Isnin, 12 Ogos 2013

aku bahagian dua

Hidup aku pagi petang dengan kelas, hingga aku muak untuk ke kelas. Apa lagi menghadap pensyarah-pensyarah yang ada kalanya membahagiakan aku, dan ada kalanya membuat aku menyorok sepanjang masa. Bertungkus-lumus merogol assignment sepanjang masa hingga aku sendiri dirogol waktu dan poket aku sendiri. Sebenarnya, takdelah tungkus-lumus mana pun, sebab yer aku memang bukan rajin. Bukan rajin pada dasarnya.

Aku sendiri tidak tahu apa yang aku buat di sini. Setiap hari melakukan benda yang sama, bercakap benda yang sama, mendengar benda yang sama dari orang-orang yang sama. Ahh, hilang akal agaknya. Walau apa pun, ini yang harus dan terpaksa aku lalui sepanjang aku bernafas dan merangkak di sini. Ya, di sini tempat aku belajar merangkak, bercakap dan mendengar dengan angkuh. Siapa kau di sini, akan menentukan apa yang akan kau lalui selagi kau hidup di sini. Itu pun kalau tiada sesiapa yang bernafsu tikam kau dari belakang. Tapi, bagi aku zaman sekarang ni, semua orang sudah berani untuk tikam dari depan, depan mata kau sendiri, di mana kau sendiri menyaksikan apa yang berlaku hingga kau ditikam, kau sendiri yang melihat bagaimana kematian begitu dekat dengan kau. Kau sendiri akan saksikan. Zaman sudah moden bro, anak baru lahir pun orang sudah berani buang merata. Tepi jalan pun orang sanggup beromen bro. Depan rumah sendiri pun kau boleh kena ragut, kena cabul. Apa lagi dalam rumah. Kalau dah namanya penyangak, pemusnah masa depan Negara, rumah berkunci padat dengan alarm pun lahanat-lahanat ni sanggup kasi pecah. Enak tak enak la zaman sekarang ni. Di mana-mana ada bahaya, di mana-mana kau mampu dan berpeluang untuk kena tikam. Jadi, fikirlah!

Di sini juga kau akan jumpa dengan samseng-samseng kampung. Biasanya, kalau dah namanya samseng kampung, golongan-golongan ni takkan berani untuk bertentang mata dengan lawan mereka satu persatu. Pasti dan sudah pasti mereka berani seperti mereka adalah Tuhan apabila adanya tembok besar di belakang  mereka. Ya, tembok besar China yang mereka pinjam sementara masih hidup. Gayanya seperti Hang Tuah, tuturnya seperti Sultan Mahmud, beraninya mengalahkan Tun Mamat. Tetapi, pada batinnya hanyalah seekor tikus yang takut akan kucing. Percayalah, mereka hanyalah samseng kampung yang berlagak dan angkuh dengan diri mereka sendiri. Tiada apa dan siapa yang mencabar, hanya mereka yang takut dengan persekitaran yang jauh beza dengan rumah mereka. Jauh beza.
Situasi-situasi ini pernah aku lalui dengan tenang. Siapa aku untuk menjadi raja. Aku hanyalah seperti mereka pada zahirnya. Hadir ke sini membawa bekas yang kosong, dengan harapan aku pulang dengan bekas yang penuh berisi dengan ilmu-ilmu dunia.

Siapalah aku sebenarnya, masih tipis dan jahil tentang Dia.

Rumah,
7:43 pm

Rabu, 7 Ogos 2013

rama-done

Ramadhan telah pergi,
Syawal menjengah diri,
Shaitonn kembali lagi,
selepas sebulan digari.

Berapa ramai antara kita sedih dengan perpisahan ini?
Berapa ramai pula antara kita benar-benar meraikan kemenangan ini?

Di mana pun kita dan siapa pun kita, bersyukurlah dengan nafas yang dipinjamkan oleh-Nya di dunia ini. Selama mana lagi mampu kita bertahan? Bukan kita pemberi jawapannya.

Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.
1434 H

Eid Mubarak,
9:00 pm

tidak bermakna

"Aidilfitri aku tahun ini tidak bermakna".

Bukan aku yang kata, atau sibuk - sibuk kata, cuma segelintir manusia yang masih tidak lagi reti bersyukur dengan nafas yang kau pinjam selama ini. Aku terkadang berfikir, dari segi apa yang dia maksudkan.
Mungkin dia menyambut seorang diri tanpa ada sesiapa bersama, atau mungkin tidak bermakna tanpa  ada makwe / pakwe tersayang.

Satu jer aku nak cakap, "You can godai! You're drunk!".

Kau dah bayangkan manusia lain yang sambut Aidilfitri tanpa mak dan ayah? Atau pun ahli keluarga yang lain? Senang aku maksudkan menyambut seorang diri, sehelai sepinggang tanpa keluarga, apatah lagi makwe / pakwe, tanpa santapan juadah di pagi raya.

Kau bagi aku tergolong dalam golongan zombie yang tak reti bersyukur.

Walaupun kau hidup sehelai sepinggang, tanpa mak, ayah dan keluarga di sisi, bukan bererti Aidilfitri kau tidak bermakna. Ini bererti kau masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk terus hidup dan merasai nikmat ber-Aidilfitri.
Oh, aku lupa. Kau saja manusia yang menyambut Aidilfitri di bumi ini, kerana spesis kau yang lain dah menyerupai zombie dan zombie mana mungkin bermain mercun, meriam, apatah lagi menganyam ketupat. Aku lupa yang itu. Zombie hanya tahu berlakon filem.

Okaylah, kau berhak untuk "Aidilfitri aku tahun ini tidak bermakna".

30 Ramadhan 1434 H,
1:47 am

Selasa, 6 Ogos 2013

aku - bahagian satu

Pembelajaran dan kefahaman aku tentang hidup bermula sedari kaki aku melangkah ke sebuah kota yang penuh dengan kegembiraan dan kecelakaan. Di sinilah aku belajar sesuatu perkara tanpa perlu diajar, kerna diri aku sendiri yang sibuk mengajar diri yang naïf ini ketika itu. Walaubagaimanapun, bukanlah aku seorang yang kurang ajar. Yes, aku sangat zero tika dan waktu itu.

Bermula dengan semangat  anak muda yang kononnya bangga dapat menyambung pelajaran di ibu kota, aku bergerak langkah demi langkah melepasi pintu gerbang sebuah universiti di tengah ibu kota yang kononnya sekali lagi agung dan masyhur di mata dan benak mereka yang masih berseluar biru dan hijau.

Hari pertama di sini aku sibuk dengan kesibukan baru, sibuk mencari teman-teman baru. Bermacam-macam rupa ada, melayu, jawa, mamak, cina, india dan lain-lain. Bersalaman dengan teman-teman baru membuat aku selesa dan mudah untuk menerima mereka. Merekalah teman-teman aku di sini sepanjang nyawa aku tidak di ambil di sini.
Kuala Lumpur bukan, setiap mereka mahu menjadi yang terbaik, menonjolkan diri di khalayak umat manusia. Tapi di sini siapa anda, tiada siapa yang ingin ambil tahu. Pergi matilah! Melainkan anda seorang Neelofa, melainkan anda seorang Izara Aishah, melainkan anda seorang Nelydia Senrose dan sebulu dengan meraka, apa lagi seorang Maria Ozawa. Sanggup menghabiskan masa berjam-jam menonton movie lakonan Sang Miyabi yang saling bertukar bentuk, saiz dan sarung getah. Bunyi-bunyian enak yang memenuhi segenap ruang telinga, seterusnya merentap hati dan jiwa-jiwa yang bakal kecundangan. Terlihatlah kelibat manusia yang sudah bersedia menggenggam bara hingga menjadi api. Manusia, pantang dicabar.

*Lagu raya dipasang*

Aku bukanlah artis di sini. Jadi aku memegang kukuh otak kiri dan kanan aku supaya aku ringan tulang untuk ke kelas dan menghadap assignment yang tak pernah malu untuk berhadapan dengan aku yang agak pemalas ini. Kebanyakan aku menghabiskan masa dengan merebut peluang di gelanggang-gelanggang sepak bola, berlari-lari di sekitar kampus, melihat gadis-gadis pulang ke kelas, dan bersembang kosong dengan teman sejiwa. Berkongsi pengalaman di waktu sekolah. Ahh, memang banyak yang nak dibanggakan ketika di bangku sekolah. Tapi, aku bosan dengan cerita sekolah. Sekarang aku di sini, di dunia baru yang perlu aku lalui dengan banyak cabaran-cabaran yang akan mencelakan aku sendiri.


…oohhh, cantik berseri-seri, tua dan muda berpakaian serba baru…

29 Ramadhan 1434,
6:02 pm