Isnin, 19 Julai 2010

rakusnya beradu dosa

Pabila terbenamnya mentari,
kegelapan mula menyelubungi,
kebingitan mula melangkah berani,
satu persatu alam di belah,
menjadikan raja dalam diri,
giuran lentikan sebagai janji,
membelah lurah durjana malam,
dibelai keasyikkan si syaitan,
berganti rasa setiap masa,
hingga hilang rasa di rasa,
tingginya hidung menjadi hamba,
rakusnya beradu dosa,
menunggu masa bala menjelma.

Berikan mereka kesedaran.

Hilangkan dosa dalam diri.
12:12 am