Ahad, 24 Januari 2010

hari minggu hari lepak sedunia

Hari ini hari lepak sedunia.

Aku dan seorang lagi kawan aku pergi lepak dan membuang masa di pusat lepak antara yang terbesar di Kuala Lumpur. Kami berjalan tanpa arah tujuan, tanpa fikiran yang mencerna idea untuk diaplikasikan dengan tindak-tanduk yang sempurna. Jadi, kami ke sana ke sini dengan mengikut arah kaki ini melangkah, arah hati ini berkata.

Dari bawah sampai lah atas amatlah penuh dengan makhluk-makhluk berkaki dua dan berakal fikiran. Semuanya mempunyai sifat yang sempurna. Kalau berjalan, mulut pun 'berjalan' 24 seven, insyaAllah akan berlagalah bahu mereka-mereka yang bergelar manusia itu.

Memang aku akui, sana sini gadis. Dari level A sampailah ke level F. Agak tergugat juga imanku ketika itu. Hati aku, diam tidak berkata.




Ini bukan awek aku


Ada yang bersama rakan, bersama keluarga, bersama geng, bersama kekasih berpegangan tangan menunjukkan kemesraan pada orang lain dan ada yang bersendirian mencari ketenangan mungkin. Mungkin hari ini adalah hari yang sesuai untuk keluar lepak bersama teman masing-masing kerana hari ini adalah hari ahad. Hari cuti bagi semua umat manusia yang penat bekerja dan yang menghadapi kuliah saban hari.

Dari bawah aku jalan melihat pemandangan yang indah-indah belaka walaupun hanya berada di dalam sebuah bangunan konkrit yang dulunya adalah sebuah lombong. Mengintai disebalik kelopak mataku untuk melihat kezahiran duniawi yang semakin terpesong dari jalan itu. Dunia itu terdedah tanpa mempunyai perasaan malu. Tapi, itu bukanlah satu masalah buat diri aku. Itu adalah kebebasan mereka, hak mereka dan tanggungjawab mereka untuk menilainya.

Sekarang tiba masa untuk aku menghisap rokok. Bukan di dalam, tapi di luar. Keseorangan sambil temanku tadi mengeluarkan sesuatu untuk menjana ekonomi poketnya.

Aku naik ke atas dan..wowwww...siot sekali. Inilah tujuan sebenar mereka. Menontong wayang. Tiada ruang untuk aku berdiri lebih lama di situ dan aku membuat keputusan untuk berambus dari situ. Aku serabut. Aku risau jika lebih lama aku terpacak di situ, aku sendiri akan mengeluarkan duit untuk mengikut jejak mereka kerana aku tiada niat untuk berbuat begitu.

Aku mengambil tempat di satu sudut untuk melepaskan punggungku di tempat yang selesa. Duduk sambil berfikir. Mungkin di celahan manusia itu adanya temu janji kali pertama. Perkenalan yang bermula di internet dan yang pastinya temu janji itu mungkin yang pertama dan ada yang seterusnya atau mungkin temu janji itu menjadi yang terakhir. Berbeza citarasa mungkin. Mengharapkan cinta itu datang dengan hanya menekan keyboard.


"learn how to love somebody..and not wait somebody love u.." (kata-kata curian)


Setelah membuang masa agak lama di depan Anime Tech itu, mengambil apa yang patut (mengambil gambar, bukan mengambil barang orang), aku membuat keputusan untuk meninggalkan tempat itu. Balik dan update blog ini.

Ternyata, mereka lebih suka menghabiskan masa, wang ringgit dan tenaga di tempat-tempat seperti itu pada hujung minggu. Bergembira bersama teman-teman, pulang pabila kepenatan atau kebosanan.

Hari ahad adalah hari yang memberi keuntungan kepada peniaga-peniaga di luar sana.


Dan hari ini, aku hanya menghabiskan duit untuk membayar duit bas sahaja.










Berjalan tanpa arah tuju.
5:39pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan