Selasa, 30 Mac 2010

penunggu tunggul mati

Duduk bertinggung di tunggul mati,
menunggu mati datang memanggil,
dari kambing pulang ke kandang,
hingga ayam bising mulutnya,
tiada apa yang terjadi,
hanya kata bicara sendiri,
gugur sudah dedaunan hijau,
tibanya masa hilang di tanah,
hingga ia hijau kembali,
masih bertinggung di tunggul mati.

Sana - sini burung berkicau,
tiada ingin datang menghinggap,
duduk termenung hanya melihat,
menggenggam azam belum terlihat,
walaupun ribut,
walaupun mendung,
sekalipun badai bersemuka,
biarpun malapetaka duduk bersila,
tunggul itu tetap menjadi tempatnya,
tempat istirehat dirinya,
ditemani angan dan mimpi.

Penat kaki ditinggung sendiri,
benci melihat arus kata - kata manis,
bijak berkata,
bodoh melakukan,
siapa melawan padah menanti,
hiduplah kamu ditiup angin,
ayam mula mengiau,
kucing mula berkokok,
duduk termenung tidak berkata,
hanya fikiran dimainkan,
hanya tangan digerakkan,
kaki masih begitu,
sampai bila?
sampai dia menemui jawapannya.


Kaki akan terus melangkah.

Dunia ini adil.
10:32 pm

Isnin, 29 Mac 2010

terpaksa, memaksa

Jika aku memaksa,
bukan kerana aku ingin memaksa,
tapi,
kerana aku terpaksa,
terpaksa itu yang membuatkan aku memaksa,
memaksa untuk tidak kehilangan,
untuk tidak kebuntuan,
walaupun tidak terdetik lagi masa itu untuk berdetik,
walaupun tidak aku melihat,
tidak aku bicara bersama,
duduk bersama,
senyum bersama,
ketawa bersama,
walaupun itu semua tidak lagi,
terpaksa aku lakukan ini,
kerana tidak ingin kehilangan,
tidak ingin,
fahamilah,
maafkan.

Baca dan fahamilah KAWAN.

(kenapa aku banyak idea malam ni?)

KK12 lagi tika ini.
1:02 am

Ahad, 28 Mac 2010

kusut

Keras kepala ini,
bersangkar hati ini,
berbesi diri ini,
berkurung otak ini,
bergari tangan ini,
berpasung kaki ini,
semuanya terikat,
terkongkong,
terkurung,
terkaku aku di sini,
tanpa tangan memegang,
tanpa tangan memimpin,
tidak mampu tercapai,
hanya mampu berkata,
tiada siapa mendengar,
tak ingin mendengar,
berkata yang sia - sia,
aku berdiri gagah di situ,
dengan ikatan dan kurungan yang menggagahkan aku,
berdiri aku dalam duduk,
duduk aku ingin mengalah,
mengalah aku mahu berdiri,
semuanya mahu,
aku bukan pengalah yang ingin mengalah,
aku bukan pengecut,
semua situasi dan rasa harus aku hadapi,
aku harus buka sangkar besi ini,
besi ini mesti dileburkan,
kurungan ini mampu aku pecahkan,
gari ini aku jadi kuncinya,
pasung ini aku hancurkan,
agar aku tidak terkongkong,
tidak terkurung,
biar ada yang memimpin tangan ini,
mendengar kata - kata ini,
tidak sia - sia ia lagi,
biar semuanya tersemat di sisi.

Kusut otak aku kebelakangan ini.

Tempat makan KK12
12:03

kawan (1)

Kawan,
setiap orang perlukan kawan,
kerna kawan kita terisi,
kerna kawan tempat kita berbicara,
tempat kita berkongsi rasa (kongsi awek makan kaki la jawabnya),
tempat kita meluah segala,
tanpa ada rasa malu,
tanpa ada sempadan,
tanpa ada perbezaan warna,
kerna kawan memahami kita,
dan kita ada bila kawan memerlukan kita,
itulah kawan.

Zaman sekarang,
nak cari kawan senang jer,
tekan sana tekan sini,
klik sana klik sini,
dapat kawan,
walaupun kita tak kenal,
itu tetap kawan kita,
boleh kongsi benda yang sama,
boleh tukar - tukar citarasa,
berkongsi coretan minda antarabangsa,
segala padah kita tanggung sendiri.

Kawan,
apa itu kawan?
geng lepak - lepak?
geng cafe?
geng copy paste buat assignment?
geng hang out?
geng haruk pikuk?
atau teman istimewa?
itu kita yang tentukan sendiri,
sejauh mana rasa itu ada,
kita yang jadi kemudi,
kita yang tanggung risiko,
kerna kita kawan,
bukan lawan.

Sejauh mana kawan itu adalah kawan,
kita yang tentukan.

Hari minggu hari Ahad.
2:50 pm

Selasa, 23 Mac 2010

aku dan cuti

Aku,
sedang bercuti,
lama aku cuti,
tidak aku melayari,
ingin berehat kata hati ini,
ingin tidur sepuas - puasnya kata diri ini,
itulah cuti.

Aku sedang bercuti,
tidak tahu berapa lama masa,
itulah cuti aku,
selamat berehat kepada aku.

Aku di rumah bonda.

Ini masanya.
8:09 am.

Isnin, 22 Mac 2010

mereka bersuara

Ini kami bersuara.

Mat Rempit : Siapa gua? Gua lah raja jalanan. Gua lah yang berkuasa. (mana lu dapat kuasa?!) Gua pertaruhkan awek gua untuk setiap race. Gua tak takut mati. Lu boleh pergi mati!!

Orang miskin : Inilah cara hidup kami. Kais pagi makan pagi, kais petang kadang - kadang kelaparan. Tiada siapa yang ringan tangan dan lembut hati untuk membantu kami. Inilah takdir kami sampai mati. "KAU bukakanlah hati mereka untuk membantu kami"..

Orang kaya : Kau malas bekerja, kerana itulah kau miskin. Kau ada tangan dan kaki, kau sempurna, tapi kau hanya mengharap simpati orang ramai. Bukan aku tidak bekerja, tapi gaji aku hanya cukup - cukup makan sahaja. (sial kau kaya)

Bohsia : Aku suka hidup macam ni. Aku bebas (palotak lu bebas). Ketat sana, ketat sini. Dedah sana, dedah sini. Dah cantik sangat ke barang lu tu?! Dah berapa banyak laki yang pakai lu?!! Lu sama jer dengan sampah.

Peragut : Inilah cara senang nak dapat duit, nak dapat kesenangan. (lu elok pegi mati..gua dapat lu, gua pijak). Lantaklah diorang hidup ke mati, yang penting aku dapat duit diorang. Elok lu kena gantung sampai mati dari kena penjara.

Mat Gian : Gua tension beb, gua banyak masalah. Ni la cara gua nak hilangkan tension (wak lu, ni nak bagi lu mati cepat). Barang gua banyak lagi kalau lu nak. Gua tolak murah - murah jer beb dengan kawan - kawan.

Ayam : Aku rela jadi begini untuk satu kehidupan yang mudah. Aku rela menjadi tempat kepuasan lelaki - lelaki durjana itu. Aku buat ini untuk anak - anak aku di rumah, laki aku dah cabut lari. Aku gembira dengan kerja ni. (kau boleh berubah, banyak masa lagi yang ada untuk kau).

Ketua : Jangan malas kerja, nanti potong gaji. Bonus cancel tahun ni, syarikat kurang pendapatan. Dah, buat kerja. Saya nak tidur. Lagi satu, saya nak menderma pada 10 buah rumah anak - anak yatim di daerah ni, beritahu semua wartawan suruh mereka datang untuk ambil gambar saya menderma tu. (haram punyer bos).

Di manakah letaknya kesilapan mereka? Apa punca terjadinya begini? Hati mereka yang terlalu keras untuk menerima perubahan demi kebaikan. Kerana itu wujudnya sampah.

Aku sangat marah. Tapi, apa aku boleh buat dengan kemarahan ini? Hanya mampu memandang dan berkata - kata sendiri. Hanya mampu melihat dan menggeleng kepala ini. Masih ada esok untuk mereka.


Bebaskan aku.
10:54 pm

sampah masyarakat

Sampah masyarakat.

Sudah bertapak lama di tanah merdeka ini. Tapi, merdekakah kita? Masih dibelenggu jiwa penjajah - penjajah jahanam yang meneroka setiap pemikiran manusia - manusia dijajah. Tidak ingin mengetahui asal keturunan sendiri. Tidak ingin mengetahui siapa mereka yang menghamburkan darah bersepah semata - mata untuk kita, untuk memerdekaan kita. Kita bukan saja sudah bebas, tapi terlalu bebas dan terlalu menikmati kebebasan.

Tali barut jepun, mereka juga sampah.

Sampah masyarakat.

Ada di sini, di sini. Dalam hati manusia. Hati ini yang bersuara. Bersuara lantang untuk memberi arahan dan persoalan. Persoalan yang terjawab tanpa menggunakan otak dan akal fikiran, persoalan yang terjawab menimbulkan persoalan kembali. Hanya bergerak mengikut hati. Kerana itu semua ini terjadi. Semua ini, semua kesusahan ini. Semua kesukaran ini, semua penindasan ini. Tanpa ada rasa simpati, kecuali bangga diri dan bongkak hati. Hanya mampu melihat dari sudut mata dan tinggi hidung si belang durjana.

Sampah masyarakat.

Lebih selesa dengan bangsatnya, meludah sesukanya, berbangga sehartanya, dengan pe'el sialnya.

Mereka sampah.


Persoalan pada jawapan.
3:57 pm

Ahad, 21 Mac 2010

tidur la

Sudah aku baring,
tidak terlelap mata ini,
sudah aku mengiring,
tidak terlelap jugak mata ini,
meniarap sudah,
berdahi pun sudah,
berfikir pun sudah,
berlagu pun sudah,
apa masalahnya,
aku sendiri tidak tahu,
fikiran padat kebelakangan ini,
dia muncul tiba - tiba,
aku cuba lari mengelak,
aku hanya dengan mimpi aku,
tiada siapa - siapa.

Susah aku mahu tidur,
penat aku terasa,
tapi mata ini membulat segar,
terpacak aku depan laptop,
menanti masa lelapku,
sambil mendengar dengkuran yang ada,
apa rasa lagi yang perlu ada?

Bodoh perasaan itu cuba aku elakkan,
positif rasa cuba aku lekapkan,
apa yang aku nampak sekarang adalah tangan aku sedang menaip,
menekan - nekan huruf,
menarik - narik isi otakku keluar,
untuk tidak mengecewakan jagaku,
biar ia terisi dengan isi,
biar aku bawa ke dalam mimpiku,
jika aku mampu tidur sekarang.

Apa lagi nak aku carutkan?
mungkin aku sedang mengigau sekarang.


Aku menemani malam lagi.
5:14 am

siaran tergendala

Kaki sakit,
badan letih,
otak kosong,
jiwa kusut,
idea haram,
rasa lapar,
kering tekak,
badan lekit,
kaki bau,
stokin busuk,
malas basuh,
kasut suci,
hanphone senyap,
mata mengantuk,
hati sunyi,
hisap rokok,
minum teh o,
lepak lagi,
dan lagi,
lagi,
dan lagi,
siaran tergendala.

Mereka juga rasa.

Ni entri paling malas aku. Letih satu hari berjalan. Idea pun ikut berjalan sekali tak balik - balik.

Aku berada di Wonderland tadi.
1:00 am

Jumaat, 19 Mac 2010

susah, tapi aku cuba

Jangan,
bukan sekarang,
kenapa sekarang?
kenapa tidak masa itu?
bukan sekarang,
bukan esok,
bukan lusa,
bukan selamanya,
kenapa baru sekarang?

Hari - hari aku begini,
selepas hari itu sama seperti hari ini,
walaupun lama masa,
hari aku tetap sama,
baliklah,
aku mula rasa sekarang,
belum pasti akan hilang atau tidak,
kau tak rasa,
aku tahu itu,
risau aku,
pergilah,
bawa rasa ini pergi,
risau aku,
mati bersama rasa itu,
pergilah..



Aku tak tau apa aku rasa sekarang.
Kenapa la sekarang?
Sial !

Dah maghrib,
solat dan tenangkan fikiran,
mintak Dia beri petunjuk.

Kau lajukanlah masa ini.
7:31 pm

Khamis, 18 Mac 2010

seorang aku, seorang dia, seorang kawan

Dulu..dulu – dulu,

memberi banyak definisi yang berbeza,

mungkin 50 tahun,

60 tahun,

80 tahun atau 100 tahun,

atau bertahun – tahun,

dahulu kala,

zaman batu mungkin,

bagi seorang aku adalah beberapa tahun tidak sampai 10 tahun lamanya.


Ini kisah seorang aku beberapa tahun tidak sampai 10 tahun,

dan telah menjadi sejarah yang masih seorang aku simpan dalam coretan minda antarabangsa ini,

waktu itu,

merupakan detik terakhir seorang aku di situ (di situ bermakna seorang aku terpaksa rahsiakan),

seorang dia,

dan seorang aku,

dan juga seorang kawan,

seorang dia sudah seorang aku simpan dalam diri seorang aku,

tapi,

terpaksa seorang aku simpan dan hilangkan segala rasa itu sejauh mungkin,

hanya kerana seorang kawan,

seorang kawan lebih penting pada seorang aku,

biar seorang aku hilang seorang dia dari hilang seorang kawan atau berorang – orang kawan,

seorang kawan sukakan seorang dia,

dan seorang aku merelakan apa yang berlaku dan akan,

seorang aku hanya mampu melihat dan menggenggam rasa itu di tangan seorang aku,

kebahagiaan milik seorang dia dan seorang kawan,

bukan milik seorang aku,

mungkin seorang aku terlalu lemah untuk hadapinya,

tapi tidak,

seorang kawan lebih penting bagi seorang aku,

dan,

seorang aku menghilang dan mencari rasa baru,

dengan hidup baru tanpa seorang dia yang baru,

masih ingat seorang aku pada seorang dia,

tidak mungkin dilupakan seorang dia,

berjalan dengan harapan dan senyuman.


Dan sekarang,

hari demi hari,

minggu demi minggu,

bulan demi bulan,

tahun demi tahun,

bertahun – tahun,

seorang dia muncul dengan senyuman,

mungkin akan menerangi kembali hidup seorang aku,

mungkin…kemungkinan,

seorang aku hanya mampu tersenyum dengan senyuman yang diterima,

walau sebuah senyuman yang kaku dan pegun,

sudah cukup untuk membuatkan seorang aku mengingati seorang dia hingga saat ini,

atau mungkin sampai mati,

senyuman yang telah seorang aku tinggalkan bertahun lamanya,

bersama seorang kawan bahagianya,

walau seorang dia tidak tahu seorang aku masih menggenggam hati seorang dia sampai sekarang,

tapi,

seorang dia sudah disarung hatinya,

sudah terisi jari seorang dia dengan ikatan yang masih belum pasti,

seorang aku,

kecewa lagi,

tapi,

masih mengharap dan masih menggenggam,

sampai bila?

hanya seorang aku mampu berikan jawapan,

mungkin esok,

mungkin lusa,

mungkin luput sekarang juga,

mungkin tiada lagi esok bagi seorang aku.

biarkan seorang dia tidak tahu,

biarkan seorang dia dengan hari – hari seorang dia,

biarkan seorang aku saja tahu,

biarkan,

biarkan sampai bila – bila,

seorang aku mahu seorang dia sendiri tahu.


Seorang aku kata seorang aku masih mencuba,

seorang kawan,

hilang entah ke mana,

seorang dia,

dengan hari – hari seorang dia.


Seorang aku?

Kau tahu apa itu pengorbanan?


Ini gambar pinjaman


Ini kisah seorang kawan kepada seorang kawan tentang seorang aku, seorang dia dan seorang kawan.

Ini bahasa seorang aku, bukan bahasa pmr, spm atau stpm.


Kasihan aku melihat SEORANG AKU.

11:04 pm

Rabu, 17 Mac 2010

melayu moden

Aku melayu la,
aku bangsa melayu,
kau bangsa apa?
jaga bangsa sendiri sana.

Melayu mudah lupa?
yaa..melayu mudah lupa,
bukan aku kata,
orang yang kata.

Melayu mudah lupa,
yaa..melayu di atas.

Melayu mudah lupa,
yaa..melayu ditindas.

Melayu mudah lupa,
yaa..melayu suka mengarah.

Melayu mudah lupa,
yaa..melayu merempat,

Melayu mudah lupa,
yaa..melayu merempit.

Melayu mudah lupa,
yaa..melayu meragut.

Melayu mudah lupa,
yaa..melayu penagih,

Melayu mudah lupa,
yaa..along kan ada,
minta tolong along la senang,
mereka tak nak tolong kita,
anak bini kita yang mati,
kita lari la.

Melayu mudah lupa,
yaa..melayu sombong.

Melayu mudah lupa,
yaa..melayu suka gaduh.

Melayu mudah lupa,
yaa..yang dapat anak haram semua melayu.

Melayu mudah lupa,
yaa..melayu tak boleh dicelah.

Melayu mudah lupa,
yaa..yang ponteng sekolah semua anak melayu.

Melayu mudah lupa,
yaa..sebut saja clubbing,
ada saja bangsa melayu.

Melayu mudah lupa,
yaa..hanya tahu mengangguk tanda sokongan jiwa dan raga.

Melayu mudah lupa,
yaa..bawa toyol masuk exam.

Melayu mudah lupa,
yaa..melayu lupa bangsa sendiri.

Melayu mudah lupa,
yaa..melayu lupa siapa yang memperjuangkan melayu.

Melayu mudah lupa,
yaa..melayu lupa perjuangan bangsa melayu terdahulu.

Melayu mudah lupa,
yaa..melayu lupa asal usul.

Melayu mudah lupa,
yaa..melayu hanya pada sehelai kertas.

Melayu mudah lupa,
yaa..aku lupa apa lagi aku nak tulis.

Melayu mudah lupa?
yaa..melayu mudah lupa.

Lupakah kita pada asal keturunan kita?


Pertahankan melayu kita.
11:55 pm

Isnin, 15 Mac 2010

paracetamol dan serenade

Dia datang lagi,
menerobos ruang otakku,
menarik - narik coretan minda antarabangsa ini ke dalam,
memahat tiang - tiang besi di segenap ruang yang ada,
membunuh emosi kecelaruan milikku,
menghalang segala benih keluar,
tidak dapat aku berfikir,
berdenyut - denyut rasanya,
paksa jugak aku ia keluar,
mungkin dinding batu itu jawapannya,
hentakkan kepala kau di situ,
kerna itu akan menghilangkan segala rasa kesakitan milik kau,
dan juga segala rasa yang kau ada,
itulah paracetamolnya.

Sudah aku cari serenade,
tapi tidak terjumpa,
untuk aku tanam di tengah - tengah otak ini,
biar aku letupkan bila tiba waktunya,
biar aku rasa hilang,
tidak tertanggung aku lagi,
betapa beban yang bertambah kilo nya,
aku heret dengan lantang,
meninggalkan kesan di kaki lima itu,
kutip lah kamu wahai pengemis,
kesian aku melihat kamu meminta,
bertakhta kudung tangannya untuk memberi,
kudis kakinya untuk melangkah,
bisu mulutnya untuk bertanya,
biar aku si miskin ini melontarkan kesenangan pada kamu,
dan biarkan si bongkak itu dengan kata - kata dunianya.

Tangan ini ingin bergerak,
tapi tidak termampu,
hanya mampu mata melihat,
apa lagi yang mampu aku rasa?
carikan aku serenade itu.


Ingin meletup agaknya.
12:00 am

Ahad, 14 Mac 2010

perempuan cigar

Pelik la kau ni.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik bagi yang pelik.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab kau baru kenal hidup.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik bagi yang dipenjara akalnya.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik bagi yang buta matanya.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab kau baru dilepaskan.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab kau hanya bertemankan diri.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab kau sombong.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab kau terkongkong.

Pelik ke perempuan merokok?
Menang pelik sebab kau tidur.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab sosial pun kau tak tau.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab rokok pun kau tak tau apa.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab kau menjeling.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab kau mengata.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab otak kau beku.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab mulut kau mencebik.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab otak kau beku.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab kau mengata.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab kau menjeling.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab rokok pun kau tak tau apa.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab sosial pun kau tak tau.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab kau tidur.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab kau terkongkong.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab kau sombong.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab kau hanya bertemankan diri.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab kau baru dilepaskan.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik bagi yang buta matanya.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik bagi yang dipenjara akalnya.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik sebab kau baru kenal hidup.

Pelik ke perempuan merokok?
Memang pelik bagi yang pelik.

Pelik ke perempuan merokok?
Kau lagi pelik.

Pedulikanlah mereka,
aku lagi pelik kalau kau sibuk jaga hal orang.

Koyak kain kau, kau abaikan,
kudis kaki kau, kau pamerkan,
kotor hati kau, kau tambahkan,
kurap tangan kau, kau jilatkan,
busuk mulut kau, kau bisingkan.

Kau lagi pelik !


Bukan aku nak menggalakkan orang untuk merokok, aku sendiri merokok. Tapi, biarlah mereka dengan dunia mereka. Kau ada jalan kau sendiri.



Midvalley Megamall / 5:30 pm
1:41 am