Jumaat, 12 Mac 2010

kosong

Jiwa aku kosong tika ini,
sejuk,
beku,
seperti petang itu,
tidak tahu apa yang mahu dicarutkan,
sudah aku korek,
sudah aku gali,
sudah aku cari,
sudah aku beremosi,
sudah aku bertanya,
sudah aku bermain,
sudah aku makan,
sudah aku minum,
sudah aku kenyang,
sudah aku kencing,
sudah aku melihat,
sudah aku sudah,
semua sudah,
apa lagi yang belum sudah,
tidak ada yang hadir,
tidak ada yang muncul,
semuanya kecut,
semuanya takut,
semuanya kolot,
aku gagal malam ini,
gagal aku sekali lagi,
aku mahu teman,
bagi aku teman,
biar aku berteman,
tidak aku keseorangan,
aku lagi,
sendiri aku berborak,
sendiri aku termenung,
sendiri aku menyendiri,
sampai bila aku begini,
ke sana aku,
ke sini aku,
tidak ada kau,
tidak ada kami,
tidak ada kita,
tidak ada saya,
tidak ada awak,
tidak ada geng,
tidak ada mereka,
tidak ada,
semua sudah pergi,
dia sudah lama pergi,
aku bila nak pergi?
aku takkan pergi,
aku tetap begini,
bukan dia,
bukan mereka,
bukan kau,
bukan penipu,
bukan pelaknat (pelaknat?),
bukan pencipta,
bukan pembelot,
bukan nak mampos,
bukan iblis,
bukan aku itu,
aku adalah aku,
akulah itu,
tidak suka diganggu,
tidak suka menganggu,
tidak suka menunggu,
beginilah aku,
sejuk lagi malam ini.

Aku pasti itu.


Jiwa kosong malam ini?


Kau mampu berfikir.
12:58 pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan