Isnin, 8 Ogos 2011

mencari kawan - part 4

Kadang - kadang kita lupa,
leka dan alpa,
bercakap bukan sekadar bercakap,
mendengar bukan sekadar mendengar,
tetapi kita sebenarnya sedang mencari jalan penyelesaian,
mencari kesefahaman.
Kita sedang meluahkan perasaan,
isi hati,
dan keinginan untuk difahami.

(sedang aku menghirup secawan kopi dan menghisap sebatang rokok)

Kita perlukan seseorang untuk memahami kekusutan dunia kita,
jadi kita kembali mencari dengan penuh harapan.
Si dia,
yang telah kita kehilangan,
tanpa menyedari kita sudah pun bertemu dengan pengisi kekosongan,
dan pengganti tempat kita mengadu.

Si dia,
11:10

Ahad, 7 Ogos 2011

orang kita

Kenapa masih ada rakyat MALAYSIA yang masih sanggup mentertawakan negara sendiri apabila pasukan kesayangan kita, HARIMAU MALAYA tewas di tangan SINGAPORK tempoh hari. Tidak faham kadang - kadang dengan sikap bangang ORANG KITA. Sikap tipikal orang kita yang tidak akan berubah sampai bila - bila. Mentaliti yang masih sama tahapnya dengan tapak kaki.

Buanglah sikap bangang tu jauh - jauh.

Tipikal,
11:00pm

mencari kawan - part 3


Terikat, terkongkong, terkurung.
Kita memerlukan jalan untuk melepaskan diri dari kemelut lama,
dari sejarah lama,
yang ikut kita ke mana saja kita pergi.
Kita tak boleh lari,
tapi kita beranikan diri,
tabah untuk mencari ruang,
untuk mencari kebebasan.
Akhirnya ruang,
membuatkan kita lupa, leka dan lalai,
memaksa kita berfikir,
membebankan kita,
membebaskan kita,
melemas dan menelan kita semua.

Lemas,
1:17am

Jumaat, 5 Ogos 2011

piala malaysia 2011

PIALA MALAYSIA 2011

GROUP A - KEDAH, PERAK, SABAH, JOHOR
GROUP B - TERENGGANU, NEGERI SEMBILAN, PKNS, SIME DARBY FC
GROUP C - SARAWAK, JOHOR FC, KELANTAN, FELDA UNITED FC
GROUP D - SELANGOR, T-TEAM, KUALA LUMPUR, PDRM

Selepas ucapan - ucapan dari SI BUIH dan menteri - menteri berkenaan yang panjang lebar, barulah undian dapat dijalankan. Undian yang sebegitu ringkas tidak memerlukan ucapan dari berbagai pihak yang melalut - lalut. Buang masa ke bazar jer. Undian play-off UEFA Champion League pun ambil masa yang singkat. Hurmmm.. Boleh pulak masuk MU dengan LIBERPOOL. Apa kes?? Ni undian PIALA MALAYSIA, bukan kelab England. Damn. Jadilah seorang yang PROFESIONAL bila dah pegang TITLE yang besar tu.

Selamat berbuka,
7:26pm

benarkan aku

Malas sudah aku mahu memikirkan hal - hal yang berlaku, di mana hal ini boleh membangkitkan rasa amarah dalam diri walaupun tidak ketahuan oleh manusia lain. Dianggapnya bijak, walaupun aku percaya ia adalah satu tindakan paling bodoh pernah dilakukan, sama ada dengan sedar atau pun tanpa sedar. Tapi apakan daya aku masih jugak mahu memikirkan tentang hal - hal yang aku anggap penting itu. Gadis? Bukan hal gadis sama sekali. Aku tidak enak mahu memikirkan hal gadis yang bisa mengkucar - kacirkan otak dan benak aku ini. Aku lebih rela berjalan dengan menggunakan dua kaki yang masih gagah ini. Apa yang cuba dimainkan sebenarnya? Merangkak, berjalan atau pun berlari? Aku fikirkan sudah penuh otaknya, tapi bisa jugak masih belum. Mungkin kebodohan yang disimpannya yang menggagalkan segala cara. Aku berdoa saja agar semuanya berubah demi satu darah yang dijiwai oleh semua.

Pasal gadis tadi, ya aku malas rasanya. Apa yang bisa aku coretkan berkenaan gadis? Gadis - gadis, kamu coretkanlah sendiri apa yang kamu rasa betul.

Benarkan aku lena sekarang.

Berubahlah,
12:40pm

Khamis, 4 Ogos 2011

persoalan demi persoalan


Apa sebenarnya permainan FAM? Apa yang mereka mahu sebenarnya? Strategi apa yang mereka mahu gunakan dalam persatuan itu? Janganlah cuba mahu berwayang dengan rakyat yang sentiasa mengambil berat pasal bola sepak Malaysia ini. Kami tahu permainan anda.

Apakah alasan FAM selepas membatalkan perlawanan persahabatan antara pasukan MALAYSIA dengan Indonesia 14hb Ogos 2011 nanti? Sedangkan perlawanan tersebut sudah mendapat persetujuan kedua - dua pihak. Bulshit!!! Perlawanan seperti ini yang kita inginkan dan harapkan.

Untuk latihan pusat pasukan kebangsaan, terdapat beberapa muka baru yang dipanggil. Adakah latihan pusat ini diadakan hanya untuk melibatkan perlawanan persahabatan dengan pasukan Selangor 6hb Ogos ini? (banyak sangat mainan di situ)

Sila buka mata wahai FAM. Kita perlukan perlawanan antarabangsa, bukan perlawanan SARKAS (merujuk kepada 3 perlawanan sarkas dengan kelab EPL). Tunjukkan sikap profesional anda.

Kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang menganggap remeh perkara - perkara penting.

Kecewa,
9:33pm

mencari kawan - part 2


Seperti surat - surat kiriman kenalan yang dekat dan jauh,
kita mengembara dan meneroka dari satu tempat ke tempat yang lain,
membawa bersama kenangan manis dan impian hidup yang ingin kita kongsi.
Seperti sebutir habuk yang ditiup angin,
kita mencari ketentuan hidup,
dan arah masa depan.
Kita memikul beban dan pengalaman pahit yang ingin kita tinggalkan,
kisah silam yang ingin kita lupakan,
berpegang pada harapan,
untuk memulakan hidup yang baru.
Satu hari kita akan sedar,
melakukan kesilapan adalah lumrah perjalanan hidup yang akan mendewasakan kita,
nak taknak,
kita terpaksa membuat pilihan dan berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam meneruskan pengembaraan yang tidak dapat dielakkan.
Pengembaraan yang akan membawa kita ke tempat yang baru,
dan yang akan membawa kita pulang,
bertemu dengan nafas baru.

Kamu,
12:24pm

Selasa, 2 Ogos 2011

mencari kawan - part 1

Setiap orang perlukan kawan, teman, geng, orang - orang yang kita boleh berhubung.
Tapi, apakah itu kawan?
Geng warung kopi, member seperjuangan, member lepak - lepak, rakan - rakan sekolah, teman copy paste buat assignment atau kawan - kawan yang bersama kita semasa kita kecil.
Takde prejudice, takde perbezaan, takde perbandingan, takde persaingan.
Sehingga satu hari kita belajar untuk membuka mata,
dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih.

Takdehal, sekarang ni setakat nk buat kawan memang cepat, senang dan pantas.
Tak payah keluar rumah, tak payah goyang kerusi, tak payah pening - pening kepala,
tenung skrin komputer, keletak keletuk ajer keyboard.
Boleh suka benda yang sama, tak suka pun tak ape, kenal tak kenal belakang cerita,
risiko kita tanggung sendiri.
Kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tak boleh diduga.

Kita meneruskan perjalanan hidup mencari kawan, teman, rakan untuk mengisi kekosongan tanpa menyedari mereka berada di hadapan kita.
Hanya menunggu masa untuk menemukan kita kembali,
hanya menunggu keadaan yang sesuai yang akan menentukan arah persahabatan,
kerna kawan sukar dicari ganti.


Kami,
10:21pm

bangunlah


Bangunlah,
dan berinjaklah dari situ,
panas sudah punggungmu,
berlekuk sudah kerusimu,
apa lagi yang mampu kau buat si tua,
hanya banyakkan amalanmu,
hapuskan dosamu,
banyakkan sedekahmu,
di bulan yang mulia ini,
kau sudah tidak layak,
untuk menunjukkan telunjukmu,
telunjuk kotormu,
yang kau tunjuk selama ini,
tumpul sudah taringmu,
banyak sudah umurmu,
carilah tongkat sebagai teman,
berambus kau,
nyah kau sebelum kau hilang nafas,
apa yang kau bagi?
tiada apa,
hanya menumpang nama,
apa yang kau susahkan?
menambahkan kesusahan,
aku pun disusahkan,
aku pun menagih tika itu,
dasyat aku menagih,
aku tunggu kau jatuh,
aku mahu nafas baru,
yang mampu menggerakkan segala sistem sarafnya,
memberi perubahan yang mampu tersenyum,
demi keadilan,
dan suara - suara bising.

Dia sudah lama tidur di situ.

Bertindaklah,
12:28pm

Isnin, 1 Ogos 2011

sedarlah wahai FAM


Berakhirnya perjalanan pasukan HARIMAU MALAYA ke Brazil 2014. Segala - galanya berpunca daripada tindakan FAM yang sangat bijak dengan mengadakan 3 perlawanan pertunjukan dengan KELAB EPL yang aku anggap tiada kebaikan langsung melainkan keburukan. Tiada sebab langsung kenapa FAM perlu mengadakan perlawanan tersebut kerana dalam masa beberapa hari, pemain - pemain akan terlibat dengan perlawanan yang lebih penting iaitu PUSINGAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 menentang Singapondan di Jalan Besar dan jugak Bukit Jalil. Ini terbukti dengan terhasilnya beberapa pemain utama yang cedera seperti MAT YO & AIDIL ZAFUAN. Kesannya mereka tidak dapat bermain di Jalan Besar dan jugak Bukit Jalil. Hanya Aidil yang dapat bermain di Bukit Jalil walaupun dalam masa yang singkat. Kesan daripada kekalahan menentang LIVERPOOL dan ARSENAL, skuad kebangsaan melepaskan 10 gol. Secara tidak langsung, memberi kesan kepada 4 pertahanan skuad kebangsaan dan terbawa - bawa hingga ke Jalan Besar dan Bukit Jalil. Psikologi memainkan peranan penting dalam setiap perlawanan sama ada perlawanan itu penting atau tidak. KEBODOHAN FAM telah menjerat skuad kebangsaan dan mereka telah tersungkur awal di Jalan Besar. Baru sekarang FAM mahu buka mata dan kaji semula kesan perlawanan EPL tersebut. Ini semua sudah terlambat angkara kebodohan anda FAM.

Ya, duit akan masuk hasil perlawanan pertunjukan tersebut. Tapi ia hanya memenuhkan kantung FAM yang selama ini sudah penuh dan duit - duit tersebut telah mengalir keluar entah ke mana tanpa sebab. Dan sekarang FAM menaikkan pula harga tiket sebanyak RM10 menjadikannya RM30. Harga tiket dinaikkan tanpa sebab. FAM memang bijak dalam pengurusan harga tiket. Terima kasih FAM atas kebijaksanaan anda. Dalam penjualan tiket pula, aku nampak kekurangan FAM dalam proses penjualan tiket. Hari pertama FAM sudah menjual hampir 65, 000 tiket dan tiket yg sepatutnya dijual pada hari ketiga, di tarik untuk dijual pada hari kedua. Dan janji manis FAM yang ingin mengeluarkan tiket tambahan pada hari ketiga adalah tipu semata - mata untuk menyedapkan hati penyokong MALAYSIA yang berada di Bukit Jalil yang masih belum mempunyai tiket. Di sini, aku nampak kebodohan FAM dalam proses TICKETING (speaking la sikit). Aku harap akan ada perubahan untuk masa akan datang.

Sekarang, rakyat MALAYSIA hanya bergantung kepada skuad HARIMAU MUDA yang kini sedang menjalani latihan dan perlawanan di SLOVEKIA. Skuad ini akan memulakan tugasan OLIMPIK selepas raya menentang JEPUN, BAHRAIN dan SYRIA dalam Kumpulan C. Diharapkan skuad HARIMAU MUDA ni dapat menunjukkan aksi yang lebih baik dan secara tidak langsung layak ke SUKAN OLIMPIK LONDON 2012.

Jadual Penuh Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik London 2012

FAM oh FAM,
1:42pm