Selasa, 6 Ogos 2013

aku - bahagian satu

Pembelajaran dan kefahaman aku tentang hidup bermula sedari kaki aku melangkah ke sebuah kota yang penuh dengan kegembiraan dan kecelakaan. Di sinilah aku belajar sesuatu perkara tanpa perlu diajar, kerna diri aku sendiri yang sibuk mengajar diri yang naïf ini ketika itu. Walaubagaimanapun, bukanlah aku seorang yang kurang ajar. Yes, aku sangat zero tika dan waktu itu.

Bermula dengan semangat  anak muda yang kononnya bangga dapat menyambung pelajaran di ibu kota, aku bergerak langkah demi langkah melepasi pintu gerbang sebuah universiti di tengah ibu kota yang kononnya sekali lagi agung dan masyhur di mata dan benak mereka yang masih berseluar biru dan hijau.

Hari pertama di sini aku sibuk dengan kesibukan baru, sibuk mencari teman-teman baru. Bermacam-macam rupa ada, melayu, jawa, mamak, cina, india dan lain-lain. Bersalaman dengan teman-teman baru membuat aku selesa dan mudah untuk menerima mereka. Merekalah teman-teman aku di sini sepanjang nyawa aku tidak di ambil di sini.
Kuala Lumpur bukan, setiap mereka mahu menjadi yang terbaik, menonjolkan diri di khalayak umat manusia. Tapi di sini siapa anda, tiada siapa yang ingin ambil tahu. Pergi matilah! Melainkan anda seorang Neelofa, melainkan anda seorang Izara Aishah, melainkan anda seorang Nelydia Senrose dan sebulu dengan meraka, apa lagi seorang Maria Ozawa. Sanggup menghabiskan masa berjam-jam menonton movie lakonan Sang Miyabi yang saling bertukar bentuk, saiz dan sarung getah. Bunyi-bunyian enak yang memenuhi segenap ruang telinga, seterusnya merentap hati dan jiwa-jiwa yang bakal kecundangan. Terlihatlah kelibat manusia yang sudah bersedia menggenggam bara hingga menjadi api. Manusia, pantang dicabar.

*Lagu raya dipasang*

Aku bukanlah artis di sini. Jadi aku memegang kukuh otak kiri dan kanan aku supaya aku ringan tulang untuk ke kelas dan menghadap assignment yang tak pernah malu untuk berhadapan dengan aku yang agak pemalas ini. Kebanyakan aku menghabiskan masa dengan merebut peluang di gelanggang-gelanggang sepak bola, berlari-lari di sekitar kampus, melihat gadis-gadis pulang ke kelas, dan bersembang kosong dengan teman sejiwa. Berkongsi pengalaman di waktu sekolah. Ahh, memang banyak yang nak dibanggakan ketika di bangku sekolah. Tapi, aku bosan dengan cerita sekolah. Sekarang aku di sini, di dunia baru yang perlu aku lalui dengan banyak cabaran-cabaran yang akan mencelakan aku sendiri.


…oohhh, cantik berseri-seri, tua dan muda berpakaian serba baru…

29 Ramadhan 1434,
6:02 pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan