Selasa, 13 Mac 2012

simple conversation

Suatu malam sebelum Vanilla Coklat bermula.

*senyum*

"Minum?"

"Milo o panas, makan..."

dipotong oleh makwe cafe yang kegembiraan mengambil order gua.

"Malam ni ada minum jer, makan semua cafe sebelah sebab tukang masak kitorang cuti mak dia sakit"

Gua cuba untuk memanjangkan perbualan yang hampir putus selepas kaki gua digigit nyamuk celaka.

"Boleh orderkan tak kat cafe sebelah?"

Gua cuba lagi untuk beramah mesra dengan makwe tersebut dengan harapan gua nak tengok dia senyum dan bercakap dengan gua lagi.

Makwe tu tengok cafe sebelah sambil berfikir cuba untuk berbuat kebaikan dengan gua. Gua paham, memasing tengah malu - malu kucing, apatah lagi gua yang serba tak keruan ni.

"Emmm.. Nak makan apa?"

Yesss, berjaya jugak gua pasang perangkap dalam hati.

"Emmm.. Bagi saya nasi putih, tomyam daging..."

"Tu jer?"

"Tu jer".

Balas gua ringkas malas nak memanjangkan cerita.

*Baca kitab terfaktab, layan Vanila Coklat*

Lepas habis gua setelkan segala tomyam daging yang gua order, gua layan seround dua Vanila Coklat sampai habis. Nampak gayanya, gua sorang jer lelaki kacak yang layan Vanilla Coklat dekat situ sambil di kelilingi makwe - makwe bertudung dan amoi - amoi seksi. Member gua si semut tu tak muncul - muncul pulak. Mungkin masih berkecil hati dengan gua sebab gua abaikan dia semalam masa dia layan shisha perasa mekdi sensorang.

*Tamat Vanila Coklat*

Gua pantas bangun tak sabar nak balik. Emmm, sebenarnya tak sabar nak bertentang mata dengan makwe cafe tersebut. Rasa macam gua nak suruh brader cafe tu buat iklan jawatan kosong pembantu cafe jer dekat situ. Untung - untung dapat jugak gua duit poket untuk menyara kehidupan gua dengan makwe cafe tu nanti. Kekekekek...

"Berapa yer milo o panas tu?"

"Emmm.. RM1.50"

"Berapa?"

"RM1.30"

Mungkin sebab gua tanya dua kali, makwe tersebut bagi diskaun doploh sen dekat gua. Brader cafe tu pun bagi signal dekat gua supaya gua teruskan usaha gua tu. Untung - untung gua dapat makan free lepas ni.

"Okay tak makanan?"

"Okay la, sedap. Tapi, makanan kedai awak lagi sedap".

Balas gua dengan harapan makwe tersebut tidak berbelah bahagi dengan gua. Nampak lagi kesenyuman makwe tersebut di situ.

"Terima kasih"

"Sama - sama"

Senyuman di balas senyuman. Gua bayar duit tomyam dekat cafe sebelah dan berlalu pulang sebelah makwe tadi yang sebok mengemas meja sambil senyum dekat gua. Okay, gua senyum balik dan...

"Bye"

Gua balik dan sambung online.

p/s - Ada beberapa perbualan yang tidak dapat gua masukkan di sini demi keselamatan fizikal kedua - dua belah pihak.

Teruskan tersenyum,
12:20am

perempuan hipokrit materialistik kosmetik plastik

Perempuan Hipokrit Materialistik Kosmetik Plastik

Oh, bukan semua perempuan macam ni, hanya untuk yang terasa sahaja.

Bersepah giler zaman sekarang ni, mengalahkan sampah yang dibuang merata - rata. Okay la tu, orang Malaysia pun suka buang sampah merata - rata. Gua pun pernah. Kalau yang tak pernah tu, bukan rakyat Malaysia tu. Mungkin Nepal, Bangla, Indon dan yang seburuh atau sekontrak dengannya.

Budak kampung masuk bandar pun bajet hot letak maintanence sama tinggi dengan anak datok. Sedangkan anak datok pun leklek jer. Biasalah, manusia kata "culture shock". Binatang kata "awak manusia lupa daratan". Oh, gua tak tau daratan mana yang dimaksudkan binatang tersebut. Angin kata, "rasa nak terbangkan jer awak semua ni". Gua ada jer kawan macam ni, rasa nak hadiahkan bra kaler merah buatan makcik milah belakang rumah gua tu jer. Lepas tu gua suruh lah makcik milah letak ropol - ropol sikit dengan manik - manik, baru lah up to date. Meriah sikit macam Kak Melah masuk final juara lagu tahun gajah dulu.

Bukan apa, jadi lah diri sendiri. Tak payah nak plastikkan diri macam retis - retis luar negara buat pembedahan kasi besar sana, besar sini, mantap sana, mantap sini. Semut tengok pun rasa nak pijak - pijak sampai tak mati jer lu orang ni. Kalau dah kampung tu, kampung jer lah. Tak kisah lah lu dari kampung mana, walaupun Kampung Baru dan Kampung Radioaktif sekalipun. Gua kampung jugak, makan belacan, makan tempoyak. Cencalok dengan budu jer yang gua tak makan. Jiran gua pun heran kenapa gua tak makan budu dengan cencalok, sedangkan gua makan tempe. Eh? Emm emm emm...

Sudah lah hipokrit, materialistik, kosmetik, plastik pulak tu. Semuanya plastik bagai. Macam binatang lupa diri. Macam sang kancil dengan buaya. Okay, memang takde kaitan pun. Semut yang lepak hisap shisha dengan gua tu pun selalu merungut dekat gua dengan kerenah binatang yang pesen macam ni. Kesian semut tersebut, selalu terluka dengan perangai binatang.

Semut pun tahu kesedaran, sedar diri dia siapa. Dia tak boleh jadi sebinatang, dia boleh jadi diri dia sendiri jer. Apa yang dia boleh buat, berubah untuk menjadi yang lebih baik.

"Gua okay". Kata semut dalam hati

Plastik,
1:46pm

tiga tambah dua

Keempat

Gua masuk pagar dan dia keluar pagar nak ke kelas. Tengok gaya menunggang, macam orang terlambat ke kelas pun ada. Gua kalau lambat ke kelas, gua abaikan jer yang gua ni lambat sebenarnya. Oh, ini pagi tadi. Pagi di mana gua sedekahkan darah gua pada pihak yang berminat untuk mengkaji darah gua yang seakan-akan tidak rela di dekatkan dengan kryptonite hijau. Kryptoniye hijau buat gua lemah, biru buat gua jadi manusia biasa tidak berkuasa dan merah buat gua super hyper-active dengan kuasa kekejaman gua. Ini kali keempat, kali keempat yang gua hanya mampu bertindak seperti kali pertama, kedua dan ketiga. Aahh, gua pengecut barangkali.

"Lu memang pengecut".

Sapa semut yang cuba gua langgar. Kesian, tengah bekerja keras mencuri gula dari makcik kantin. Tapi itu bukan bermakna gua perlu elak untuk tidak melanggar semut yang sangat angkuh dengan gua tu. Lu tak paham lagi usaha yang gua tengah usahakan sekarang ni. Emm emm emm...

Semut berlalu pergi sambil jejeling gua dengan angkuhnya.


Kelima

Ini betul - betul kebetulan atau gua yang cuba jadikannya kebetulan. Gua duduk di meja yang biasa gua port untuk makan dan sapkok tanpa dilihat oleh sesiapa yang anti dengan smoker macam gua. Aahh, peraturan baru ni betul - betul menyusahkan kehidupan gua. Semut yang dengki dengan gua datang parking sebelah gua. Angkuh sekali sambil hisap shisha perasa mekdi. Gua kalau dapat pijak semut ni kompem tak mati.

Sesambil gua baca Sperma Cinta sementara menunggu nasi goreng kampung halaman gua siap, mata gua kusyuk perati keliling. Mana la tau ada makwe - makwe yang jejeling gua. Segan nak say hai dekat gua, jeling pun jadilah. Takpe, gua paham makwe sekalian, gua paham.

Tup, tup. Mata gua terfokus pada satu senyuman yang dah biasa gua tengok sebanyak 4 kali sebelum ni. 4 kali, belum 5 kali. Okay, makwe tersebut port dekat meja paling hujung sebelah akak jual beger. Ada gaya - gaya artis gua nampak dekat situ, makan ala - ala menyorok. Takpe, takpe gua paham. Selesai makan, dia bayar dan sekali lagi untuk kali kelima, kali kelima gua ulang, makwe tu tersenyum dekat gua. Gua pun terpaling tempat lain gaya makwe - makwe jual mahal. Gua tahu dalam hati makwe tu mesti cakap yang gua ni sweet buat macam tu.

"Yer, lu sweet". Kata semut yang kusyuk hisap shisha perisa mekdi sebelah gua.

Nasi goreng kampung dengan telur dadar gua sampai.

p/s - ini cerita karut yang gua reka.

Apakah?
12:27am

Ahad, 11 Mac 2012

tiga malam

Makan

Gua duduk dan dia datang dari jauh dengan senyuman. Gua dengan rasa tak sombong membalas senyuman makwe tersebut. Yela kan, gua tak suka menghancurkan harapan seorang makwe yang meminta untuk dibalas senyumannya. Gua cuba untuk senyum seikhlas mungkin. Harap - harap makwe tu tak perasan yang gua cuba sedaya upaya untuk senyum dengan ikhlas. Gua terkaku dan terkedu seketika. Emm emm emm...

"Nasi putih, tomyam campur, telor dadar, milo o panas dengan air suam".

"Tu jer?"

"Tu jer, terima kasih"

Habis makan gua blah. Tengok keliling makwe tu takde.


Wayang Pacak

Gua duduk tepi longkang, cuba perati sekeliling. Mana la tau kot - kot jumpa member - member lama. Harapnya macam tu lah. Tempat gua duduk tu 3 jengkal jer dengan tikar yang diorang sediakan untuk wayang pacak tu, dengan harapan tiada benda lain yang terpacak sekali. Movie yang ditayangkan pun harap - harap bukan lah dari golongan yang boleh menginzalkan. Tapi kalau berkenan, gua boleh tolong perkenankan semua stok - stok peribadi gua.

"Kalau gua campak katak ni kat tengah - tengah crowd ni boleh mendatangkan keriuhan dan kemeriahan jugak".

Gua menjerit dengan kuat sekali dalam hati tanpa ada sesiapa yang mendengar apabila gua nampak saekor katak persis berpelajaran berpeleseran di tikar biru yang disediakan. Dasar katak!

Dan tiba - tiba,

makwe cafe tersebut lalu depan gua sambil tersenyum lagi dan lagi. Gua dengan rasa jual mahal membalas senyuman makwe tersebut sambil memegang kek murah yang diberi oleh pihak penganjur wayang pacak. Gua risau jugak kalau - kalau aset gua pun turut terpacak masa tu. Maklumlah, amoi - amoi yang hadir mengenakan pakaian tidur bersama bakal suami memasing.

Dan makwe tersebut pun berlalu hilang tanpa kata.


Muzik

Gua siap - siap sebenarnya nak pergi layan OAG dekat kolej seberang. Tapi gua singgah kejak dekat Festival Muzik kolej ni. Saje nak tengok pertandingan nyanyian solo bebudak ni. Tapi gua tersadai dekat situ bila gua nampak makwe cafe tu untuk kali ketiga. Apakah ini sebenarnya? Dengan bulan terang yang samar - samar seperti memanggil - manggil gua untuk balik ke bilik dan tidur. Berjuta kali jugak gua menguap masa tu, sekarang ni pun gua tengah menguap entah yang ke berapa kali. Rokok pun dah berapa batang gua habiskan dengan jayanya. Seperti biasa, senyuman di balas dengan senyuman.

Dan masa pun berlalu.

Gua habiskan masa gua malam tu dengan menyepak terajang dekat performance OAG. Gua cuba mencari makna, tapi apakah maknanya? Mungkin gua terlalu poyo untuk menjadi saorang yang sejati. Kahkahkah.

Sekian.

p/s - Ini bukan kisah benar yang direka - reka.

Petang Ahad,
5:15pm

Sabtu, 10 Mac 2012

comel dak

Ya, dulu gua memang comel. Dalam lingkungan umur kecomelan gua, gua sering dijadikan bahan perhatian gadis - gadis yang masih tak kenal apa itu datang bulan. Kecomelan gua sering menjadi bual mulut - mulut saka yang dengki dengan gua. Eh, sekeping dua jer yang dengki dengan gua, yang lain sayang gua. Yer dak? Mana taknya, budak yang baru terhegeh - hegeh nak masuk sekolah pun tak kenal gua. Errr...

Apa ada pada comel? Lu orang comel pun belum tentu lagi dapat gred yang cemerlang pada kertas akhir lu orang nanti. Satu benda yang boleh memberi kesan akhir zaman pada kertas akhir lu orang adalah sifat malas nak jahanam lu orang. Tu jer. Tapi gua lain, malas - malas gua pun ada rajinnya. Tu pasal la UPSR gua ada 1 A jer. Emm emm emm...

Jadinya, tak payah nak bajet diri tu comel sangat kalau perangai macam celaka nak jahanam. Ada makwe kata muka gua macam Aamir Khan. Betol dak?

Gua malas ni sebenarnya.

Madu.
2:45am

Jumaat, 9 Mac 2012

nakal tak gua

Di zaman kejahilan gua, gua nakal, sangat nakal. Ada jahat sikit - sikit. Tapi masih ada baiknya gua ni. Berkawan dengan orang yang tak serupa orang, buat gua kenal dunia ni dengan lebih rapat. Aahh, tak besar mana pun dunia gua dulu. Pusing - pusing ke situ jugak. Macam gua rapat dengan kengkawan gua dulu, walaupun diorang semua masih lagi naif perihal dunia. Macam budak baru lepas buang kulit kotor. Apa yang gua tak pernah buat, membunuh, merogol, mencabul. Nampak tak? Gua baik sekali. Setakat mencuri tu, gua dah biasa. Nak mencuri pun kena ada teknik dan taktik. Barulah misi berjaya walaupun akhirnya kegiatan gua tu dikantoikan sendiri oleh kawan gua yang bangang tak tahu nak cabut bila dah kantoi. Erhh, macam pelik jer ayat ni. Tapi gua selamat sebab dia tak petik nama gua yang masyhur di seantero dunia ni. Nak tau kitorang rembat apa? Ringan - ringan jer, bukan kedai emas atau apa saja menatang yang gempak. Hahahaha. Time tu pun gua tak pakai henpon lagi, nafsu nak berhenpon pun tak terasa lagi.

Masa ni gua kaki rempit, sampai eksiden. Calar sana sini badan gua yang sekeping masa tu, nasib baik tulang gua kuat berkat minum milo selalu. Duit sekolah mak gua bagi banyak gua habiskan dekat superbike gua. Macam - macam kaler dah gua try, last sekali kaler putih. Ala - ala kereta formula 1 mercedes mclaren. Maklum la, masa tu gua layan F1. Cuma tak mampu nak beli kereta lagi, kereta sorong bersepah la. Eh, ada 1 jer bapak gua punya. Kereta sorong tu pun dah banyak jasanya dengan kebun bapak gua depan rumah tu. Bayangkan rumah taman ada kebun depan rumah. Kebun bapak gua tu adalah besar rumah gua kali 2. Okay, okay berbalik pada simpang memula gua masuk tadi. Gua ni pantang bebudak ni ajak berlumba, gua laju jer. Memang gua tak pernah tak kalah. Emm emm emm. Ada jugak tak pernah tak menang. Emm emm emm. Kira memasing ada potensi untuk menjadi pelumba sejati 1 hari nanti. Last - last gua dengar citer memasing entah ke mana. Ada dah kahwin, ada kelaut, ada itu, ada ini. Emm. Lepas habis PMR, gua pindah johor. Gua bawa sekali superbike gua, parking belakang rumah sebab superbike gua time tu rosak. Memang kerja dia tersadai la kat belakang rumah tu macam kat muzium dah. Kalau gua buat muzium kat belakang rumah gua tu, kompem mat - mat rempit yang selalu datang tengok kecanggihan superbike gua. Tapi akhirnya, ada jugak duka yang melanda diri gua apabila gua kehilangan. Gua kehilangan basikal jipang gua yang gua sadaikan dekat belakang rumah gua tu. Sadis~

Emm emm emm.

Gua syak dulu gua baik sebab gua selalu jugak pergi surau tetiap malam lepas main bola. Anak imam surau Taman Kemuning siapa tak kenal. Nakal yer, baik pun yer. Yela kan, kita mesti seimbangkan kebaikan dengan kenakalan yang kita lakukan. Asal ada majlis jer, gua dengan bebudak gua la yang paling rajin menolong. Biasa la, nak harap siapa lagi kalau bukan dekat anak - anak muda yang berkaliber ni. Tenaga kitorang selalu digunakan untuk majlis - majlis di sekitar taman. Kalau bulan puasa pulak, tenaga kitorang lagi sesangat diperlukan untuk merembat makanan masa jemaah lain sebok sembahyang terawikh. Eh, tapi kitorang tetap setia menabur bakti hingga selesai mencuci pinggan yang terakhir. Yela kan, bapak gua imam, jadi gua kena la tunjukkan contoh yang baik pada jiran tetangga yang gua ni boleh diharapkan pagar. Untuk pengetahuan lu orang semua, abang gua pun pernah jadi imam surau taman gua tu. Hekhekhek. Gua jer tak pernah, rasa macam diri ni terlalu rapuh jiwa dan raga untuk mengimamkan 1 kariah taman perumahan yang serba besar tu. Mana taknya, 2 taman bergabung jadi 1. Gua jadi imam kat sekolah agama jer masa sembahyang asar kat masjid jamek dekat dengan sekolah gua tu. Nampak tak kat situ? Nampak tak? Malas gua nak cerita pepanjang pasal kebaikan gua. Nanti lu orang kata gua riak, sombong, bongkak dan tabur pulak. Hnss

Lu orang tunggu lain hari, nanti gua cerita yang lain pulak pasal zaman kenakalan gua dulu. Tau dak yang dulu gua comel?

Jumaat,
11:45am

Khamis, 1 Mac 2012

saka

Aaahh, cilaka rasa.

Saka apa entah sudah merasuk badan aku ni. Sentiasa bernafsu, adakala semakin tinggi bernafsu. Kadang - kadang nafsu biasa, kadang - kadang nafsu luar biasa. Aaahh, saka apa ni? Siapa yang mempunyai sifat dengki pada aku yang sombong ni? Sumpah aku sombong. Tak normal aku rasa. Sungguh!! 24 jam, 7 hari, hari - hari, setiap masa. Mungkin aku lupa pada mulanya, atau aku sengaja. Tidak ikhlas mungkin.

Aku bernafsu, sentiasa bernafsu. Sangat tinggi. Siapa sanggup memuaskan nafsu aku? Memberi apa yang aku inginkan.

Lapar itu menjadi- jadi.
Itu jer.

(bosan)

Malam Jumaat,
11:37pm