Jumaat, 20 Disember 2013

aku bahagian tiga

Setiap penghujung-nya aku perlu menghadapi musuh-musuh aku. Bertarung nyawa dan berjuang demi mempertahankan kebijaksanaan otak aku. Duduk dan memikirkan bagaimana harus aku menyelesaikan masalah-masalah yang sedang aku hadapi. Melihat kiri, melihat kanan tanpa ada sebarang penyelesaian. Hampir buntu aku mencari jawapan. Semuanya hampir sama keadaannya seperti yang sedang aku lalui. Ada yang mampu, dan ada yang tidak. Masing-masing mengharapkan tertulisnya jawapan di balik meja, di atas lantai dan juga di syiling. Ahh, mustahil sekali. Mana kan mungkin begitu. Hanya otak ini saja yang perlu bekerja keras menuai jawapan hingga tiba ke nombor dan perkataan yang terakhir. Bila sudah kehabisan nombor dan perkataan, itulah dunia sebenar yang aku idam-idamkan, tanpa aku sedar aku perlu melalui banyak lagi penghujung. Ahh, angan-anganku hanya seketika cuma. Inilah perjuanganku.

Tujuh halangan yang perlu aku hadapi sepanjang aku berada di medan ini. Kenapa tujuh dan bukan enam? Kerana ada beberapa tugasan yang membataskan aku untuk melangkah keluar awal dari sini. Inilah realitinya.

Dalam masa yang sama, aku tidak lekang dari bermain sepak bola di gelanggang-gelanggang kecil yang disediakan selain aku berlari-lari anak mengelilingi tasik buatan itu. Peluh membuat aku sihat dan bertenaga untuk meneruskan hari-hari berikutnya di sini. Apa lagi menunjukkan kehebatan di hadapan gadis-gadis bertudung dan tidak bertudung. Di ruang inilah dipergunakan sepenuhnya aku dan teman-teman untuk bersendaloka.

“Weh, kau tengok tu. Pehh, amoi ni kang”, kata Joe pada aku.

“Kenapa? Kau inzal tengok amoi tu? Kahkahkah”, bentak aku pada Joe.

Tapi itu dulu, di zaman university. Aku masih kebudak-budakan, begitu juga dengan Joe dan yang lain-lain. Akal masih cetek. Bodoh dan bangang masih menguasai benak fikiran. Walaupun begitu, kami di sini dianggap hebat kerana dapat belajar di sini. Tak percaya tanyalah budak-budak sekolah. Dengar saja nama tempat kami belajar, mereka akan teruja dan bangga. Dan aku pasti mereka akan mengikut jejak langkah kami untuk belajar di sini. Dik, semua tempat belajar sama jer. Tak ada yang berbeza kecuali student-nya yang hot-hot, lecturer-nya yang ohsem-ohsem. Itulah dia.

Bagi aku, semua institusi pengajian sama sahaja. Di situlah tempat kita belajar dan pulang dengan kejayaan atau kegagalan. Yang membezakan adalah penghuni-penghuninya yang suka meletakkan taraf atau level “tempat aku lagi bagus dari tempat kau”, “ranking aku lagi tinggi dari kau”, “kau belajar kat situ sedarlah diri tu sikit”. Bagi aku shaitonn macam ni elok direjam sampai mati, kerana orang-orang macam ni lah yang akan membeza-bezakan rakyat satu hari nanti bila mana mereka bekerja di atasan nanti.


Di mana saja kita berada, ingat asal usul kita, siapa kita dan dari mana kita datang. Kebanggaan tidak akan kekal selamanya, kecuali kebangangan yang akan kekal jika tidak dibendung dengan segera. Tepu jadinya. Bila dah tepu, bangang abadi jadinya.

Jangan la jadi bangang.

Home,
2:32 pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan