Jumaat, 17 Februari 2012

terkadang

Lepak sini sambil membaca Bogel Menuju Tuhan karya Zahiril Adzim yang baru aku beli di MPH Midvalley. Sini saja yang aku rasa sesuai untuk membaca sambil melepaskan asap nikotin tanpa sesiapa halang. Redup. Aku tidak buang masa, aku hanya mencuri masa untuk mengisi masa. Keliling aku semuanya berbeza, tak peduli sama aku yang membaca. Terima kasih. Kadang terganggu juga konsenterasi dan pandangan dengan helaian yang tidak menutupi. Banyak sekali. Tidak mengapa, itu rezeki yang terpandang, bukan dipandang. Jadi aku teruskan terpandang, kemudian membaca.

Tak mungkin aku mampu untuk menulis sebegitu, halus sekali. Jiwa aku memberontak terkadang membaca bait demi bait puisi - puisi Bogel Menuju Tuhan. Memberontak untuk memahami. Aku bukan Tuhan untuk mengubah ketidaksempurnaan kepada yang lebih sempurna tanpa izin Dia. Aku biasa menjadi diri ini. Biarlah seberapa bawah sekalipun.

Jadi aku teruskan terpandang.

Di sana, kamu shopping LV, aku reject shop saja. Itu pun kali ketiga seumur hidup. Memang aku 'buta' dalam membeli - belah ni. Tidak berminat sebenarnya mahu membeli keperluan mahal. Tapi aku juga ingin mencuba sesuatu yang bernilai. Bukan selalu, payah sekali.

Kamu berdua, dan aku masih berjuang, dan akan terus berjuang. Kamu jeling aku, dan aku tidak bernafsu, kerna aku sibuk membaca dan memerhati. Apa entah yang aku perhatikan, apa yang terpandang mungkin sekali. Kamu pegang dompet macam pegang syiling 20 sen, macam kamu nak campakkan ke dalam bekas kecil si penjual tisu. Kalau diragut, kamu juga yang meraung melolong. Aku juga yang terpaksa mengejar menolong. Aah, berat laptop dan reject shop beg aku ni.

Angin kuat menerbangkan kain - kain yang disidai di ampaian. Hampir menanggalkan ia dari penyepit baju, isi gebu yang tidak terlihat akan dilihat. Aku tidak dapat elak lagi. Aah, rezeki. Aku bukan sengaja.

Akhirnya aku pulang dengan kesakitan.

Tinggi air itu pergi.

Aku bukan Tuhan,
12:42am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan