Rabu, 18 April 2012

bye

Gadis cafe sudah tidak kelihatan. Mungkin sudah berhenti atau sibuk barangkali, atau mungkin juga sudah muak diperhati oleh jejaka - jejaka menawan seperti aku dan lain - lain. Mau kan tidak gadis sepertinya tidak mengeluarkan hormon yang mampu menarik kekuatan lelaki untuk mendekatinya. Aku membuat kesimpulan yang dia sudah berhenti daripada menabur suara mengambil order dari pelanggan yang datang. Maklumlah, aku faham keadaan dia sebagai seorang pelajar di universiti ini, lagi - lagi berjantinakan seorang perempuan yang memikul beban keluarga untuk berjaya dengan cemerlang di universiti. Mana mampu bekerja hingga lewat malam hingga ke titisan peluh terakhir. Balik ke bilik dan mengejar assignment yang melambak di atas meja yang perlu disiapkan, atau lebih rela memuaskan nafsu tidur dan penat setelah mengharungi malam yang memenatkan. Kalau aku, aku lebih rela tidur.

Kali terakhir dikatanya,

"Bye".

Tiada lagi selepas itu kerana aku sudah memulakan pengembaraan keesokan harinya. Pengembaraan tanpa makna. Mungkin dia berhenti dalam masa aku sibuk menyempurnakan pengembaraan aku seorang diri. Aku syak dia menanti kehadiran aku lagi untuk malam - malam berikutnya. Aku syak...

Walaubagaimanapun,

dia sudah tiada bila aku kembali untuk mengatakan,

"Hai".

Tanpa "hai", tiadalah "bye".

Inilah saja kisah "Gadis Cafe".

Wednesday,
2:23pm

2 ulasan: