menahan kelenjar aku dengan memasung segala pergerakan tubuh untuk menegur. Okay, masa tidak sesuai.

Akan biarkan di lain masa.

12:13,
Bulan bergerhana.

Jumaat, 9 Disember 2011

bodoh

Kerugian aku adalah,
bila aku tidak menterjemahkan apa - apa perihal cinta pada kau,
kerugian aku adalah,
bila aku mensia - siakan setiap lafaz yang kau ucapkan,
lontaran kata - kata kau yang acapkali buat aku bisu dan pekak,
kerap kali aku mati bila kau bersuara,
apa yang mampu aku katakan hanyalah senyuman,
dan kadang kala kau bosan dengan kerenah aku,
tapi kau tidak pernah melepaskan aku,
kerna aku tahu kita kuat,
sekuat kita,
aku masih tidak mampu untuk mendefinisikan apa yang kau mahu,
apa kehendak kau,
apa kemahuan kau,
aku semakin bisu bila tiba waktunya aku bersuara,
hingga klimaksnya kau pergi begitu saja,
mugnkin sudah masa kau meninggalkan si bodoh ini,
apa yang mampu aku lakukan hanyalah diam,
bisu sehingga tiada terjumpa jawaban,
di sini aku yang menangisi,
mungkin kau lebih menangisi,
aku mohon maaf,
atas kebodohan aku selama ini,
kau layak meninggalkan aku,
terima kasih.

Puisi ni takde kena mengena dengan aku. Tiba - tiba dapat idea nak buat entri macam ni. Aku tahu laras bahasa aku tak seindah puisi - puisi indah di luar sana. Maafkan saja ya.

Jumaat,
4:27pm