Khamis, 9 Julai 2015

datang lagi

Sakit itu datang lagi,
bermain - main di fikiran,
haihh,
pedih,
pergi main jauh - jauh boleh tak,
aku nak tengok bola ni,
dua ayat itu tak boleh lari dari otak aku,
keluarlah,
bantu aku keluarkan,
haihh,
semoga aku selamat,
dunia akhirat.

Hening,
11:02 pm

pedih

Bosan,
Fedap,
Menyesal,
Berambus..

Satu persatu kau hembuskan,
satu persatu kau marahkan,
satu persatu aku diam,
tanpa marah aku senyumkan,
biar kau tidak melihat ukiran yang aku ukir ini,
senyum di balik rasa pedih,
di balik rasa sakit yang teramat sangat,
dalam terduduk aku redha,
redha tanpa pasrah,
kerna aku belum bersedia,
menerima semua kesakitan yang bertimpa - timpa ini,
kau beri aku jawapan tanpa persoalan.

Berhari - hari masih dibelenggu,
dengan kata - kata mulutmu,
haihh..
dugaan Kau bagi tika ini,
buat aku hampir tewas,
di pertengahan.


Terduduk,
10:43 am

Ahad, 5 Julai 2015

far

I wan't to go far far away.

Sucks,
03:25 pm

bulan

Bulan.

Kita melihat bulan yang satu,
tapi,
belum tentu engkau melihat bulan itu.

Ramadhan 18,
03:20 pm

Isnin, 24 November 2014

harapan

Hujan - hujan macam ni sakit kepala datang. Migrain. Sakit, perit, pedih tak kuat aku nak lawan. Dan aku sebenarnya bukan seorang yang kuat. tak sekuat nama aku - seorang ketua / pemimpin. Ditambah dengan 'lauk pauk' yang selalu aku hadap setiap hari, yang perlu aku lalui setiap hari. Kekuatan aku tidak lagi menjadi satu kekuatan kerna ia telah menjadi satu perisai atau dinding yang rapuh di mana hanya menunggu masa untuk jatuh dan roboh. Ini bukan bintang jatuh yang memberi cahaya dan harapan pada dunia. Bukan. Ini harapan yang boleh aku simpan dalam botol dan aku campak jauh - jauh ke tengah laut. Biar hingga satu masa nelayan atau sesiapa sahaja yang menjumpai botol kaca itu akan meneruskan harapan yang telah aku buang satu ketika dahulu. Biar ia berterusan hingga menemui apa yang diimpikan.

Penat, memang penat..

Tapi, ini yang aku kejarkan. Tidak pasti sampai bila, mungkin selamanya..

Guris,
7:10 pm

Rabu, 12 November 2014

No one cares unless you're pretty or dying.

Hiba,
2:55 pm

Ahad, 10 Ogos 2014

kepuraan

Kita tidak pernah mintak sesuatu yang kita tidak suka berlaku, terjadi dalam hidup kita. Sebab itu semua akan menjadikan kita jauh dari gembira. Jauh dari dunia, lari dari keselesaan. Membawa diri dan terduduk jatuh di suatu sudut yang tiada siapa tahu.

Gembira dan senyum dalam kepuraan, kepalsuan semata. Hanya mahu melihat senyum dan tawa berterusan dan berpanjangan di sekeliling. Itu suatu yang mampu dalam sesuatu. Tapi jauh di sudut dunia, ada satu jasad yang kematian akal, apalagi hati.

Biar..

Dingin,
10:10 pm

Sabtu, 9 Ogos 2014

erti

Kita tidak jangka sesuatu yang kita tidak suka akan berlaku dan terjadi dalam hidup kita. Dan seharusnya kita tidak suka sesuatu ini berlaku di mana kita sedang alaminya. Ini lumrah, lumrah yang buat kita sentiasa bersedia untuk hadapi semua ketidaksukaan ini. Kita tidak sentiasa senang, dan tidak sentiasa susah. Bila kita perlu, tak semua ada. Tak semua kita dapat untuk kita gelak, ketawa, menangis, sedih, gaduh, berkelahi dan sebagainya. Adakah ini buat kita matang? Matang dalam fikiran, matang dalam perbuatan, matang dalam kehidupan, matang dalam pekerjaan. Ini semua bergantung bagaimana kita hadapinya, dan bagaimana kita melaluinya.

Dia ada untuk kita. Tapi tak semua orang akan dekat pada-Nya bila kita senang. Dan kita selalu mencariNya bila kita buntu, bila kita duduk bersendiri di penjuru dinding, memeluk tubuh yang tiada siapa kisah keadaannya. Ini fitrah, yang buat kita sedar siapa diri kita sebenarnya. Kita berdiri dan duduk. Kita ada perbezaan walau sebenarnya kita sama dari setiap pandangan manusia. Tapi kadang kita sendiri yang letak perbezaan tersebut yang buat kita jauh ke belakang. Jauh..

Kadang kita fikir kita mahukan yang dulu, yang dulu yang tidak akan berlaku lagi, yang tidak akan kita dapat lalui sekali lagi. Walaupun yang dulu itulah yang buat kita rasa lebih senang, lebih bersemangat, lebih matang, lebih memerlukan. Walaubagaimanapun, apa yang kita tinggalkan itu akan buat kita ke depan, jauh ke depan meninggalkan segala rasa dan kesukaan kita dahulu. Dalam ruang dunia selebar yang satu, tidak kira apa yang bakal dan akan kita hadapi, kita masih lagi diri sendiri, bukan sesiapa.

Kita akan mengerti erti hidup sebenar..

Sabtu,
12:57 pm

Isnin, 4 Ogos 2014

but

Never stop trying,
but sometimes we should.

Senja,
7:14 pm

Isnin, 14 Julai 2014

teruskan

Bangun,
buka mata
menggeliat
emmmm..
paling enak,
letak tangan di dahi,
berfikir,
teruskan berfikir,
dan teruskan,
hari masih jauh,
untuk ditamatkan,
jadi teruskan.

Petang,
4:53 pm

Ahad, 13 Julai 2014

bangun

Jatuh,
bangun.

Teruskan langkah.

Selalu jatuh,
3:14 pm

Selasa, 8 Julai 2014

tu jer

Apa yang kita rasa tak semua orang rasa,
apa yang kita alami tak semua orang alami.

Bukan aku,
mungkin bukan orang lain.

Siapa - siapa boleh jadi.

Tu jer nak bagitau.

Salam Ramadan.

Salam Ramadan,
1:20 am

Rabu, 11 Jun 2014

kerna

Kadang aku, saya, kau, kamu, awak, kita dan kami memerlukan sedikit masa untuk bersendiri. Mencari masa untuk berkomunikasi dengan diri sendiri, dengan cara sendiri. Apa cara sekalipun, kita perlu masa untuk menghentam tubi diri kita. Mencari apa salah diri, apa yang perlu diperbaiki dan dibenci.

Aku kadang tidak pasti apa yang sedang berlaku, apa yang sedang aku lalui hingga aku begini. Begini maksud aku dalam situasi ini, situasi yang sedang aku lalui yang tak pernah aku lalui sebelum ini. Tak pernah..

Kadang itu, kadang ini, kadang begitu, kadang begini..

Biarlah..

Kerna..

Oldtown,
2:31 pm

Selasa, 10 Jun 2014

jaga

Kadang hidup terasa bosan apabila kita terlalu menjaga hati orang,
namun terasa lebih bosan bila orang tak pernah menjaga hati kita.

Takkan pernah..

Really mean this,
12:22 pm

mungkin

Kadang kita tak sedar orang yang berada di hadapan kita sangat memerlukan kita. Ambil berat hal kita. Kita tak pernah menghargai orang yang selalu bersama kita. Hingga apa yang kita lakukan semata untuk orang yang kita sayang, untuk orang yang selalu kita lihat. Kita tak pernah nak menghargai orang yang selalu berada di sisi kita.

Mungkin..

Bila orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita untuk selamanya, kita akan mula sedar betapa pentingnya orang itu. Betapa ingat kita pada orang itu. Betapa sayangnya kita pada orang itu.

Mungkin,

Kita akan mula untuk menghargai orang yang sayang pada kita. Kita akan mula bersedih dan berfikir apa yang telah kita lakukan untuk orang yang sayang pada kita. TIDAK ADA.. TIDAK ADA..

Waktu itu, tidak guna lagi untuk menyesal atas apa yang sudah berlaku.

Mungkin,
ini semua mungkin..

Now & before,
11:43 am

Isnin, 31 Mac 2014

dulu

Cuma mahu yang dulu,
bukan dulu - dulu.

Siaran tergendala.

Miss,
3:15pm

apa lagi

3.03 petang aku masih menghadap dunia luar,
merangkumi sebahagian dunia yang tak pernah aku lalui,
dan terokai dengan nyawa,
dan mata aku sendiri,
memikirkan apa yang akan aku lalui pada masa hadapan,
dan apa yang sedang dan telah aku lalui,
dihentak-hentak otak ini,
digoncang-goncang jiwa rakus ini,
tanggungjawab yang dipikul,
semakin hari semakin besar dan berat,
apa lagi yang sedang dilalui,
bercambah-cambah di segenap kotak,
seperti ditunjal kuat oleh seseorang.

dan,
selepas ini...
apa lagi.

Panas lagi,
3:11pm

asah

Ermmmm...

Kena asah balik kalau dah lama tinggalkan,
asah biar betol sampai tajam,
biar tajam sampai berlubang,
gilap balik sampai berkilat,
buang semua karat,
cari balik,
cungkil balik,
baru boleh slumber,
baru boleh guna,
takdela penat nak bercerita.

Okay...

Panas,
2:57pm

Sabtu, 25 Januari 2014

kadang - kadang

Kadang - kadang kita terpaksa lepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.

Kem,
8:43 pm

Jumaat, 20 Disember 2013

aku bahagian tiga

Setiap penghujung-nya aku perlu menghadapi musuh-musuh aku. Bertarung nyawa dan berjuang demi mempertahankan kebijaksanaan otak aku. Duduk dan memikirkan bagaimana harus aku menyelesaikan masalah-masalah yang sedang aku hadapi. Melihat kiri, melihat kanan tanpa ada sebarang penyelesaian. Hampir buntu aku mencari jawapan. Semuanya hampir sama keadaannya seperti yang sedang aku lalui. Ada yang mampu, dan ada yang tidak. Masing-masing mengharapkan tertulisnya jawapan di balik meja, di atas lantai dan juga di syiling. Ahh, mustahil sekali. Mana kan mungkin begitu. Hanya otak ini saja yang perlu bekerja keras menuai jawapan hingga tiba ke nombor dan perkataan yang terakhir. Bila sudah kehabisan nombor dan perkataan, itulah dunia sebenar yang aku idam-idamkan, tanpa aku sedar aku perlu melalui banyak lagi penghujung. Ahh, angan-anganku hanya seketika cuma. Inilah perjuanganku.

Tujuh halangan yang perlu aku hadapi sepanjang aku berada di medan ini. Kenapa tujuh dan bukan enam? Kerana ada beberapa tugasan yang membataskan aku untuk melangkah keluar awal dari sini. Inilah realitinya.

Dalam masa yang sama, aku tidak lekang dari bermain sepak bola di gelanggang-gelanggang kecil yang disediakan selain aku berlari-lari anak mengelilingi tasik buatan itu. Peluh membuat aku sihat dan bertenaga untuk meneruskan hari-hari berikutnya di sini. Apa lagi menunjukkan kehebatan di hadapan gadis-gadis bertudung dan tidak bertudung. Di ruang inilah dipergunakan sepenuhnya aku dan teman-teman untuk bersendaloka.

“Weh, kau tengok tu. Pehh, amoi ni kang”, kata Joe pada aku.

“Kenapa? Kau inzal tengok amoi tu? Kahkahkah”, bentak aku pada Joe.

Tapi itu dulu, di zaman university. Aku masih kebudak-budakan, begitu juga dengan Joe dan yang lain-lain. Akal masih cetek. Bodoh dan bangang masih menguasai benak fikiran. Walaupun begitu, kami di sini dianggap hebat kerana dapat belajar di sini. Tak percaya tanyalah budak-budak sekolah. Dengar saja nama tempat kami belajar, mereka akan teruja dan bangga. Dan aku pasti mereka akan mengikut jejak langkah kami untuk belajar di sini. Dik, semua tempat belajar sama jer. Tak ada yang berbeza kecuali student-nya yang hot-hot, lecturer-nya yang ohsem-ohsem. Itulah dia.

Bagi aku, semua institusi pengajian sama sahaja. Di situlah tempat kita belajar dan pulang dengan kejayaan atau kegagalan. Yang membezakan adalah penghuni-penghuninya yang suka meletakkan taraf atau level “tempat aku lagi bagus dari tempat kau”, “ranking aku lagi tinggi dari kau”, “kau belajar kat situ sedarlah diri tu sikit”. Bagi aku shaitonn macam ni elok direjam sampai mati, kerana orang-orang macam ni lah yang akan membeza-bezakan rakyat satu hari nanti bila mana mereka bekerja di atasan nanti.


Di mana saja kita berada, ingat asal usul kita, siapa kita dan dari mana kita datang. Kebanggaan tidak akan kekal selamanya, kecuali kebangangan yang akan kekal jika tidak dibendung dengan segera. Tepu jadinya. Bila dah tepu, bangang abadi jadinya.

Jangan la jadi bangang.

Home,
2:32 pm