Isnin, 31 Disember 2012

maafkan aku di tahun baru

Bismillah..

Bermacam cerita yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Bermacam - macam genre telah melodi-kan hidup aku tanpa sedar, tanpa aku izinkan. Semuanya mengukuhkan lagi kedudukan aku sebagai manusia yang matang. Matang untuk berfikir, matang untuk membuat keputusan, matang untuk berkata - kata dan matang dalam segala - galanya. Hingga sampai satu masa, aku hampir berputus asa, dan AKU cuba menepuk bahuku, mengurut dadaku, dan menenangkan akal fikiranku yang serabut dek punca aku mahu berputus asa. Terima kasih AKU kerana sentiasa ada bersamaku, walaupun kau jauh di dalam sana.

Aku berjalan, jatuh dan bangun. Itu sudah menjadi darah daging aku sepanjang aku bernafas di sini. Habuk, asap, bakteria, semua telah aku sedut dan berkepul - kepul dalam sangkar ini. Ada yang bisa menjadi teman, dan ada yang mampu menjadi lawan. Bila aku berjalan, dengan bangganya aku menepis semua yang ada di kiri kananku. Menganggap akulah yang terbaik dan kenapa semua harus menghalang aku mengejar impian yang tidak pasti. Biarlah tidak pasti, yang penting aku sentiasa berusaha untuk mengejar. Tanpa sedar aku terjatuh ke dalam lubang yang besar, lubang yang tiada penghujungnya, gelap, menyeramkan, dan menakutkan. Tiada siapa yang mampu menarik aku kembali, kecuali Kau Tuhanku, dengan menarik nyawaku. Tiada lagi aku di sini.

Bila aku bangun, aku bangun dengan bunyi tulang temulang yang sudah reput, dengan malasnya aku gagahkan diri untuk berdiri, tanpa bantuan tangan - tangan yang cuba menghulur mendapatkan aku. Aku berdiri dan memandang ke hadapan, jauh. Tiada siapa yang menunggu aku di sana, hanya Kau Tuhanku, yang mampu menarik nyawaku. Semuanya berulang - ulang. Hanya aku saja yang menceritakan segalanya, dengan kamu - kamu semua menjadi ranting - ranting dan dedaunan yang mengukuhkan jalannya. Tiada kamu, terbaringlah aku di bawah sana ditemani kegelapan dan juga syaitan. Aku sentiasa sabar menghadapi semua ini, kerna aku tahu sabar itu kunci kepada semua impian yang tidak pasti itu.

Di penghujung dua ribu dua belas ini, aku tamatkan dengan berseorangan di bilik yang panas ini, tanpa sesiapa kecuali semut - semut yang mundar mandir di hadapan aku. Sesekali aku menepuk 'mereka - mereka' di lantai hingga tidak bernyawa. Kejam! Apa pun, aku tidak pernah sambut tahun baru, dan aku takde nafsu langsung untuk sambut.

Maafkan aku untuk semuanya, semoga hati kau terbuka untuk aku.

Bye.

Bismillah,
10:41pm

sibuk

Sejak mengenali dirimu, aku temu kesibukan baru.
Sibuk memikirkan dirimu.

Ya, kamu.


S.R,
7:38pm

Khamis, 6 September 2012

sebenar-nya

I'm a THIRD person,







actually...



and


finally.

Out of mood,
2:55pm

Ahad, 2 September 2012

tiada

Tiada yang kurang,
dan tidak akan kurang,
itu pasti,
hanya yang lebih,
dan melebihi,
dari apa yang ada,
itu juga pasti,
tiada yang lupa,
dan tidak akan lupa,
pasti,
ini jika,
pegang pada satu janji.

Salam rindu,
2:53am

Khamis, 30 Ogos 2012

don't rush


Credit to : Russ Von Hoelscher

Khamis,
5:00pm

kertas

Kita boleh menulis apa yang terpendam dalam hati kita seberapa banyak yang kita mahu di atas sehelai kertas. Mengulangi menulis benda yang sama seberapa banyak yang kita mahu, dengan sehelai kertas, dua helai kertas, tiga helai kertas, berpuluh - puluh helai kertas, ratusan helai kertas, mahupun beribu atau berjuta. Tapi, apa yang terhasil cuma perkataan yang sama, dengan ayat yang sama, diulang banyak kali. Tanpa pernah rasa penat dan bosan. Kerna cuma itu yang mampu kita lakukan, cuma kita saja yang tahu apa yang kita tulis, dan itulah yang kita rasa. Perkataan - perkataan itulah yang menemani kita sepanjang hari, yang memberi kita semangat untuk meneruskan perjuangan tanpa kita tahu apa penghujungnya, apa kesudahannya. Tapi sampai bila harus hanya kita seorang saja yang tahu?

Kita bukan takut, tapi kita lebih daripada takut. Mungkin...

Mungkin bila kita terjemahkan apa yang kita tulis helai demi helai itu kepada bentul vokal, akan mengalami satu perubahan yang ketara, yang tidak memberi impak positif kepada kita, dan mungkin diakhiri dengan nokhtah. Seterusnya, keceriaan yang selama ini telah kita wujudkan, berubah menjadi satu melodi tanpa suara. Sedikit demi sedikit akan hilang cahaya yang telah kita cari selama ini. Jika diteruskan, mustahil ia akan kembali seperti sebelum ini. Tiada lagi suara - suara yang selalu didengari, tanpa hiruk pikuk keadaan yang kita wujudkan. Mungkin...

Ini risiko.

Jadi,

kesimpulannya...

lebih baik kita teruskan dengan mengambil helaian baru, dan teruskan menulis benda yang sama seberapa lama yang kita mampu. Tanpa siapa ketahui, tanpa siapa peduli, hanya kita sendiri yang tahu, dan memahami.

Kita lari dari risiko.

Mungkin aku kata..

11 Syawal,
12:41am

Isnin, 27 Ogos 2012

kenapa?

Kita memerlukan air untuk hidup, dengan itu badan kita dipenuhi dengan air. Bagi lelaki peratusan air yang diperlukan adalah 65%, manakala perempuan pula adalah 55%. Tapi, kenapa bila kita terluka, darah merah pekat mengalir keluar? Kenapa tidak air?

Begitu juga dengan hati kita. Dalam hati kita ada darah, merah dan pekat. Tapi, kenapa bila ia terluka, air mata yang mengalir keluar? Mengapa?

Tiada jawapan.

9 Syawal,
4:54pm

Ahad, 26 Ogos 2012

orang kata

Orang kata,


batu pun boleh berlubang kalau kena titik dengan air lama-lama.

Bye.

8 Syawal,
3:32am

Khamis, 23 Ogos 2012

mustahil-kah?

Pungguk rindukan bulan,
kucing takkan bertanduk,
air takkan putus,
menunggu buah tak jatuh?
takkan jatuh,
takkan jatuh jika itu halnya.

Bulan?
Tunggulah,
tunggulah selama mungkin,
jika bertahan.

Manakan datang tanduknya?
Mana?
Kita bukan ahli sihir,
yang punya kuasa syaitan untuk menipu.

Sekuat si gagah,
takkan mampu putuskan air mengalir,
melimpah itu mungkin.

Buah akan jatuh,
tapi bila?
Tahukah kita yang sudah tertulis?
Jika tidak jatuh,
lamalah duduk di situ,
sampai disumpah menjadi batu.

Jadi,
teruskan saja,
atau...

Burung hantu,
12:07am

Selasa, 21 Ogos 2012

alhamdulillah

Alhamdulillah.

Semuanya berjalan dengan lancar hari ini,
tiada kesulitan,
tiada kejahatan,
tiada kekusutan,
hanya kebaikan,
dan limpah kurniaNYA.

Segalanya dipermudahkan olehNYA.

Semoga sentiasa diberkati apa yang dirancang hari ini,
dan hari - hari seterusnya.

InsyaAllah.

Amin.

3 Syawal.

Amin,
6:21pm

Ahad, 19 Ogos 2012

syawal

Selamat Hari Raya Aidilfitri
1433 H / 2012 M.

Maaf Zahir
&
Batin.

Salam Lebaran.

1 Syawal,
2:37am

Jumaat, 17 Ogos 2012

trust

"When I tell you that i trust you, I really mean that I won't you lie to me even for a little thing".

Can?,
3:09am

Selasa, 14 Ogos 2012

bintang

Kadang - kadang ada bintang,
penuh,
sampai tak terkira,
kadang - kadang sikit,
ermmm,
sikitnya,
1, 2, 3, 4, 5 jer,
macam kurang satu bintang,
bintang yang paling besar,
paling bersinar,
selalu ada,
sekarang asyik takde jer,
merajuk mungkin,
mungkin la,
tak pun dia menyorok,
atau pun pergi shopping,
dah lama takde,
hari tu aku ada nampak sekali,
masa tu aku di kelilingi hutan,
bunyi unggas,
cengkerik,
di bawah teduhan langit yang berbeza,
mungkin,
tapi aku pasti,
ke mana pun dia pergi,
dia akan tetap ada,
di sana,
dan di sini,
takkan lupa,
dan takkan boleh lupa.

Bintang,
11:58pm

Sabtu, 11 Ogos 2012

siaran tergendala lagi

Aku,







































penat,
tak tahu nak kata apa lagi,




semuanya habis,
buat sementara ini.




Siaran tergendala.
...........................
...............
......
..........
....................
.....
..............
............................
..................
...........
......
...

Maghrib,
8:06pm

Khamis, 2 Ogos 2012

lepaskan

Tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan, dan tak semua kenyataan akan menggembirakan kita. Kegembiraan yang dirasa, tidak pasti akan kekal bersama kita atau akan terus pergi meninggalkan kita. Lepaskan kegembiraan itu, jadikan kenangan berpanjangan biar kita bertemu dengan sesuatu yang baru dan yang lebih baru, yang lebih menggembirakan kita, untuk meneruskan sisa hidup kita tanpa sesiapa menghalang kita.

Siaran ulangan tidak berbayar.

Ogos bermula,
12:07am

Rabu, 1 Ogos 2012

boleh?

"Saya taknak jaga tepi kain awak. Tapi saya nak jaga awak sampai bila - bila, boleh?"

Payung,
10:33am

thinking

"I love when you text me first, cause then i know your thinking about me".

Hujan,
8:54am

Selasa, 31 Julai 2012

bulan

Kita di tempat yang berbeza,
suasana yang berbeza,
aku dibutakan mata untuk melihat apa yang kau buat,
kau dikudungkan kaki untuk berlari ke sini,
tapi kita melihat pada satu ciptaan yang sama,
menerangi setiap malam,
itulan BULAN,
kau kata bulan itu berwarna jingga,
aku katakan kuning,
kau kata jingga,
dan aku tetap kata kuning,
hingga akhirnya jingga itu meneriak di telingaku,
"jinggalah !!!".

Dengan bulan itu aku rasa dekat,
di sebelah mungkin,
tak perlu lagi aku menekan papan kekunci yang kecil itu,
setiap masa,
setiap waktu,
kerna kita hanya perlu berbicara,
ketawa,
senyum,
menangis,
sedih,
dan sebagainya perasaan,
hingga hilangnya cahaya jingga,
hilanglah bayangan yang menemani aku,
dan aku kembali menekan papan kekunci yang kecil itu,
dengan bisingan burung - burung di pagi hari.

Oh, aku ditemani BINTANG rupanya sepanjang malam tadi.

Bulan,
9:59am

Selasa, 26 Jun 2012

bunuhan

Aku celik mata,
bukan bermakna aku sedar,
masih buta tentang apa yang dilihat,
pegang jauh sekali,
cuba bermain jika itu permainan,
cuba berperasaan jika itu benar,
jika salah,
akulah mangsanya,
akulah yang akan dibunuh,
aku harap ini benar,
atau pun salah,
jika benar,
akan aku bawa jauh,
sejauh selamanya,
ermmm,
biar saja aku melihat,
hingga dilempar jawapan,
jawapan pada hari - hariku.

Sri Ledang,
1:14am

Ahad, 24 Jun 2012

habuk di sini

Aku kira sudah lama aku meninggalkan papan kekunci ini, sudah tebal habuk yang aku semaikan. Yaa, sudah tebal hingga aku boleh lukiskan menara KLCC di atasnya. Banyak yang aku ingin lemparkan di sini. Mengutuk, mengeji, memuji, membenci dan sebagainya.

Kehidupan aku sudah berubah, bukan seperti dulu yang aku mampu jadikan hubungan tanpa wayar ini teman baik aku setiap masa. Bukan seperti dulu di mana pagi aku apabila matahari tegak terpacak di kepala. Pagi aku kini adalah pagi.

Bila aku celik,
aku lihat masih gelap,
masih sunyi seperti malamnya,
hanya beku menemaniku,
menyelinap menerobos membunuhku,
aku hanya kaku dibunuh,
masih menerawang ditipu mimpi,
syaitan memperbodohkanku,
aku hanya menurut ekornya,
mencari dosa,
banyaknya dosa yang aku pikul,
hingga subuh menarikku,
melepaskanku,
dari terus dibunuh.

Ya, sedikit demi sedikit aku berjaya menghilangkan kesan - kesan KLCC yang ada, walaupun tidak semua. Mungkin akan hilang semua bila aku benar - benar sedar.

JL 5,
2:09am

Rabu, 18 April 2012

bye

Gadis cafe sudah tidak kelihatan. Mungkin sudah berhenti atau sibuk barangkali, atau mungkin juga sudah muak diperhati oleh jejaka - jejaka menawan seperti aku dan lain - lain. Mau kan tidak gadis sepertinya tidak mengeluarkan hormon yang mampu menarik kekuatan lelaki untuk mendekatinya. Aku membuat kesimpulan yang dia sudah berhenti daripada menabur suara mengambil order dari pelanggan yang datang. Maklumlah, aku faham keadaan dia sebagai seorang pelajar di universiti ini, lagi - lagi berjantinakan seorang perempuan yang memikul beban keluarga untuk berjaya dengan cemerlang di universiti. Mana mampu bekerja hingga lewat malam hingga ke titisan peluh terakhir. Balik ke bilik dan mengejar assignment yang melambak di atas meja yang perlu disiapkan, atau lebih rela memuaskan nafsu tidur dan penat setelah mengharungi malam yang memenatkan. Kalau aku, aku lebih rela tidur.

Kali terakhir dikatanya,

"Bye".

Tiada lagi selepas itu kerana aku sudah memulakan pengembaraan keesokan harinya. Pengembaraan tanpa makna. Mungkin dia berhenti dalam masa aku sibuk menyempurnakan pengembaraan aku seorang diri. Aku syak dia menanti kehadiran aku lagi untuk malam - malam berikutnya. Aku syak...

Walaubagaimanapun,

dia sudah tiada bila aku kembali untuk mengatakan,

"Hai".

Tanpa "hai", tiadalah "bye".

Inilah saja kisah "Gadis Cafe".

Wednesday,
2:23pm

Isnin, 16 April 2012

bangun

Kita tak boleh lari,
tapi kita boleh pergi,
meninggalkan apa yang patut ditinggalkan.
Kita haru berani,
berhadapan dengan apa yang akan kita lalui,
meninggalkan apa yang terpaksa kita tinggalkan,
tak semua akan kita suka,
dan tak semua rasa duka.

Kita berjalan merentasi masa yang bukan milik kita,
kita harus berani mengambil risiko untuk membawa kita ke atas,
berdepan dengan situasi yang mungkin boleh melukakan kita,
apa lagi membunuh kita,
dan mati di pertengahan tanpa siapa peduli.

Jadi,
bangunlah untuk berdiri dengan berani,
tanpa siapa berani memijak kita,
tak perlu lari,
kita hanya boleh pergi.

Nak lari memanglah senang.

Pagi isnin,
10:10am

Selasa, 10 April 2012

penat

Penat,
semua orang penat,
dan sentiasa penat,
penat melakukan benda yang sama sepanjang hidup,
penat mencuba,
penat menunggu,
penat meluah kata,
kadang kita sedar,
apa yang kita lakukan tidak pernah memuaskan kita,
tapi kita terus mencuba,
sampai satu masa,
kita tidak mampu untuk berhadapan dengan penat lelah yang menjatuhkan kita,
terbaring,
tangan di dahi memikirkan,
dan hanya membiarkan masa yang menentukan hala tuju hidup kita,
walaupun kita tahu,
kita tidak harus tewas dalam apa saja yang kita lakukan,
dan mungkin terpaksa membiarkan segala yang kita lalui ini berlalu sekali lagi,
dengan harapan,
segala kepenatan kita dibalas dengan kepuasan,
ada masanya nanti,
kita rasa penat kita selama ini adalah tidak sia - sia,
dihargai.

Pecah,
3:10am

Selasa, 13 Mac 2012

simple conversation

Suatu malam sebelum Vanilla Coklat bermula.

*senyum*

"Minum?"

"Milo o panas, makan..."

dipotong oleh makwe cafe yang kegembiraan mengambil order gua.

"Malam ni ada minum jer, makan semua cafe sebelah sebab tukang masak kitorang cuti mak dia sakit"

Gua cuba untuk memanjangkan perbualan yang hampir putus selepas kaki gua digigit nyamuk celaka.

"Boleh orderkan tak kat cafe sebelah?"

Gua cuba lagi untuk beramah mesra dengan makwe tersebut dengan harapan gua nak tengok dia senyum dan bercakap dengan gua lagi.

Makwe tu tengok cafe sebelah sambil berfikir cuba untuk berbuat kebaikan dengan gua. Gua paham, memasing tengah malu - malu kucing, apatah lagi gua yang serba tak keruan ni.

"Emmm.. Nak makan apa?"

Yesss, berjaya jugak gua pasang perangkap dalam hati.

"Emmm.. Bagi saya nasi putih, tomyam daging..."

"Tu jer?"

"Tu jer".

Balas gua ringkas malas nak memanjangkan cerita.

*Baca kitab terfaktab, layan Vanila Coklat*

Lepas habis gua setelkan segala tomyam daging yang gua order, gua layan seround dua Vanila Coklat sampai habis. Nampak gayanya, gua sorang jer lelaki kacak yang layan Vanilla Coklat dekat situ sambil di kelilingi makwe - makwe bertudung dan amoi - amoi seksi. Member gua si semut tu tak muncul - muncul pulak. Mungkin masih berkecil hati dengan gua sebab gua abaikan dia semalam masa dia layan shisha perasa mekdi sensorang.

*Tamat Vanila Coklat*

Gua pantas bangun tak sabar nak balik. Emmm, sebenarnya tak sabar nak bertentang mata dengan makwe cafe tersebut. Rasa macam gua nak suruh brader cafe tu buat iklan jawatan kosong pembantu cafe jer dekat situ. Untung - untung dapat jugak gua duit poket untuk menyara kehidupan gua dengan makwe cafe tu nanti. Kekekekek...

"Berapa yer milo o panas tu?"

"Emmm.. RM1.50"

"Berapa?"

"RM1.30"

Mungkin sebab gua tanya dua kali, makwe tersebut bagi diskaun doploh sen dekat gua. Brader cafe tu pun bagi signal dekat gua supaya gua teruskan usaha gua tu. Untung - untung gua dapat makan free lepas ni.

"Okay tak makanan?"

"Okay la, sedap. Tapi, makanan kedai awak lagi sedap".

Balas gua dengan harapan makwe tersebut tidak berbelah bahagi dengan gua. Nampak lagi kesenyuman makwe tersebut di situ.

"Terima kasih"

"Sama - sama"

Senyuman di balas senyuman. Gua bayar duit tomyam dekat cafe sebelah dan berlalu pulang sebelah makwe tadi yang sebok mengemas meja sambil senyum dekat gua. Okay, gua senyum balik dan...

"Bye"

Gua balik dan sambung online.

p/s - Ada beberapa perbualan yang tidak dapat gua masukkan di sini demi keselamatan fizikal kedua - dua belah pihak.

Teruskan tersenyum,
12:20am

perempuan hipokrit materialistik kosmetik plastik

Perempuan Hipokrit Materialistik Kosmetik Plastik

Oh, bukan semua perempuan macam ni, hanya untuk yang terasa sahaja.

Bersepah giler zaman sekarang ni, mengalahkan sampah yang dibuang merata - rata. Okay la tu, orang Malaysia pun suka buang sampah merata - rata. Gua pun pernah. Kalau yang tak pernah tu, bukan rakyat Malaysia tu. Mungkin Nepal, Bangla, Indon dan yang seburuh atau sekontrak dengannya.

Budak kampung masuk bandar pun bajet hot letak maintanence sama tinggi dengan anak datok. Sedangkan anak datok pun leklek jer. Biasalah, manusia kata "culture shock". Binatang kata "awak manusia lupa daratan". Oh, gua tak tau daratan mana yang dimaksudkan binatang tersebut. Angin kata, "rasa nak terbangkan jer awak semua ni". Gua ada jer kawan macam ni, rasa nak hadiahkan bra kaler merah buatan makcik milah belakang rumah gua tu jer. Lepas tu gua suruh lah makcik milah letak ropol - ropol sikit dengan manik - manik, baru lah up to date. Meriah sikit macam Kak Melah masuk final juara lagu tahun gajah dulu.

Bukan apa, jadi lah diri sendiri. Tak payah nak plastikkan diri macam retis - retis luar negara buat pembedahan kasi besar sana, besar sini, mantap sana, mantap sini. Semut tengok pun rasa nak pijak - pijak sampai tak mati jer lu orang ni. Kalau dah kampung tu, kampung jer lah. Tak kisah lah lu dari kampung mana, walaupun Kampung Baru dan Kampung Radioaktif sekalipun. Gua kampung jugak, makan belacan, makan tempoyak. Cencalok dengan budu jer yang gua tak makan. Jiran gua pun heran kenapa gua tak makan budu dengan cencalok, sedangkan gua makan tempe. Eh? Emm emm emm...

Sudah lah hipokrit, materialistik, kosmetik, plastik pulak tu. Semuanya plastik bagai. Macam binatang lupa diri. Macam sang kancil dengan buaya. Okay, memang takde kaitan pun. Semut yang lepak hisap shisha dengan gua tu pun selalu merungut dekat gua dengan kerenah binatang yang pesen macam ni. Kesian semut tersebut, selalu terluka dengan perangai binatang.

Semut pun tahu kesedaran, sedar diri dia siapa. Dia tak boleh jadi sebinatang, dia boleh jadi diri dia sendiri jer. Apa yang dia boleh buat, berubah untuk menjadi yang lebih baik.

"Gua okay". Kata semut dalam hati

Plastik,
1:46pm

tiga tambah dua

Keempat

Gua masuk pagar dan dia keluar pagar nak ke kelas. Tengok gaya menunggang, macam orang terlambat ke kelas pun ada. Gua kalau lambat ke kelas, gua abaikan jer yang gua ni lambat sebenarnya. Oh, ini pagi tadi. Pagi di mana gua sedekahkan darah gua pada pihak yang berminat untuk mengkaji darah gua yang seakan-akan tidak rela di dekatkan dengan kryptonite hijau. Kryptoniye hijau buat gua lemah, biru buat gua jadi manusia biasa tidak berkuasa dan merah buat gua super hyper-active dengan kuasa kekejaman gua. Ini kali keempat, kali keempat yang gua hanya mampu bertindak seperti kali pertama, kedua dan ketiga. Aahh, gua pengecut barangkali.

"Lu memang pengecut".

Sapa semut yang cuba gua langgar. Kesian, tengah bekerja keras mencuri gula dari makcik kantin. Tapi itu bukan bermakna gua perlu elak untuk tidak melanggar semut yang sangat angkuh dengan gua tu. Lu tak paham lagi usaha yang gua tengah usahakan sekarang ni. Emm emm emm...

Semut berlalu pergi sambil jejeling gua dengan angkuhnya.


Kelima

Ini betul - betul kebetulan atau gua yang cuba jadikannya kebetulan. Gua duduk di meja yang biasa gua port untuk makan dan sapkok tanpa dilihat oleh sesiapa yang anti dengan smoker macam gua. Aahh, peraturan baru ni betul - betul menyusahkan kehidupan gua. Semut yang dengki dengan gua datang parking sebelah gua. Angkuh sekali sambil hisap shisha perasa mekdi. Gua kalau dapat pijak semut ni kompem tak mati.

Sesambil gua baca Sperma Cinta sementara menunggu nasi goreng kampung halaman gua siap, mata gua kusyuk perati keliling. Mana la tau ada makwe - makwe yang jejeling gua. Segan nak say hai dekat gua, jeling pun jadilah. Takpe, gua paham makwe sekalian, gua paham.

Tup, tup. Mata gua terfokus pada satu senyuman yang dah biasa gua tengok sebanyak 4 kali sebelum ni. 4 kali, belum 5 kali. Okay, makwe tersebut port dekat meja paling hujung sebelah akak jual beger. Ada gaya - gaya artis gua nampak dekat situ, makan ala - ala menyorok. Takpe, takpe gua paham. Selesai makan, dia bayar dan sekali lagi untuk kali kelima, kali kelima gua ulang, makwe tu tersenyum dekat gua. Gua pun terpaling tempat lain gaya makwe - makwe jual mahal. Gua tahu dalam hati makwe tu mesti cakap yang gua ni sweet buat macam tu.

"Yer, lu sweet". Kata semut yang kusyuk hisap shisha perisa mekdi sebelah gua.

Nasi goreng kampung dengan telur dadar gua sampai.

p/s - ini cerita karut yang gua reka.

Apakah?
12:27am

Ahad, 11 Mac 2012

tiga malam

Makan

Gua duduk dan dia datang dari jauh dengan senyuman. Gua dengan rasa tak sombong membalas senyuman makwe tersebut. Yela kan, gua tak suka menghancurkan harapan seorang makwe yang meminta untuk dibalas senyumannya. Gua cuba untuk senyum seikhlas mungkin. Harap - harap makwe tu tak perasan yang gua cuba sedaya upaya untuk senyum dengan ikhlas. Gua terkaku dan terkedu seketika. Emm emm emm...

"Nasi putih, tomyam campur, telor dadar, milo o panas dengan air suam".

"Tu jer?"

"Tu jer, terima kasih"

Habis makan gua blah. Tengok keliling makwe tu takde.


Wayang Pacak

Gua duduk tepi longkang, cuba perati sekeliling. Mana la tau kot - kot jumpa member - member lama. Harapnya macam tu lah. Tempat gua duduk tu 3 jengkal jer dengan tikar yang diorang sediakan untuk wayang pacak tu, dengan harapan tiada benda lain yang terpacak sekali. Movie yang ditayangkan pun harap - harap bukan lah dari golongan yang boleh menginzalkan. Tapi kalau berkenan, gua boleh tolong perkenankan semua stok - stok peribadi gua.

"Kalau gua campak katak ni kat tengah - tengah crowd ni boleh mendatangkan keriuhan dan kemeriahan jugak".

Gua menjerit dengan kuat sekali dalam hati tanpa ada sesiapa yang mendengar apabila gua nampak saekor katak persis berpelajaran berpeleseran di tikar biru yang disediakan. Dasar katak!

Dan tiba - tiba,

makwe cafe tersebut lalu depan gua sambil tersenyum lagi dan lagi. Gua dengan rasa jual mahal membalas senyuman makwe tersebut sambil memegang kek murah yang diberi oleh pihak penganjur wayang pacak. Gua risau jugak kalau - kalau aset gua pun turut terpacak masa tu. Maklumlah, amoi - amoi yang hadir mengenakan pakaian tidur bersama bakal suami memasing.

Dan makwe tersebut pun berlalu hilang tanpa kata.


Muzik

Gua siap - siap sebenarnya nak pergi layan OAG dekat kolej seberang. Tapi gua singgah kejak dekat Festival Muzik kolej ni. Saje nak tengok pertandingan nyanyian solo bebudak ni. Tapi gua tersadai dekat situ bila gua nampak makwe cafe tu untuk kali ketiga. Apakah ini sebenarnya? Dengan bulan terang yang samar - samar seperti memanggil - manggil gua untuk balik ke bilik dan tidur. Berjuta kali jugak gua menguap masa tu, sekarang ni pun gua tengah menguap entah yang ke berapa kali. Rokok pun dah berapa batang gua habiskan dengan jayanya. Seperti biasa, senyuman di balas dengan senyuman.

Dan masa pun berlalu.

Gua habiskan masa gua malam tu dengan menyepak terajang dekat performance OAG. Gua cuba mencari makna, tapi apakah maknanya? Mungkin gua terlalu poyo untuk menjadi saorang yang sejati. Kahkahkah.

Sekian.

p/s - Ini bukan kisah benar yang direka - reka.

Petang Ahad,
5:15pm

Sabtu, 10 Mac 2012

comel dak

Ya, dulu gua memang comel. Dalam lingkungan umur kecomelan gua, gua sering dijadikan bahan perhatian gadis - gadis yang masih tak kenal apa itu datang bulan. Kecomelan gua sering menjadi bual mulut - mulut saka yang dengki dengan gua. Eh, sekeping dua jer yang dengki dengan gua, yang lain sayang gua. Yer dak? Mana taknya, budak yang baru terhegeh - hegeh nak masuk sekolah pun tak kenal gua. Errr...

Apa ada pada comel? Lu orang comel pun belum tentu lagi dapat gred yang cemerlang pada kertas akhir lu orang nanti. Satu benda yang boleh memberi kesan akhir zaman pada kertas akhir lu orang adalah sifat malas nak jahanam lu orang. Tu jer. Tapi gua lain, malas - malas gua pun ada rajinnya. Tu pasal la UPSR gua ada 1 A jer. Emm emm emm...

Jadinya, tak payah nak bajet diri tu comel sangat kalau perangai macam celaka nak jahanam. Ada makwe kata muka gua macam Aamir Khan. Betol dak?

Gua malas ni sebenarnya.

Madu.
2:45am

Jumaat, 9 Mac 2012

nakal tak gua

Di zaman kejahilan gua, gua nakal, sangat nakal. Ada jahat sikit - sikit. Tapi masih ada baiknya gua ni. Berkawan dengan orang yang tak serupa orang, buat gua kenal dunia ni dengan lebih rapat. Aahh, tak besar mana pun dunia gua dulu. Pusing - pusing ke situ jugak. Macam gua rapat dengan kengkawan gua dulu, walaupun diorang semua masih lagi naif perihal dunia. Macam budak baru lepas buang kulit kotor. Apa yang gua tak pernah buat, membunuh, merogol, mencabul. Nampak tak? Gua baik sekali. Setakat mencuri tu, gua dah biasa. Nak mencuri pun kena ada teknik dan taktik. Barulah misi berjaya walaupun akhirnya kegiatan gua tu dikantoikan sendiri oleh kawan gua yang bangang tak tahu nak cabut bila dah kantoi. Erhh, macam pelik jer ayat ni. Tapi gua selamat sebab dia tak petik nama gua yang masyhur di seantero dunia ni. Nak tau kitorang rembat apa? Ringan - ringan jer, bukan kedai emas atau apa saja menatang yang gempak. Hahahaha. Time tu pun gua tak pakai henpon lagi, nafsu nak berhenpon pun tak terasa lagi.

Masa ni gua kaki rempit, sampai eksiden. Calar sana sini badan gua yang sekeping masa tu, nasib baik tulang gua kuat berkat minum milo selalu. Duit sekolah mak gua bagi banyak gua habiskan dekat superbike gua. Macam - macam kaler dah gua try, last sekali kaler putih. Ala - ala kereta formula 1 mercedes mclaren. Maklum la, masa tu gua layan F1. Cuma tak mampu nak beli kereta lagi, kereta sorong bersepah la. Eh, ada 1 jer bapak gua punya. Kereta sorong tu pun dah banyak jasanya dengan kebun bapak gua depan rumah tu. Bayangkan rumah taman ada kebun depan rumah. Kebun bapak gua tu adalah besar rumah gua kali 2. Okay, okay berbalik pada simpang memula gua masuk tadi. Gua ni pantang bebudak ni ajak berlumba, gua laju jer. Memang gua tak pernah tak kalah. Emm emm emm. Ada jugak tak pernah tak menang. Emm emm emm. Kira memasing ada potensi untuk menjadi pelumba sejati 1 hari nanti. Last - last gua dengar citer memasing entah ke mana. Ada dah kahwin, ada kelaut, ada itu, ada ini. Emm. Lepas habis PMR, gua pindah johor. Gua bawa sekali superbike gua, parking belakang rumah sebab superbike gua time tu rosak. Memang kerja dia tersadai la kat belakang rumah tu macam kat muzium dah. Kalau gua buat muzium kat belakang rumah gua tu, kompem mat - mat rempit yang selalu datang tengok kecanggihan superbike gua. Tapi akhirnya, ada jugak duka yang melanda diri gua apabila gua kehilangan. Gua kehilangan basikal jipang gua yang gua sadaikan dekat belakang rumah gua tu. Sadis~

Emm emm emm.

Gua syak dulu gua baik sebab gua selalu jugak pergi surau tetiap malam lepas main bola. Anak imam surau Taman Kemuning siapa tak kenal. Nakal yer, baik pun yer. Yela kan, kita mesti seimbangkan kebaikan dengan kenakalan yang kita lakukan. Asal ada majlis jer, gua dengan bebudak gua la yang paling rajin menolong. Biasa la, nak harap siapa lagi kalau bukan dekat anak - anak muda yang berkaliber ni. Tenaga kitorang selalu digunakan untuk majlis - majlis di sekitar taman. Kalau bulan puasa pulak, tenaga kitorang lagi sesangat diperlukan untuk merembat makanan masa jemaah lain sebok sembahyang terawikh. Eh, tapi kitorang tetap setia menabur bakti hingga selesai mencuci pinggan yang terakhir. Yela kan, bapak gua imam, jadi gua kena la tunjukkan contoh yang baik pada jiran tetangga yang gua ni boleh diharapkan pagar. Untuk pengetahuan lu orang semua, abang gua pun pernah jadi imam surau taman gua tu. Hekhekhek. Gua jer tak pernah, rasa macam diri ni terlalu rapuh jiwa dan raga untuk mengimamkan 1 kariah taman perumahan yang serba besar tu. Mana taknya, 2 taman bergabung jadi 1. Gua jadi imam kat sekolah agama jer masa sembahyang asar kat masjid jamek dekat dengan sekolah gua tu. Nampak tak kat situ? Nampak tak? Malas gua nak cerita pepanjang pasal kebaikan gua. Nanti lu orang kata gua riak, sombong, bongkak dan tabur pulak. Hnss

Lu orang tunggu lain hari, nanti gua cerita yang lain pulak pasal zaman kenakalan gua dulu. Tau dak yang dulu gua comel?

Jumaat,
11:45am

Khamis, 1 Mac 2012

saka

Aaahh, cilaka rasa.

Saka apa entah sudah merasuk badan aku ni. Sentiasa bernafsu, adakala semakin tinggi bernafsu. Kadang - kadang nafsu biasa, kadang - kadang nafsu luar biasa. Aaahh, saka apa ni? Siapa yang mempunyai sifat dengki pada aku yang sombong ni? Sumpah aku sombong. Tak normal aku rasa. Sungguh!! 24 jam, 7 hari, hari - hari, setiap masa. Mungkin aku lupa pada mulanya, atau aku sengaja. Tidak ikhlas mungkin.

Aku bernafsu, sentiasa bernafsu. Sangat tinggi. Siapa sanggup memuaskan nafsu aku? Memberi apa yang aku inginkan.

Lapar itu menjadi- jadi.
Itu jer.

(bosan)

Malam Jumaat,
11:37pm

Jumaat, 17 Februari 2012

terkadang

Lepak sini sambil membaca Bogel Menuju Tuhan karya Zahiril Adzim yang baru aku beli di MPH Midvalley. Sini saja yang aku rasa sesuai untuk membaca sambil melepaskan asap nikotin tanpa sesiapa halang. Redup. Aku tidak buang masa, aku hanya mencuri masa untuk mengisi masa. Keliling aku semuanya berbeza, tak peduli sama aku yang membaca. Terima kasih. Kadang terganggu juga konsenterasi dan pandangan dengan helaian yang tidak menutupi. Banyak sekali. Tidak mengapa, itu rezeki yang terpandang, bukan dipandang. Jadi aku teruskan terpandang, kemudian membaca.

Tak mungkin aku mampu untuk menulis sebegitu, halus sekali. Jiwa aku memberontak terkadang membaca bait demi bait puisi - puisi Bogel Menuju Tuhan. Memberontak untuk memahami. Aku bukan Tuhan untuk mengubah ketidaksempurnaan kepada yang lebih sempurna tanpa izin Dia. Aku biasa menjadi diri ini. Biarlah seberapa bawah sekalipun.

Jadi aku teruskan terpandang.

Di sana, kamu shopping LV, aku reject shop saja. Itu pun kali ketiga seumur hidup. Memang aku 'buta' dalam membeli - belah ni. Tidak berminat sebenarnya mahu membeli keperluan mahal. Tapi aku juga ingin mencuba sesuatu yang bernilai. Bukan selalu, payah sekali.

Kamu berdua, dan aku masih berjuang, dan akan terus berjuang. Kamu jeling aku, dan aku tidak bernafsu, kerna aku sibuk membaca dan memerhati. Apa entah yang aku perhatikan, apa yang terpandang mungkin sekali. Kamu pegang dompet macam pegang syiling 20 sen, macam kamu nak campakkan ke dalam bekas kecil si penjual tisu. Kalau diragut, kamu juga yang meraung melolong. Aku juga yang terpaksa mengejar menolong. Aah, berat laptop dan reject shop beg aku ni.

Angin kuat menerbangkan kain - kain yang disidai di ampaian. Hampir menanggalkan ia dari penyepit baju, isi gebu yang tidak terlihat akan dilihat. Aku tidak dapat elak lagi. Aah, rezeki. Aku bukan sengaja.

Akhirnya aku pulang dengan kesakitan.

Tinggi air itu pergi.

Aku bukan Tuhan,
12:42am

Rabu, 15 Februari 2012

tergendala #2

Aku tergendala malam ni,
sial dan celaka sekali,
ini saja yang mampu aku katakan.

Selamat malam.

Jilaka,
11:49pm

Ahad, 12 Februari 2012

terima kasih

Gua rasa gua terkena. Aaarrgghhhh, pedulikan. Gua cuba memberi dengan sempurna. Pelajaran yang gua lalui hari - hari, sedikit demi sedikit akan mematangkan gua jugak. Gua terima itu semua sebagai teman gua dalam penjelajahan ini. Tidak ada apa yang perlu gua tolak kerna itu sungguh bermakna untuk menidakkan keinginan gua. Kemahuan gua tetap akan diteruskan, dan cara gua akan terus dipergunakan hingga mencapai tahap yang memuaskan.

Terima kasih pada yang menegur. Itu sungguh bermakna, bukan penghalang atau melemahkan. Bersemangat sekali gua rasa. Okay, teruskan.

Terima kasih sekali lagi.

Ahad,
2:02am

Sabtu, 11 Februari 2012

kalian faham?

Pakwe : Hai
Makwe : Hai
Pakwe : Buat apa?
Makwe : Tak buat apa
Pakwe : Dah makan?
Makwe : Dah
Pakwe : Tak keluar?
Makwe : Tak
Pakwe : Duduk mana?
Makwe : KL (KL hanya sebesar Pantai Dalam)
Pakwe : Esok buat apa?
Makwe : Entah
Pakwe : Kerja mana?
Makwe : PJ (PJ hanya sebesar Kerinchi)
Pakwe : Kerja apa?
Makwe : Biasa - biasa jer
Pakwe : Cantik gambar
Makwe : Oh, thank you.
Pakwe : ......................
Makwe : .....................

Perbualan ditinggalkan begitu saja. Kalian faham kenapa? Cibs. Biar aku bermonolog daripada berbicara seperti ini. Biar pun lama masa, coraknya tetap begini. Membosankan cara hidup. Tiada balasan sewajarnya. Bukan meminta, tapi wujudkanlah suasana bernyawa, agar bisa disoal dan dibalas dengan ceria. Kita MELAYU bukan? Jadi mana melayunya? Tunjukkanlah. Apa guna malu. Mahu dilabel sombong? Atau saja mahu ambil hati. Untung aku bukan penagih. Cibs

Cuba kalian bayangkan. Hanya pakwe saja yang bertanya, dan makwe hanya tahu menjawab sepatah. Bosan bukan? Tiada suasana bukan? Lantaklah.

Aku siapa?

P/s - Pakwe makwe ini bukan couple. Hanya untuk membezakan jantina.

Sabtu,
2:35am

Jumaat, 10 Februari 2012

bosan

Ada orang benci,
aku peduli apa,
ada orang menyampah,
aku peduli apa,
ada orang mengata, mengutuk, mengeji,
tapi aku peduli apa,
ada orang hanya melihat,
aku peduli apa,
ada orang tak rela membaca,
sikit pun aku tak ambik kisah,
ada orang tak terniat pun,
lagi lah aku tak peduli,
ada orang kata "ah, ini bosan!"
ya, aku bosan dengan ngomelan kau,
tak habis - habis dengan keji,
kejilah sepuas mungkin,
kerna kau akan bosan dengan itu.

Memang ini bosan. Aku tidak pernah mengharap kalian baca apa saja yang tertulis di dalam ini kerna aku tahu semuanya tidak berupa, tidak beradab tapi punya cara dan tujuan. Kerna aku rasa itu saja gambaran yang sesuai tentang masa sekarang yang punya jiwa - jiwa memberontak dan syaitan - syaitan yang gah menjadi raja. Dia itu siapa? Aku tunjuk itu sebagai Iblis, dan si bongkak yang tertinggi hidungnya. Tiada kata seindah yang sesuai untuk dipeluknya. Aku kata najis makanannya, kerna dia permainkan peluh - peluh kita. Langsung aku ingin memijaknya dengan kata - kata jahanam lagi indah.

Sedar bukan semua? Bukan aku saja - saja.
Cukup sekadar menyinggah,
mungkin kamu akan suka,
atau menempelak orang gila gayanya,
itu bukan urusanku,
aku hanya melukis dengan kata - kata,
biar kamu nampak,
yang nafas ini bisa kita lihat.

Buka akal untuk melihat.

Jumaat,
2:39pm

pencuri

Sakitnya jiwa,
sakitnya,
parah kiranya hati ni,
aku fikir ada luka yang dalam,
bukan kerna cinta,
jauh sekali kerna cinta,
terkesima melihat diri dicabuli,
hingga luka - luka terkesan di jari,
"sungguh indah bahasa kamu"
"ciptaan sendiri atau plagiat karya?"
aku mampu untuk menulis,
walau tidak terkesan di jiwa,
aku bukan A. Samad Said,
aku bukan Zahiril Adzim,
dan aku bukan Fynn Jamal,
tapi aku beroleh idea untuk menghasilkan sampah,
jauh aku dengan mereka,
tak tercapai aku rasa,
aku cuba menjadi seorang.

Seakannya aku kekok untuk menerima kata itu,
walau ia hanya persoalan,
seperti tidak patut,
tidak patut sekali,
tidak mengapalah,
cemburu atau sempadan,
cabaran,
kental.

Aku.

Plagiat,
1:46am

Sabtu, 4 Februari 2012

pagi

Selamat pagi malam dan bintang,
malam yang sentiasa panjang,
membuat aku terdetik menunggu pagi,
dan aku masih menunggu hari,
sampai bila pun aku akan menunggu,
hingga ketemu dengan pagiku.

Cuaca indah dengan deruan mesin - mesin di jalanraya,
merupakan pelengkap waktu semasa,
dan aku masih baring menghadap sinar itu,
baring yang memungkinkan tidur kembali,
selamat kembali.

Salam pagi yang indah.

Sabtu,
8:34am

Jumaat, 3 Februari 2012

lepaskan

Tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan, dan tak semua kenyataan akan menggembirakan kita. Kegembiraan yang dirasakan, tidak pasti akan kekal bersama kita atau akan terus pergi meninggalkan kita. Lepaskan kegembiraan itu, jadikan kenangan berpanjangan biar kita bertemu dengan sesuatu yang baru dan yang lebih baru, yang lebih menggembirakan kita, untuk meneruskan sisa hidup kita tanpa sesiapa menghalang kita.

Kita punya setiap kenangan.

P/s : Selamat hari lahir tuan tanah.

Memory,
2:31am

Sabtu, 28 Januari 2012

saya suka susu

Saya adalah comel sebab saya suka minum susu. Eh, sebenarnya saya baru jer suka minum susu. Baru jer lagi. Kawan saya cakap lelaki minum susu adalah comel, maka-nya saya adalah comel hendaknya. Kerapnya, saya ada misai putih lepas minum susu, tapi saya bukan kucing. Suka-nya saya pada susu sekarang ibarat susu yang tidak dapat dipisahkan daripada badan seorang wanita. Susu itu sedap, tapi kenapa saya baru nak suka minum susu. Terima kasih kepada kawan saya sebab cakap saya comel. Eh, dia cakap lelaki yang comel bila minum susu, bukan saya. Terbuktinya, saya adalah seorang lelaki.

Terima kasih kawan saya.

Love,
11:04pm

Selasa, 24 Januari 2012

buntu

Entri kedua di tahun baru,
seperti ketiadaan bicara mau ditempikkan,
duduk - duduk dan termenung,
seribu batu pandangan - pandangan,
ke depan tanpa sempadan,
kutepuk tangan menyapu muka yang kasar,
mengeluh membenci kebuntuan fikiran,
kujamah santapan angin,
dijamah kegelapan,
di bawa ke dalam memenuhi ruang fikiran,
aarrggghhhhh,
tiada apa terjadi katanya,
aku cuma bisa termenung melihat kotak laptop ini,
tanpa hadirnya sepatah kata,
hanya jemari menekan tanpa paksa.

Ku biarkan ia berterusan hingga ke titik terakhir,
mungkin wujudnya satu cerita,
tanpa pengetahuan benakku,
aku biarkan cerita.

Habuk yang dulunya aku hilangkan,
kini muncul kembali,
semakin menusuk - nusuk tebal hidungku,
oh, aku lupa tentang titik terakhir,
okay, aku akhirkannya di sini,
di sini di mana aku mengakhirkannya,
titik.

Tepian rimba,
8:35pm

Ahad, 22 Januari 2012

laras

Bahasaku diindah dengan sampah,
bahasaku dipalit dengan ludah,
bahasaku dilampir dengan sial,
langsung aku rasa itu cerita sesuai,
alangkah cilaka pandangannya,
membentuk cerita dan kisah,
objek yang menjadi mata,
ditarik hati umat manusia,
penodaan nafsu berleluasa,
dicabuli masa - masa kosong,
dicurangi jiwa - jiwa bernafsu,
nafsu yang akan menjadi raja,
itulah aku katakan sialnya,
diludah dengan cemuh - cemuh,
ibaratnya sampah dalam kewujudan manusia,
ada yang membenci,
meludah muka ini dengan najis,
keliling aku diberaknya,
hanya sampah pandangannya,
kisahnya aku tiada apa,
langsung aku biarkan dengan sahaja,
melayan aku tidak sekali,
kerna aku cuma aku,
hanya aku menggunakan cipta aku.

Kita tidak perlu menjadi seseorang untuk menunjukkan diri kita. Cukuplah sekadar ada.

Ledang,
10:26