Ahad, 24 Januari 2010

hari minggu hari lepak sedunia

Hari ini hari lepak sedunia.

Aku dan seorang lagi kawan aku pergi lepak dan membuang masa di pusat lepak antara yang terbesar di Kuala Lumpur. Kami berjalan tanpa arah tujuan, tanpa fikiran yang mencerna idea untuk diaplikasikan dengan tindak-tanduk yang sempurna. Jadi, kami ke sana ke sini dengan mengikut arah kaki ini melangkah, arah hati ini berkata.

Dari bawah sampai lah atas amatlah penuh dengan makhluk-makhluk berkaki dua dan berakal fikiran. Semuanya mempunyai sifat yang sempurna. Kalau berjalan, mulut pun 'berjalan' 24 seven, insyaAllah akan berlagalah bahu mereka-mereka yang bergelar manusia itu.

Memang aku akui, sana sini gadis. Dari level A sampailah ke level F. Agak tergugat juga imanku ketika itu. Hati aku, diam tidak berkata.




Ini bukan awek aku


Ada yang bersama rakan, bersama keluarga, bersama geng, bersama kekasih berpegangan tangan menunjukkan kemesraan pada orang lain dan ada yang bersendirian mencari ketenangan mungkin. Mungkin hari ini adalah hari yang sesuai untuk keluar lepak bersama teman masing-masing kerana hari ini adalah hari ahad. Hari cuti bagi semua umat manusia yang penat bekerja dan yang menghadapi kuliah saban hari.

Dari bawah aku jalan melihat pemandangan yang indah-indah belaka walaupun hanya berada di dalam sebuah bangunan konkrit yang dulunya adalah sebuah lombong. Mengintai disebalik kelopak mataku untuk melihat kezahiran duniawi yang semakin terpesong dari jalan itu. Dunia itu terdedah tanpa mempunyai perasaan malu. Tapi, itu bukanlah satu masalah buat diri aku. Itu adalah kebebasan mereka, hak mereka dan tanggungjawab mereka untuk menilainya.

Sekarang tiba masa untuk aku menghisap rokok. Bukan di dalam, tapi di luar. Keseorangan sambil temanku tadi mengeluarkan sesuatu untuk menjana ekonomi poketnya.

Aku naik ke atas dan..wowwww...siot sekali. Inilah tujuan sebenar mereka. Menontong wayang. Tiada ruang untuk aku berdiri lebih lama di situ dan aku membuat keputusan untuk berambus dari situ. Aku serabut. Aku risau jika lebih lama aku terpacak di situ, aku sendiri akan mengeluarkan duit untuk mengikut jejak mereka kerana aku tiada niat untuk berbuat begitu.

Aku mengambil tempat di satu sudut untuk melepaskan punggungku di tempat yang selesa. Duduk sambil berfikir. Mungkin di celahan manusia itu adanya temu janji kali pertama. Perkenalan yang bermula di internet dan yang pastinya temu janji itu mungkin yang pertama dan ada yang seterusnya atau mungkin temu janji itu menjadi yang terakhir. Berbeza citarasa mungkin. Mengharapkan cinta itu datang dengan hanya menekan keyboard.


"learn how to love somebody..and not wait somebody love u.." (kata-kata curian)


Setelah membuang masa agak lama di depan Anime Tech itu, mengambil apa yang patut (mengambil gambar, bukan mengambil barang orang), aku membuat keputusan untuk meninggalkan tempat itu. Balik dan update blog ini.

Ternyata, mereka lebih suka menghabiskan masa, wang ringgit dan tenaga di tempat-tempat seperti itu pada hujung minggu. Bergembira bersama teman-teman, pulang pabila kepenatan atau kebosanan.

Hari ahad adalah hari yang memberi keuntungan kepada peniaga-peniaga di luar sana.


Dan hari ini, aku hanya menghabiskan duit untuk membayar duit bas sahaja.










Berjalan tanpa arah tuju.
5:39pm

Sabtu, 23 Januari 2010

kemangkatan baginda

Al-Fatihah ke atas kemangkatan Sultan Johor,
Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh.


Amiiiinnnnnn...













Aku,
9:08pm

Jumaat, 22 Januari 2010

ini permainan tradisi si pelaku

Mereka tidak tahu apa itu 'kebebasan',
mereka tidak tahu apa itu kepuasan,
mereka tidak tahu ke mana mereka nak pergi,
mereka tidak tahu arah tuju,
mereka hanya tahu di tarik hidung melakukan sesuatu,
menjadi seperti lembu yang mengharapkan kebebasan,
menjadi mainan si kurap pemerintah,
langkah demi langkah telah tersurat dalam kotak akalnya.



Fikiran dikongkong dengan kata-kata manis si kurap,
hidup bertunjangkan akal si politikus,
kucing hitam menjadi agenda kehidupan di sebalik ijazah yang masih jauh untuk digapai,
darah muda menjadi hamba setia,
bergadai nyawa untuk si kaki lepak yang hanya lantang bersuara memberi tujuan,
mainan kotor dikatakan bersih,
menggunakan kemasyhuran mereka untuk mencapai akal fikiran,
inilah namanya publisiti murahan.



Si ibu mengharapkan ijazah itu menjadi miliknya,
bukan politik tidak bermakna itu di bawa pulang bersama,




Mereka hanyalah rebung tidak bernyawa,
melentur pabila dilentur,
tidak berguna pabila ia sudah tua mencapai usia kematian,
dipinggirkan pabila tangannya digenggam erat,
si hamba,
termenung kekesalan atau kepuasan,
menanti perubahan yang dijanjikan kemanisan itu,
menantilah engkau..
setialah kau dengan tuan kau..





Menggunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
Itu apa yang aku nampak sekarang.






Musik itu tidak patut dipolitikkan!!!








Aku terasa bengang sekali.
10:54pm


gejala tidak siuman

Laptopku telah menunjukkan gejala tidak siuman.
LCD mengamuk tanda mogok,
mogok inginkan pengganti,
goyang sana goyang sini,
kau tau poket aku tengah kering sekarang ni,
kenapa masalah kau datang sekarang,
kenapa tidak aku senang kelak kau muncul?
sakit mata aku melihat kau bergetar sana sini.

Tolonglah,
janganlah sekarang kau padam memory kau,
aku perlukan kau sekarang,
reportku,
laguku,
movieku,
videoku,
gambar-gambarku,
semuanya,
janganglah kau hilang sekarang,
ini bukan masanya.

Kalau kau padam juga akhirnya,
aku kesunyian melihat kau tertutup sebegitu rupa,
tiada guna lagi aku menekan-nekan kau tanpa kelibat kau di monitor,
tolonglah,
bagilah aku masa untuk mengatasi situasi ini.


Masa itu akan datang juga akhirnya..





Solat Jumaat
1:13pm

Isnin, 18 Januari 2010

coretan minda manusia kritikus

Hari ini aku tiada idea untuk diisi di sini,
mungkin kerana aku hanya terkurung dalam kegelapan ini,
atau situasi pedih yang aku alami lewat senja tadi,
aku bersama mereka sejak mula,
hingga ke titik akhir mereka dibasahi rahmatNya,
kerelaan yang diterima mereka tanpa rela,
atau paksa,
nama yang di bawa mati di situ,
mati bersama impian setahun lalu.

Pedulikan yang di depan,
aku tau susah bagi korang untuk memecah ia,
tapi..rempuh saja.

Berkata mereka tentang kegembiraan,
dan keyakinan yang di bawa,
untuk mencari harapan itu,
harapan yang digenggam erat bersama ratusan harapan,
tika manusia hanya melihat sekeping kertas sebagai jawapan,
sekeping kertas yang hanya coretan minda manusia kritikus,
yang hanya bijak berkata-kata tanpa berfikir ia,
melemparkan sejuta mimik muka kesinisan,
tanda protes hati pada kebenaran,
namun ia hanyalah benar hingga tiba waktunya,
waktu yang melemparkan kesedihan wajah kegembiraan,
longlai rasa jiwa itu melangkah,
meninggalkan waktu terbiar tersenyum padanya,
kenapa tidak dipanjangkan waktu itu?

Ia bermula dan berakhir,
isiku datang dan pergi,
waktu itu muncul dan hilang tanpa kata,
pergilah engkau mencapai waktu yang di depan,
dan aku,
meninggalkan ia terlepas di belakang,
mencari engkau harapan.


Kau kena yakin pada diri untuk mencapai ia dan membawanya pulang dengan harapan kau diterima. Diri kau..mental kau..kekuatan kau..kepanasan kau..aku tau..aku juga seperti itu barangkali. Lupakan ia dan carilah apa yang ada di depan engkau. Pedulikan coretan minda manusia kritikus itu. Kau lebih bagus daripada mereka dan mereka hanyalah sampah sarap tidak berminda. Katanya mungkin benar dan mungkin terpesong dari apa yang dilihat.

Pandanglah..


Mungkin ini idea aku untuk kali ini.






Coke di sisi
Lapar rasa
12:07am

Ahad, 17 Januari 2010

kembali pada Tuhanmu

Perempuan itu,
aku kenalinya dari itu..

Dia,
baik..tidak sombong..juga mesra alam,
aku hanya kenalinya dalam waktu yang singkat,
jadi hanya itu yang mampu aku perkatakan tentang dia.

Dua hari aku kenalinya,
akhirnya..
terpacul dari mulutnya untuk menceritakan tentang sejarah hitam yang dilaluinya selama 4 tahun ini,
sejarah yang aku dengari dari mulutnya,
yang telah mencorak hidupnya seperti ini,
yang mampu menghancurkan hati lelaki di luar sana,
yang cuba untuk menjadikannya sebagai teman hidup.

Tapi, bukan aku,
aku mengenalinya hanya sebagai seorang kawan,
yang mampu memberi nasihat kepadanya untuk berubah,
untuk kembali ke jalan itu,
jalan yang sentiasa memberi ruang kepadanya.

Dia,
dan hidupnya,
bergelumang dengan dosa,
tiada rasa takut akan balasan yang akan diterimanya.

4 tahun sebelum ini,
dia hanyalah seorang gadis biasa yang masih menjaga dirinya sebagai seorang gadis.

Tapi,
hanya kerana perbalahan abangnya dengan penyangak itu,
dia telah menjadi mangsa dendam musuh abangnya.

..dia dirogol..dan telah ditulis seperti itu..

Dia terseksa dan ketakutan,
walapun begitu,
sehingga sekarang tiada siapa yang tahu,
hanya aku dan beberapa kenalannya sahaja yang tahu tentang perkara itu,
ini adalah satu tindakan yang bodoh,
mendiamkan diri hanya untuk menyelamatkan diri,
mungkin dia malu,
atau ingin menjaga nama..
tapi,

..kebenaran harus dicari dan ditegakkan..


Hanya kerana dirogol, dia telah menjadikannya sebagai satu alasan untuk meneruskan hidupnya sebegitu rupa,
hidup dengan menjadi tempat untuk melepaskan nafsu teman lelakinya.

Melalui kehidupan sosial yang menyesatkan,
hidup tidak menentu selama 4 tahun,
mungkin berterusan sampai bila-bila,
melaluinya dengan tiada niat untuk berubah,
tidak memandang apa yang ada di depan,
apa yang menanti di sana,
dan siapakah untuknya di sana,
mungkin ini telah ditulis untuknya.

Kenapa mesti jadi begini?
Kenapa tidak boleh berubah?
Adakah disebabkan malam itu dia meneruskan hidup dengan dosa?

Si lelaki pula mudahnya memberi apa yang diminta,
memuaskan nafsu si wanita,
mengawan memberi kepuasan,
di tengah-tengah kota malam,
tanpa berfikir Ada yang memerhati,
ada yang menemani.

Sehinggalah satu masa,
nyawa akan hilang dari jasad,
terkulai tanpa sempat berkata,
roh akan dicampakkan di sana,
dan di sanalah jasad akan berkata-kata..

Berubahlah wahai gadis,
walaupun engkau tiadanya lagi,
ada yang menanti engkau di sudut itu,
hanya engkau yang tahu,
cahaya engkau ada di situ,
kembalilah...
kembalilah ke pangkuan Tuhanmu..




Aku hanyalah insan biasa yang penuh dengan dosa.
Ampunilah aku wahai Tuhanku.

Lapar.
9:11pm

Sabtu, 16 Januari 2010

baik, buruk, jahat, kasar dsb

Aku di sini ingin berkongsi,
tentang apa yang terjadi..apa yang dialami,
di sekeliling,
di hadapan,
di belakang,
di kanan,
di kiri,
dipandang..dilihat..dirasa..ditampar..mungkin,
atau pun yang terlepas.

Tentang kehidupan yang aku lihat dengan mata dan hati,
yang didengari telinga ini,
yang berfikir otak ini,
yang melangkah kaki ini,
yang dicapai tangan ini,
yang berkata-kata mulut ini,
yang boleh diterjemahkan sebagai luahan dan pandangan di sini.


..dan apa yang terlintas dalam hati ini untuk diluahkan di sini..apa saja..


baik, buruk, jahat, kasar dsb..


Kata-kataku mungkin tidak seindah Syurga,
atau secantik Maria Ozawa,
kata-kata Bangsat yang perlu ditapis LPF.

Aku tidak akan tapis,
kerana ia adalah benar,
memberi ibarat yang sesuai,
cara mudah memberi gambaran.


Laras bahasaku mungkin tidak sempurna,
dan mungkin tidak diterima,
tapi cukup sekadar untuk berkata-kata dan meluah segala.


Ini saja...




Aku seorang manusia yang berjiwa manusia.


Hari Cutiku Hari Sabtu,
Bilik Panas,
3:42 pm

Rabu, 6 Januari 2010

yang salah dikata benar

Hati?
aku kata hati ini salah,
tapi ia kata ia benar,
yang salah itu adalah benar,
terjadi sudah yang salah itu.

Telinga membisukan telinga,
mata memekakkan mata,
mulut membutakan mulut.

Hidung?
tidak dapat berkata-kata.

Terus kaki memberi jalan,
mengikut rentak lutut yang di atas,
punggung hanya mengekor tanda setuju,
langkah demi langkah,
hingga kehabisan langkah.

Perut?
lapar katanya.

Tangan?
bebas memberi suara,
suara hanya mereka yang faham,
faham kehendak mereka,
kesenangan yang dipinta.

Kepala?
memerhati mereka ini,
mereka itu juga,
bersalah katanya,
terjadi sudah yang salah itu,
masa dinanti hingga masanya.

Yang salah itu adalah benar,
terjadi sudah yang salah itu.




Diambil tanpa sedar



Inikah waktu yang sesuai untuk lenaku???
1:29 am
Bilik Sejuk

Isnin, 4 Januari 2010

nasi goreng kampung

"kawan lama...kawan lama...mari sini"

Ucapan selamat datang kami terima menyambut kelaparan yang menanti,
seorang demi seorang datang dengan misi,
makanan itu..dan minuman itu menjadi hidangan,
premis yang tidak pernah lekang dengan makhluk ciptaanNya.

penuh,
padat,
sesak,
hingar,
dan yang seangkatan dengannya.

Beberapa ketika,
orang itu datang...datang dengan tujuan,
2,3 meja hilang dalam sekelip mata,
yang di sebelah sana menutup cahayanya,
yang makan berhenti makan..yang minum berhenti minum,
pegun semuanya melihat,
aku..teruskan mengunyah,
memerhatikan tindak tanduk itu,
keras,
tidak bermoral bagiku,
ini salah caranya,
Sial, bisikku di dalam hati,
orang itu pergi dengan amaran,
mungkin bisikan ku itu didengarinya.

Tidak disedari pingganku sudah kosong.



Aku tahu mereka menjalankan tugas, tapi perlu kena dengan adatnya,
memberi kata sebagai hormatnya.


Kita bukan si rambut panjang itu untuk menerjah,
mengorek tanpa rasa malu dengan isu-isu itu.


Tidak adakah semangat baru itu???



Pekerja Malaysia itu selekeh, sedangkan pekerja asing itu berpakaian sopan aku lihat.


zZzZzZzZzZzzzzzzzz am

petang itu

Orang kita,
suka shopping minit-minit akhir,
anak-anak nak sekolah,
anak-anak dah nak maju,
kereta pun semakin maju kat jalan-jalan itu,
sana sini si kecil bersama ibu bapa mereka,
pilih itu..pilih ini..nak itu..nak ini..
dari atas sampai bawah semua cukup.

Lepak kejap di bus stop,
menunggu teman di dalam,
hisap rokok sebatang, air tembikai sebagai pelincir,
pusing keliling, majoriti rakyat jelata negara asing,
rasa macam di negara orang,
di nepal..di bangladesh,
Tengok gelagat mereka, memburukkan pandangan,
bersidai sana, bersidai sini, bersidai situ,
Kenapa ada mereka di sini???

Yang berniaga, mencari rezeki.
Yang wanita, berpakaian seksi.
Yang lelaki, bermata ranggi.
Yang bercouple, kasih mengasihi.
Yang berkulit putih, datang bercuti.
Yang memerhati, aku la.

Kereta sana sini,
motor, rempit selagi mampu atasi,
bas, melintang sana melintang sini,
yang melintas tak lihat kanan kiri,
jalan, penuh sana penuh sini,
Apahal?!


Masa berlalu,



Aku tinggalkan mereka-mereka itu dengan jiwa mereka,
jiwa keinginan di kotaraya.




Hati ini ada lagi di dalam.

Ahad, 3 Januari 2010

menapak di tahun itu tahun baru

Tahun Baru 2010

Hari-hariku ku lalui seperti biasa. Situasinya masih sama dan tidak pernah berubah sama sekali atau berkali-kali. Mengharapkan perubahan emosi dan tingkahku agar dapat menarik tangan dan kakiku ke sisi yang benar. Sisi yang menyelubungi diriku dengan Nur.

Kugagahkan diri ini untuk melangkah longlai melalui hari-hari yang penuh dengan limpahan nur dan kedinginan waktu.


Kau keseorangan lagi dalam diri ini melalui detik-detik yang kau rasakan lama untuk melewati terbitnya sang mentari. Tingkahku masih sama, masih tidak berubah dan tiada kesamaran dalam melalui hari yang sama dengan waktu yang sama.




Hari ini adalah sama dengan hari-hari sebelum ini dan hari-hari selepas ini..



Bagi aku..