Isnin, 24 November 2014

harapan

Hujan - hujan macam ni sakit kepala datang. Migrain. Sakit, perit, pedih tak kuat aku nak lawan. Dan aku sebenarnya bukan seorang yang kuat. tak sekuat nama aku - seorang ketua / pemimpin. Ditambah dengan 'lauk pauk' yang selalu aku hadap setiap hari, yang perlu aku lalui setiap hari. Kekuatan aku tidak lagi menjadi satu kekuatan kerna ia telah menjadi satu perisai atau dinding yang rapuh di mana hanya menunggu masa untuk jatuh dan roboh. Ini bukan bintang jatuh yang memberi cahaya dan harapan pada dunia. Bukan. Ini harapan yang boleh aku simpan dalam botol dan aku campak jauh - jauh ke tengah laut. Biar hingga satu masa nelayan atau sesiapa sahaja yang menjumpai botol kaca itu akan meneruskan harapan yang telah aku buang satu ketika dahulu. Biar ia berterusan hingga menemui apa yang diimpikan.

Penat, memang penat..

Tapi, ini yang aku kejarkan. Tidak pasti sampai bila, mungkin selamanya..

Guris,
7:10 pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan