Ahad, 11 Disember 2011

darah

Ghairah dengan perjuangan orang lain tidak memberi apa - apa makna pada kita jika kita bukan dari lahirnya, jika kita bukan perjuangannya, jika kita bukan satu benderanya. Terpekik terlolonglah kita sekuat mana pun, kita kena sedar yang kita hanya bertanahkan melayu, berdarahkan empat belas jenis darah. Mereka tidak dapat memberi apa - apa kepuasan pada kita, kepuasan yang lahir dari setiap salur darah yang ada dalam badan kita. Kerana darah kita adalah MALAYSIA.

Aku juga bukan bersifat sempurna.

1:04 am.
Sabtu.

terpana, terpaku, terkedu

Terpana, terpaku, terkedu melihat gadis - gadis melayu persis gadis china. Negara China, bukan china Malaysia. Tapi aku hanya entiti kecil yang hanya mampu melihat subjek positif lalu lalang memperaga susuk di depan aku. Menahan kelenjar aku dengan memasung segala pergerakan tubuh untuk menegur. Okay, masa tidak sesuai.

Akan biarkan di lain masa.

12:13,
Bulan bergerhana.

Jumaat, 9 Disember 2011

bodoh

Kerugian aku adalah,
bila aku tidak menterjemahkan apa - apa perihal cinta pada kau,
kerugian aku adalah,
bila aku mensia - siakan setiap lafaz yang kau ucapkan,
lontaran kata - kata kau yang acapkali buat aku bisu dan pekak,
kerap kali aku mati bila kau bersuara,
apa yang mampu aku katakan hanyalah senyuman,
dan kadang kala kau bosan dengan kerenah aku,
tapi kau tidak pernah melepaskan aku,
kerna aku tahu kita kuat,
sekuat kita,
aku masih tidak mampu untuk mendefinisikan apa yang kau mahu,
apa kehendak kau,
apa kemahuan kau,
aku semakin bisu bila tiba waktunya aku bersuara,
hingga klimaksnya kau pergi begitu saja,
mugnkin sudah masa kau meninggalkan si bodoh ini,
apa yang mampu aku lakukan hanyalah diam,
bisu sehingga tiada terjumpa jawaban,
di sini aku yang menangisi,
mungkin kau lebih menangisi,
aku mohon maaf,
atas kebodohan aku selama ini,
kau layak meninggalkan aku,
terima kasih.

Puisi ni takde kena mengena dengan aku. Tiba - tiba dapat idea nak buat entri macam ni. Aku tahu laras bahasa aku tak seindah puisi - puisi indah di luar sana. Maafkan saja ya.

Jumaat,
4:27pm

Sabtu, 19 November 2011

oblongata

Aku takde idea malam ni sebab keberatan mata, kemalasan oblongata.

Selamat mimpi yang indah - indah.

Malas,
12:33am

Jumaat, 18 November 2011

kejuruteraan

Banyak yang aku nak ceritakan untuk entri kali ini. Banyak yang aku nak kongsikan, banyak yang aku nak semburkan. Banyak sangat. Banyak sangat sampai aku tak mampu nak lemparkan semuanya. Semuanya yang buat aku gembira tak terkata, yang buat aku gampang tak terhingga, hingga hampir membuat aku menjadi bangsat sekali. Nasib baik tidak. Kalau tak, celakalah aku di sini dalam botol yang mencucuk - cucuk aku. Hingga ke tulang sepertinya. Tangan aku masih leka ke sana sini menekan - nekan hingga keterlekaan aku lupa untuk kencing, sedangkan pundi kencing aku sudah hampir mencapai tahap maksima kebertahanannya. Oh, aku tidak tahu fizik. Memang takde kena mengena, sebab aku sedang menggila dan hampir gila. Oh, sudah. Aku sudah buang sampah di luar tingkap. Meja aku kemas sekali lihatnya. Aku terdengar suara orang menjerit di bawah. Gila gamaknya menjerit tengah - tengah malam. Aku tidak tahu kenapa. Takde kena mengena dengan aku. Aku tak buat apa - apa. Hari ni aku taknak melompat sebab sakit kalau jatuh. Kbai.

Memang takde kena mengena pun.
Aku di engineering,
1:04am

Khamis, 17 November 2011

lompat si katak lompat

Sebelum aku tidur malam ini, aku nak melompat dari satu katil ke satu katil. Mungkin bila aku terjatuh disebabkan kebodohan aku, aku terus terlena di tempat aku terjatuh. Lebih selesa rasanya. Biar aku bangun dengan kesakitan yang aku cipta sendiri. Apalah sangat jatuh akibat melompat jika mahu dibandingkan jatuh akibat berjalan. Jatuh ketika berjalan boleh buat aku terus terduduk selama mana mungkin. Mungkin di masa hadapan akan ada sebuah tunggul mati di situ, dan orang akan mengingati kewujudan tunggul itu. Eh, apa aku mengarut ni.

Okay, aku taknak terjatuh lagi. Tapi aku nak melompat. Kejap, aku nak berak.

Oh,
1:33am

puteri salju

Oh.

Teringat pada puteri salju. Gadis yang hilang begitu saja setahun yang lalu. Oh, aku angau ketika itu. Aku gila di masa itu. Diberinya cinta, ditinggalnya aku sampah. Sekelip mata, terjadinya magis. Aku gagal dengan magis itu. Terduduk aku, terdiam aku satu masa. Mungkin aku menangis dalam terduduk itu. Aku lupa. Mana dia berdiri sekarang.

Biarkan. Oh, aku berkata - kata.

Aku sebelah tingkap,
12:46am

Rabu, 16 November 2011

dosa

Dia yang celaka cuba beraksi ghairah dengan aku. Oh tidak, aku tidak rela dinafsukan sebegitu. Aku bukan tubuhnya, dan dia bukan dakapku. Baru bersalam muka di buku sudah menarik tangan. Sudah mengangkang lagak seorang pelacur. Memang murahan gayanya. Oh, satu warna sana sini. Butakan saja sudah.

Jangan.

Aku hanya ada sekelumit akhirat,
tapi aku juga ada seluas dosa.

Ampunkan aku.

Dosa,
9:59pm

botol petang

sejuk,
beku,
terpana,
terpaku,
kaku,
bernafsu,
lesu.

Petang,
5:21pm

aku bukan tuhan

Tidak enak rasanya pabila aku katakan aku menjadi pujaan. Kerna aku bukanlah untuk dipuja atau disembah. Aku bukannya idola atau simbol seks untuk dijadikan tempat gadis - gadis menagih kasih, menagih pertolongan dan juga menagih nafsu dunia. Aku bukan Tuhan untuk memuaskan nafsu kebodohan manusia yang tidak pernah pupus sedari umurnya sebesar jari kelingking, yang kini jari - jari itu bisa berkata apa saja yang tidak terhapus dosa. Aku bukan untuk dipuja, diserakah nafsu, ditempiaskan dosa dari tubuh - tubuh rakus bermain cinta dan melampiaskan mani keluar dengan berjutanya. Aku bukan Tuhan untuk menjatuhkan hukum dan mandatori. Aku bukan Tuhan untuk menghalang cinta - cinta rapuh yang tidak berusia itu. Aku bukan untuk dipuja. Aku hanya hamba yang bodoh dan hina.

Aku hamba,
2:28am