Isnin, 31 Disember 2012

maafkan aku di tahun baru

Bismillah..

Bermacam cerita yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Bermacam - macam genre telah melodi-kan hidup aku tanpa sedar, tanpa aku izinkan. Semuanya mengukuhkan lagi kedudukan aku sebagai manusia yang matang. Matang untuk berfikir, matang untuk membuat keputusan, matang untuk berkata - kata dan matang dalam segala - galanya. Hingga sampai satu masa, aku hampir berputus asa, dan AKU cuba menepuk bahuku, mengurut dadaku, dan menenangkan akal fikiranku yang serabut dek punca aku mahu berputus asa. Terima kasih AKU kerana sentiasa ada bersamaku, walaupun kau jauh di dalam sana.

Aku berjalan, jatuh dan bangun. Itu sudah menjadi darah daging aku sepanjang aku bernafas di sini. Habuk, asap, bakteria, semua telah aku sedut dan berkepul - kepul dalam sangkar ini. Ada yang bisa menjadi teman, dan ada yang mampu menjadi lawan. Bila aku berjalan, dengan bangganya aku menepis semua yang ada di kiri kananku. Menganggap akulah yang terbaik dan kenapa semua harus menghalang aku mengejar impian yang tidak pasti. Biarlah tidak pasti, yang penting aku sentiasa berusaha untuk mengejar. Tanpa sedar aku terjatuh ke dalam lubang yang besar, lubang yang tiada penghujungnya, gelap, menyeramkan, dan menakutkan. Tiada siapa yang mampu menarik aku kembali, kecuali Kau Tuhanku, dengan menarik nyawaku. Tiada lagi aku di sini.

Bila aku bangun, aku bangun dengan bunyi tulang temulang yang sudah reput, dengan malasnya aku gagahkan diri untuk berdiri, tanpa bantuan tangan - tangan yang cuba menghulur mendapatkan aku. Aku berdiri dan memandang ke hadapan, jauh. Tiada siapa yang menunggu aku di sana, hanya Kau Tuhanku, yang mampu menarik nyawaku. Semuanya berulang - ulang. Hanya aku saja yang menceritakan segalanya, dengan kamu - kamu semua menjadi ranting - ranting dan dedaunan yang mengukuhkan jalannya. Tiada kamu, terbaringlah aku di bawah sana ditemani kegelapan dan juga syaitan. Aku sentiasa sabar menghadapi semua ini, kerna aku tahu sabar itu kunci kepada semua impian yang tidak pasti itu.

Di penghujung dua ribu dua belas ini, aku tamatkan dengan berseorangan di bilik yang panas ini, tanpa sesiapa kecuali semut - semut yang mundar mandir di hadapan aku. Sesekali aku menepuk 'mereka - mereka' di lantai hingga tidak bernyawa. Kejam! Apa pun, aku tidak pernah sambut tahun baru, dan aku takde nafsu langsung untuk sambut.

Maafkan aku untuk semuanya, semoga hati kau terbuka untuk aku.

Bye.

Bismillah,
10:41pm

sibuk

Sejak mengenali dirimu, aku temu kesibukan baru.
Sibuk memikirkan dirimu.

Ya, kamu.


S.R,
7:38pm

Khamis, 6 September 2012

sebenar-nya

I'm a THIRD person,







actually...



and


finally.

Out of mood,
2:55pm

Ahad, 2 September 2012

tiada

Tiada yang kurang,
dan tidak akan kurang,
itu pasti,
hanya yang lebih,
dan melebihi,
dari apa yang ada,
itu juga pasti,
tiada yang lupa,
dan tidak akan lupa,
pasti,
ini jika,
pegang pada satu janji.

Salam rindu,
2:53am

Khamis, 30 Ogos 2012

don't rush


Credit to : Russ Von Hoelscher

Khamis,
5:00pm

kertas

Kita boleh menulis apa yang terpendam dalam hati kita seberapa banyak yang kita mahu di atas sehelai kertas. Mengulangi menulis benda yang sama seberapa banyak yang kita mahu, dengan sehelai kertas, dua helai kertas, tiga helai kertas, berpuluh - puluh helai kertas, ratusan helai kertas, mahupun beribu atau berjuta. Tapi, apa yang terhasil cuma perkataan yang sama, dengan ayat yang sama, diulang banyak kali. Tanpa pernah rasa penat dan bosan. Kerna cuma itu yang mampu kita lakukan, cuma kita saja yang tahu apa yang kita tulis, dan itulah yang kita rasa. Perkataan - perkataan itulah yang menemani kita sepanjang hari, yang memberi kita semangat untuk meneruskan perjuangan tanpa kita tahu apa penghujungnya, apa kesudahannya. Tapi sampai bila harus hanya kita seorang saja yang tahu?

Kita bukan takut, tapi kita lebih daripada takut. Mungkin...

Mungkin bila kita terjemahkan apa yang kita tulis helai demi helai itu kepada bentul vokal, akan mengalami satu perubahan yang ketara, yang tidak memberi impak positif kepada kita, dan mungkin diakhiri dengan nokhtah. Seterusnya, keceriaan yang selama ini telah kita wujudkan, berubah menjadi satu melodi tanpa suara. Sedikit demi sedikit akan hilang cahaya yang telah kita cari selama ini. Jika diteruskan, mustahil ia akan kembali seperti sebelum ini. Tiada lagi suara - suara yang selalu didengari, tanpa hiruk pikuk keadaan yang kita wujudkan. Mungkin...

Ini risiko.

Jadi,

kesimpulannya...

lebih baik kita teruskan dengan mengambil helaian baru, dan teruskan menulis benda yang sama seberapa lama yang kita mampu. Tanpa siapa ketahui, tanpa siapa peduli, hanya kita sendiri yang tahu, dan memahami.

Kita lari dari risiko.

Mungkin aku kata..

11 Syawal,
12:41am

Isnin, 27 Ogos 2012

kenapa?

Kita memerlukan air untuk hidup, dengan itu badan kita dipenuhi dengan air. Bagi lelaki peratusan air yang diperlukan adalah 65%, manakala perempuan pula adalah 55%. Tapi, kenapa bila kita terluka, darah merah pekat mengalir keluar? Kenapa tidak air?

Begitu juga dengan hati kita. Dalam hati kita ada darah, merah dan pekat. Tapi, kenapa bila ia terluka, air mata yang mengalir keluar? Mengapa?

Tiada jawapan.

9 Syawal,
4:54pm

Ahad, 26 Ogos 2012

orang kata

Orang kata,


batu pun boleh berlubang kalau kena titik dengan air lama-lama.

Bye.

8 Syawal,
3:32am

Khamis, 23 Ogos 2012

mustahil-kah?

Pungguk rindukan bulan,
kucing takkan bertanduk,
air takkan putus,
menunggu buah tak jatuh?
takkan jatuh,
takkan jatuh jika itu halnya.

Bulan?
Tunggulah,
tunggulah selama mungkin,
jika bertahan.

Manakan datang tanduknya?
Mana?
Kita bukan ahli sihir,
yang punya kuasa syaitan untuk menipu.

Sekuat si gagah,
takkan mampu putuskan air mengalir,
melimpah itu mungkin.

Buah akan jatuh,
tapi bila?
Tahukah kita yang sudah tertulis?
Jika tidak jatuh,
lamalah duduk di situ,
sampai disumpah menjadi batu.

Jadi,
teruskan saja,
atau...

Burung hantu,
12:07am

Selasa, 21 Ogos 2012

alhamdulillah

Alhamdulillah.

Semuanya berjalan dengan lancar hari ini,
tiada kesulitan,
tiada kejahatan,
tiada kekusutan,
hanya kebaikan,
dan limpah kurniaNYA.

Segalanya dipermudahkan olehNYA.

Semoga sentiasa diberkati apa yang dirancang hari ini,
dan hari - hari seterusnya.

InsyaAllah.

Amin.

3 Syawal.

Amin,
6:21pm