Ahad, 4 April 2010

akhirnya

Akhirnya..

Senyum aku melebihi batas - batas seorang manusia,
gembira aku tidak segembira aku mendapat pingat emas sukan olimpik,
itulah masanya,
itulah waktunya yang aku nantikan,
selepas,


selepas 9 tahun..

Walaupun aku tahu kesukarannya,
tapi,
aku manusia jugak,
aku ada perasaan,
tidak salah aku gunakan rasa yang tersimpan begitu lama itu,
tidak salah aku keluarkannya,
aku lemparkannya,
agar ada yang ingin mengutipnya,
dan menyimpannya.

Tapi,
jam tangan aku sering berkata,
biar masa yang tentukan,
akhirnya yang masih belum berakhir.

Kau kuantkanlah semangat aku.


Akan aku ingat

Terima kasih.
10:02 pm

Jumaat, 2 April 2010

aku sekolah

Bangun pagi aku seawal pagi,
basahkan diri tegakkan hati,
dengan berat mata ingin melangkah,
berisikan suapan di waktu pagi,
berslack,
berkemeja,
bertali leher,
segak aku kelihatan.

Tangan disalam dicium penuh kasih,
melangkah aku dengan malas,
beroda aku bergerak,
merokok aku mencari tenaga,
di kedai itu,
tempat berkumpul si baju kemeja di waktu pagi.

Beratur mendengar bebelan,
rutin harian setiap pagi,
membosankan jiwa dan kaki ini berdiri,
inilah waktu tidur yang sesuai,
berbantalkan meja dan kerusi,
bersilih ganti kelibat yang dihormati,
tugas yang perlu dilakukan,
dari hati,
bukan dari mulut,
atau kerana gaji,
hingga tiba waktu kaki melangkah pulang.

Tidur lebih baik,
ya,
tidur lebih baik waktu petang ini,
inilah tidur paling nikmat,
pengganti tidur di waktu pagi,
berpeluh di petang hari,
berlari sana - sini,
inilah rutin petang aku,
menendang bola,
lepak bersama teman seperjuangan.

Gelap merayap masuk,
lepak bersama menjadi ulat buku,
inilah masa bersama,
inilah masa yang diingati,
teman - teman sezaman.

Berat mata ini perlu dilaksanakan,
tidurlah aku,
ditemani mimpi,
selamat malam.

Aku dan zaman sekolah.


Teringat zaman sekolah.
12:00 pm

rasa

Kerusi itu miliknya,
duduk bergoyang mulut berkata,
senyum melebar di depan kamera,
hilang punca hilang rasa,
jari ditunjuk tanpa rasa,
megah berdiri mencuri harta,
siapa berkata memang merasa,
hanya melihat memendam rasa,
berani berkata lawankan rasa,
masih ada yang tiada.

Biar ditarik mencium rasa,
dengan manisnya kata - kata,
tunduk melutut mengikut kata,
sampai ia tiada bernyawa.

Kotornya diri bijak berkata.

Kediaman Tumpangan KK5.
9:03 pm

Selasa, 30 Mac 2010

penunggu tunggul mati

Duduk bertinggung di tunggul mati,
menunggu mati datang memanggil,
dari kambing pulang ke kandang,
hingga ayam bising mulutnya,
tiada apa yang terjadi,
hanya kata bicara sendiri,
gugur sudah dedaunan hijau,
tibanya masa hilang di tanah,
hingga ia hijau kembali,
masih bertinggung di tunggul mati.

Sana - sini burung berkicau,
tiada ingin datang menghinggap,
duduk termenung hanya melihat,
menggenggam azam belum terlihat,
walaupun ribut,
walaupun mendung,
sekalipun badai bersemuka,
biarpun malapetaka duduk bersila,
tunggul itu tetap menjadi tempatnya,
tempat istirehat dirinya,
ditemani angan dan mimpi.

Penat kaki ditinggung sendiri,
benci melihat arus kata - kata manis,
bijak berkata,
bodoh melakukan,
siapa melawan padah menanti,
hiduplah kamu ditiup angin,
ayam mula mengiau,
kucing mula berkokok,
duduk termenung tidak berkata,
hanya fikiran dimainkan,
hanya tangan digerakkan,
kaki masih begitu,
sampai bila?
sampai dia menemui jawapannya.


Kaki akan terus melangkah.

Dunia ini adil.
10:32 pm

Isnin, 29 Mac 2010

terpaksa, memaksa

Jika aku memaksa,
bukan kerana aku ingin memaksa,
tapi,
kerana aku terpaksa,
terpaksa itu yang membuatkan aku memaksa,
memaksa untuk tidak kehilangan,
untuk tidak kebuntuan,
walaupun tidak terdetik lagi masa itu untuk berdetik,
walaupun tidak aku melihat,
tidak aku bicara bersama,
duduk bersama,
senyum bersama,
ketawa bersama,
walaupun itu semua tidak lagi,
terpaksa aku lakukan ini,
kerana tidak ingin kehilangan,
tidak ingin,
fahamilah,
maafkan.

Baca dan fahamilah KAWAN.

(kenapa aku banyak idea malam ni?)

KK12 lagi tika ini.
1:02 am

Ahad, 28 Mac 2010

kusut

Keras kepala ini,
bersangkar hati ini,
berbesi diri ini,
berkurung otak ini,
bergari tangan ini,
berpasung kaki ini,
semuanya terikat,
terkongkong,
terkurung,
terkaku aku di sini,
tanpa tangan memegang,
tanpa tangan memimpin,
tidak mampu tercapai,
hanya mampu berkata,
tiada siapa mendengar,
tak ingin mendengar,
berkata yang sia - sia,
aku berdiri gagah di situ,
dengan ikatan dan kurungan yang menggagahkan aku,
berdiri aku dalam duduk,
duduk aku ingin mengalah,
mengalah aku mahu berdiri,
semuanya mahu,
aku bukan pengalah yang ingin mengalah,
aku bukan pengecut,
semua situasi dan rasa harus aku hadapi,
aku harus buka sangkar besi ini,
besi ini mesti dileburkan,
kurungan ini mampu aku pecahkan,
gari ini aku jadi kuncinya,
pasung ini aku hancurkan,
agar aku tidak terkongkong,
tidak terkurung,
biar ada yang memimpin tangan ini,
mendengar kata - kata ini,
tidak sia - sia ia lagi,
biar semuanya tersemat di sisi.

Kusut otak aku kebelakangan ini.

Tempat makan KK12
12:03

kawan (1)

Kawan,
setiap orang perlukan kawan,
kerna kawan kita terisi,
kerna kawan tempat kita berbicara,
tempat kita berkongsi rasa (kongsi awek makan kaki la jawabnya),
tempat kita meluah segala,
tanpa ada rasa malu,
tanpa ada sempadan,
tanpa ada perbezaan warna,
kerna kawan memahami kita,
dan kita ada bila kawan memerlukan kita,
itulah kawan.

Zaman sekarang,
nak cari kawan senang jer,
tekan sana tekan sini,
klik sana klik sini,
dapat kawan,
walaupun kita tak kenal,
itu tetap kawan kita,
boleh kongsi benda yang sama,
boleh tukar - tukar citarasa,
berkongsi coretan minda antarabangsa,
segala padah kita tanggung sendiri.

Kawan,
apa itu kawan?
geng lepak - lepak?
geng cafe?
geng copy paste buat assignment?
geng hang out?
geng haruk pikuk?
atau teman istimewa?
itu kita yang tentukan sendiri,
sejauh mana rasa itu ada,
kita yang jadi kemudi,
kita yang tanggung risiko,
kerna kita kawan,
bukan lawan.

Sejauh mana kawan itu adalah kawan,
kita yang tentukan.

Hari minggu hari Ahad.
2:50 pm

Selasa, 23 Mac 2010

aku dan cuti

Aku,
sedang bercuti,
lama aku cuti,
tidak aku melayari,
ingin berehat kata hati ini,
ingin tidur sepuas - puasnya kata diri ini,
itulah cuti.

Aku sedang bercuti,
tidak tahu berapa lama masa,
itulah cuti aku,
selamat berehat kepada aku.

Aku di rumah bonda.

Ini masanya.
8:09 am.

Isnin, 22 Mac 2010

mereka bersuara

Ini kami bersuara.

Mat Rempit : Siapa gua? Gua lah raja jalanan. Gua lah yang berkuasa. (mana lu dapat kuasa?!) Gua pertaruhkan awek gua untuk setiap race. Gua tak takut mati. Lu boleh pergi mati!!

Orang miskin : Inilah cara hidup kami. Kais pagi makan pagi, kais petang kadang - kadang kelaparan. Tiada siapa yang ringan tangan dan lembut hati untuk membantu kami. Inilah takdir kami sampai mati. "KAU bukakanlah hati mereka untuk membantu kami"..

Orang kaya : Kau malas bekerja, kerana itulah kau miskin. Kau ada tangan dan kaki, kau sempurna, tapi kau hanya mengharap simpati orang ramai. Bukan aku tidak bekerja, tapi gaji aku hanya cukup - cukup makan sahaja. (sial kau kaya)

Bohsia : Aku suka hidup macam ni. Aku bebas (palotak lu bebas). Ketat sana, ketat sini. Dedah sana, dedah sini. Dah cantik sangat ke barang lu tu?! Dah berapa banyak laki yang pakai lu?!! Lu sama jer dengan sampah.

Peragut : Inilah cara senang nak dapat duit, nak dapat kesenangan. (lu elok pegi mati..gua dapat lu, gua pijak). Lantaklah diorang hidup ke mati, yang penting aku dapat duit diorang. Elok lu kena gantung sampai mati dari kena penjara.

Mat Gian : Gua tension beb, gua banyak masalah. Ni la cara gua nak hilangkan tension (wak lu, ni nak bagi lu mati cepat). Barang gua banyak lagi kalau lu nak. Gua tolak murah - murah jer beb dengan kawan - kawan.

Ayam : Aku rela jadi begini untuk satu kehidupan yang mudah. Aku rela menjadi tempat kepuasan lelaki - lelaki durjana itu. Aku buat ini untuk anak - anak aku di rumah, laki aku dah cabut lari. Aku gembira dengan kerja ni. (kau boleh berubah, banyak masa lagi yang ada untuk kau).

Ketua : Jangan malas kerja, nanti potong gaji. Bonus cancel tahun ni, syarikat kurang pendapatan. Dah, buat kerja. Saya nak tidur. Lagi satu, saya nak menderma pada 10 buah rumah anak - anak yatim di daerah ni, beritahu semua wartawan suruh mereka datang untuk ambil gambar saya menderma tu. (haram punyer bos).

Di manakah letaknya kesilapan mereka? Apa punca terjadinya begini? Hati mereka yang terlalu keras untuk menerima perubahan demi kebaikan. Kerana itu wujudnya sampah.

Aku sangat marah. Tapi, apa aku boleh buat dengan kemarahan ini? Hanya mampu memandang dan berkata - kata sendiri. Hanya mampu melihat dan menggeleng kepala ini. Masih ada esok untuk mereka.


Bebaskan aku.
10:54 pm

sampah masyarakat

Sampah masyarakat.

Sudah bertapak lama di tanah merdeka ini. Tapi, merdekakah kita? Masih dibelenggu jiwa penjajah - penjajah jahanam yang meneroka setiap pemikiran manusia - manusia dijajah. Tidak ingin mengetahui asal keturunan sendiri. Tidak ingin mengetahui siapa mereka yang menghamburkan darah bersepah semata - mata untuk kita, untuk memerdekaan kita. Kita bukan saja sudah bebas, tapi terlalu bebas dan terlalu menikmati kebebasan.

Tali barut jepun, mereka juga sampah.

Sampah masyarakat.

Ada di sini, di sini. Dalam hati manusia. Hati ini yang bersuara. Bersuara lantang untuk memberi arahan dan persoalan. Persoalan yang terjawab tanpa menggunakan otak dan akal fikiran, persoalan yang terjawab menimbulkan persoalan kembali. Hanya bergerak mengikut hati. Kerana itu semua ini terjadi. Semua ini, semua kesusahan ini. Semua kesukaran ini, semua penindasan ini. Tanpa ada rasa simpati, kecuali bangga diri dan bongkak hati. Hanya mampu melihat dari sudut mata dan tinggi hidung si belang durjana.

Sampah masyarakat.

Lebih selesa dengan bangsatnya, meludah sesukanya, berbangga sehartanya, dengan pe'el sialnya.

Mereka sampah.


Persoalan pada jawapan.
3:57 pm