Sabtu, 9 Ogos 2014

erti

Kita tidak jangka sesuatu yang kita tidak suka akan berlaku dan terjadi dalam hidup kita. Dan seharusnya kita tidak suka sesuatu ini berlaku di mana kita sedang alaminya. Ini lumrah, lumrah yang buat kita sentiasa bersedia untuk hadapi semua ketidaksukaan ini. Kita tidak sentiasa senang, dan tidak sentiasa susah. Bila kita perlu, tak semua ada. Tak semua kita dapat untuk kita gelak, ketawa, menangis, sedih, gaduh, berkelahi dan sebagainya. Adakah ini buat kita matang? Matang dalam fikiran, matang dalam perbuatan, matang dalam kehidupan, matang dalam pekerjaan. Ini semua bergantung bagaimana kita hadapinya, dan bagaimana kita melaluinya.

Dia ada untuk kita. Tapi tak semua orang akan dekat pada-Nya bila kita senang. Dan kita selalu mencariNya bila kita buntu, bila kita duduk bersendiri di penjuru dinding, memeluk tubuh yang tiada siapa kisah keadaannya. Ini fitrah, yang buat kita sedar siapa diri kita sebenarnya. Kita berdiri dan duduk. Kita ada perbezaan walau sebenarnya kita sama dari setiap pandangan manusia. Tapi kadang kita sendiri yang letak perbezaan tersebut yang buat kita jauh ke belakang. Jauh..

Kadang kita fikir kita mahukan yang dulu, yang dulu yang tidak akan berlaku lagi, yang tidak akan kita dapat lalui sekali lagi. Walaupun yang dulu itulah yang buat kita rasa lebih senang, lebih bersemangat, lebih matang, lebih memerlukan. Walaubagaimanapun, apa yang kita tinggalkan itu akan buat kita ke depan, jauh ke depan meninggalkan segala rasa dan kesukaan kita dahulu. Dalam ruang dunia selebar yang satu, tidak kira apa yang bakal dan akan kita hadapi, kita masih lagi diri sendiri, bukan sesiapa.

Kita akan mengerti erti hidup sebenar..

Sabtu,
12:57 pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan