Rabu, 18 April 2012

bye

Gadis cafe sudah tidak kelihatan. Mungkin sudah berhenti atau sibuk barangkali, atau mungkin juga sudah muak diperhati oleh jejaka - jejaka menawan seperti aku dan lain - lain. Mau kan tidak gadis sepertinya tidak mengeluarkan hormon yang mampu menarik kekuatan lelaki untuk mendekatinya. Aku membuat kesimpulan yang dia sudah berhenti daripada menabur suara mengambil order dari pelanggan yang datang. Maklumlah, aku faham keadaan dia sebagai seorang pelajar di universiti ini, lagi - lagi berjantinakan seorang perempuan yang memikul beban keluarga untuk berjaya dengan cemerlang di universiti. Mana mampu bekerja hingga lewat malam hingga ke titisan peluh terakhir. Balik ke bilik dan mengejar assignment yang melambak di atas meja yang perlu disiapkan, atau lebih rela memuaskan nafsu tidur dan penat setelah mengharungi malam yang memenatkan. Kalau aku, aku lebih rela tidur.

Kali terakhir dikatanya,

"Bye".

Tiada lagi selepas itu kerana aku sudah memulakan pengembaraan keesokan harinya. Pengembaraan tanpa makna. Mungkin dia berhenti dalam masa aku sibuk menyempurnakan pengembaraan aku seorang diri. Aku syak dia menanti kehadiran aku lagi untuk malam - malam berikutnya. Aku syak...

Walaubagaimanapun,

dia sudah tiada bila aku kembali untuk mengatakan,

"Hai".

Tanpa "hai", tiadalah "bye".

Inilah saja kisah "Gadis Cafe".

Wednesday,
2:23pm

Isnin, 16 April 2012

bangun

Kita tak boleh lari,
tapi kita boleh pergi,
meninggalkan apa yang patut ditinggalkan.
Kita haru berani,
berhadapan dengan apa yang akan kita lalui,
meninggalkan apa yang terpaksa kita tinggalkan,
tak semua akan kita suka,
dan tak semua rasa duka.

Kita berjalan merentasi masa yang bukan milik kita,
kita harus berani mengambil risiko untuk membawa kita ke atas,
berdepan dengan situasi yang mungkin boleh melukakan kita,
apa lagi membunuh kita,
dan mati di pertengahan tanpa siapa peduli.

Jadi,
bangunlah untuk berdiri dengan berani,
tanpa siapa berani memijak kita,
tak perlu lari,
kita hanya boleh pergi.

Nak lari memanglah senang.

Pagi isnin,
10:10am

Selasa, 10 April 2012

penat

Penat,
semua orang penat,
dan sentiasa penat,
penat melakukan benda yang sama sepanjang hidup,
penat mencuba,
penat menunggu,
penat meluah kata,
kadang kita sedar,
apa yang kita lakukan tidak pernah memuaskan kita,
tapi kita terus mencuba,
sampai satu masa,
kita tidak mampu untuk berhadapan dengan penat lelah yang menjatuhkan kita,
terbaring,
tangan di dahi memikirkan,
dan hanya membiarkan masa yang menentukan hala tuju hidup kita,
walaupun kita tahu,
kita tidak harus tewas dalam apa saja yang kita lakukan,
dan mungkin terpaksa membiarkan segala yang kita lalui ini berlalu sekali lagi,
dengan harapan,
segala kepenatan kita dibalas dengan kepuasan,
ada masanya nanti,
kita rasa penat kita selama ini adalah tidak sia - sia,
dihargai.

Pecah,
3:10am