Isnin, 31 Disember 2012

maafkan aku di tahun baru

Bismillah..

Bermacam cerita yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Bermacam - macam genre telah melodi-kan hidup aku tanpa sedar, tanpa aku izinkan. Semuanya mengukuhkan lagi kedudukan aku sebagai manusia yang matang. Matang untuk berfikir, matang untuk membuat keputusan, matang untuk berkata - kata dan matang dalam segala - galanya. Hingga sampai satu masa, aku hampir berputus asa, dan AKU cuba menepuk bahuku, mengurut dadaku, dan menenangkan akal fikiranku yang serabut dek punca aku mahu berputus asa. Terima kasih AKU kerana sentiasa ada bersamaku, walaupun kau jauh di dalam sana.

Aku berjalan, jatuh dan bangun. Itu sudah menjadi darah daging aku sepanjang aku bernafas di sini. Habuk, asap, bakteria, semua telah aku sedut dan berkepul - kepul dalam sangkar ini. Ada yang bisa menjadi teman, dan ada yang mampu menjadi lawan. Bila aku berjalan, dengan bangganya aku menepis semua yang ada di kiri kananku. Menganggap akulah yang terbaik dan kenapa semua harus menghalang aku mengejar impian yang tidak pasti. Biarlah tidak pasti, yang penting aku sentiasa berusaha untuk mengejar. Tanpa sedar aku terjatuh ke dalam lubang yang besar, lubang yang tiada penghujungnya, gelap, menyeramkan, dan menakutkan. Tiada siapa yang mampu menarik aku kembali, kecuali Kau Tuhanku, dengan menarik nyawaku. Tiada lagi aku di sini.

Bila aku bangun, aku bangun dengan bunyi tulang temulang yang sudah reput, dengan malasnya aku gagahkan diri untuk berdiri, tanpa bantuan tangan - tangan yang cuba menghulur mendapatkan aku. Aku berdiri dan memandang ke hadapan, jauh. Tiada siapa yang menunggu aku di sana, hanya Kau Tuhanku, yang mampu menarik nyawaku. Semuanya berulang - ulang. Hanya aku saja yang menceritakan segalanya, dengan kamu - kamu semua menjadi ranting - ranting dan dedaunan yang mengukuhkan jalannya. Tiada kamu, terbaringlah aku di bawah sana ditemani kegelapan dan juga syaitan. Aku sentiasa sabar menghadapi semua ini, kerna aku tahu sabar itu kunci kepada semua impian yang tidak pasti itu.

Di penghujung dua ribu dua belas ini, aku tamatkan dengan berseorangan di bilik yang panas ini, tanpa sesiapa kecuali semut - semut yang mundar mandir di hadapan aku. Sesekali aku menepuk 'mereka - mereka' di lantai hingga tidak bernyawa. Kejam! Apa pun, aku tidak pernah sambut tahun baru, dan aku takde nafsu langsung untuk sambut.

Maafkan aku untuk semuanya, semoga hati kau terbuka untuk aku.

Bye.

Bismillah,
10:41pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan