Selasa, 29 Jun 2010

aku

Susah selagi aku berkata susah. Ingin aku mudahkan apa itu susah. Berjalan mengiring susah. Berjalan ke belakang susah. Semua susah. Apa yang senang? Tidak ada yang senang. Senang itu ada di sebalik kesusahan. Mencuri jugak susah. Tapi kenapa mereka mencuri? Sebab mereka ingin hidup senang dengan cepat dan sebab mereka bodoh tak berakal.

Aku seperti mula merangkak seperti aku mula - mula kenal dunia ini. Bertanya sana sini, melihat sana sini. Berfikir aku berkali - kali. Siapa memandang, aku menjeling. Aku tidak suka diperlakukan begitu. Apa lagi yang aku mahukan. Sudah aku ke depan memimpin jalan yang panjang, yang berliku. Ke belakang sudah tidak perlu aku fikirkan. Persetankan apa yang jahanam yang telah aku tinggalkan.

Mata aku melihat, mulut aku berkata, telinga aku mendengar. Kaki aku menyepak segala hasutan, segala sampah - sampah yang menyusahkan. Tangan aku menepis segala tempias - tempias mulut berair liur yang bisa berkata celaka. Bijak mereka bermain muka, bijak aku berkaki di muka.

Biarlah kita menjadi kita.

Hidup mencari satu,
8:54 pm

Khamis, 24 Jun 2010

manusia

Bila angin bertiup,
aku menerima,
bila panas menjelma,
aku bermuka,
bila sejuk menyelubungi,
aku menggigil,
bila sial datang menyapa,
aku mengeluh,
aku melawan,
inginkan aku di bawahnya,
meludah aku,
memijak aku,
pandangan hina pada matanya,
aku hanya memeluk tubuh,
dihenyak si celaka yang berkuasakan segenggam tangan,
apa yang di cari si bangsat itu?
kekuasaan firaunkah?
hmmmmmmm...
tolonglah,
angin tolonglah aku,
kau tunjukkanlah kuasa kau pada si celaka itu,
kau cuci otaknya,
sedangkan aku semakin layu di bawah tapak kakinya,
ingin mati di situ,
ingin lenyap di situ,
akhirnya tidak bernyawa aku lagi,
dan si celaka itu bebas dengan bongkaknya,
tanpa ada kaki yang cuba untuk mematahkannya.

Manusia..

Panas malam ini,
8:38 pm

Ahad, 20 Jun 2010

awan hitam itu mungkin petanda

Lama sudah tidak aku berkata - kata,
bikin panas melihat mereka,
bijak sangat katanya,
senyum melebar tanda berjaya,
ingat orang suka,
piiiirah mampos,
aku bukan ke kanan dan aku bukan ke kiri,
aku hanya ke depan melihat rasa,
awan hitam itu mungkin petanda,
langit cerah itu mungkin suka,
tanah dipijak itu diri kita,
hilangkan segala petanda kejahatan.

Aku kekurangan idea sekarang selepas sekian lama aku menjauhkan diri dari blog aku ni.
Beku dan kaku.

Rokok dah naik harga.
10.00 pm

Khamis, 17 Jun 2010

ini mereka, itu mereka

Kacau jiwa kacau,
sakit kepala otak,
tengok depan sakit mata,
pikul barang sengal bahu,
sepak batu meraung la,
genggam tangan bagi penumbuk,
semua yang dibuat tak kena,
aku benci yang bersuara,
tangan, kaki, mulut, badan,
semua dikawal dengan sialnya,
rezeki diroboh,
rezeki diroboh?
korang tau ke?
aku tau,
semua orang tau,
menangis, marah,
itu kesan selepasnya,
apa mereka selepas ini?
jangan ikut jejak Israel,
mereka kejam,
mereka zalim,
mereka adalah mereka,
kita tetap kita,
angkat tangan tunjuk ke depan.

Penat segalanya yang dipikul.

Merlimau,
12:56 pm

Ahad, 2 Mei 2010

bermain kata dengan kelongsong jahanam

Enakkah menjadi mangsa?
Sukakah kita?
Inginkah kita
Apa sebabnya?
Siapa mereka ingin melepaskan kelongsong berisi itu?
Siapa dia yang merasai kelongsong sial itu?
Berapa umur dia?
Apa kesalahan dia?
Tinggi sangatkah kuasa mereka yang menarik picu itu?
Itukah kuasa mereka?
Itukah yang ada di bahu mereka?
Di mana otak mereka?
Salahkah budak itu?
Apa alasan mereka?
Adakah hanya kerana itu?
Kenapa mereka di kejar?
Kejarlah peragut jahanam itu.
Kejarlah si rempit bajingan itu.
Kejarlah perogol - perogol celaka itu.
Kejarlah mereka - mereka yang tiada permit itu.
Kejarlah penyangak - penyangak bangsat yang berkeliaran itu.
Kejarlah sampah - sampah yang bijak berkata - kata itu.
Berani kamu kejar sampah - sampah itu?
Berani kamu dengan budak hingusan.
Takut kamu dengan sampah - sampah si manis kata itu,
Huh !
Apa sudah jadi sekarang?
Air mata itu sudah jadi milik mereka.
Air mata itu yang menjadi pengubatnya.
Kerana kamu berkuasa sekali.
Kerana kamu hebat sekali.
Kerana kamu bongkak sekali.
Hanya mengharapkan keadilan yang adil.
Keadilan yang tidak dijualbeli.
Keadilan yang tidak hanya pada nama.
Kau belalah mereka.

Celaka!

Al-Fatihah kepada mangsa.

Kelongsong yang tidak bernyawa.
2:10 am

Sabtu, 1 Mei 2010

shit!

Pengaruh yang mempengaruhi,
bajingan!

Pesona yang mematikan.
2:16 am

Selasa, 20 April 2010

berikan aku sebuah cerita

Cuaca yang sejuk membuat aku turut sejuk,
menghilangkan segala rasa panas dalam diri,
duduk terkurung dan terperuk dalam segi empat berisi ini,
terperangkap aku seketika dengan imaginasi duniawi,
bermundar - mandir mengutip idea yang tercicir,
sekejap memeluk tubuh,
sekejap mengeluh rasa,
kedengaran bintang di surga,
membuat aku alpa dengan siulan itu,
berulang - ulang kali ia membunyikan rasa,
tanpa siapa cuba menokhtahkannya,
bermula dan berakhir,
dan bermula semula,
hanya satu cerita,
siapa aku sekarang,
hanya aku yang tahu,
tidak ada siapa - siapa,
di sini aku duduk dengan dihembus kesejukan,
melewati hujan yang sudah lama berhenti,
meninggalkan kesan pada suhu malam,
dingin sekali,
berikanlah aku sebuah cerita yang sempurna,
dan cahaya yang nyata.

Terbangkan anganku jauh.

Sejuk dihembus.
11:40 pm

Ahad, 11 April 2010

bulan

Hujan petang ini,
lebat sekali walau seketika,
menghujani dengan ribuan pertanyaan,
menadah aku menahan persoalan,
bosan aku begini,
penat aku begini,
sendiri aku begini,
bila aku begitu?
dentuman guruh dan kilat yang bergema,
membuat aku tersentak seketika,
mensyukuri segala nikmat pemberianNya,
senyap segalanya senyap,
aku ingin bising,
aku ingin bingit,
aku ingin bergema telinga ini,
aku ingin berbual mulut ini,
sepi dan sendiri aku benci,
seperti awan mendung aku sendiri,
biarpun cahaya bulan menerangi,
disebalik awan gelap tidak menembusi,
aku hanya termenung melihat bulan,
walaupun di balik awan gelap,
aku tetap melihat bulan,
biarpun aku tiada jawapan untuk setiap pertanyaannya,
biarlah persoalan itu kekal begitu,
mungkin aku boleh mencatit sesuatu tentang kau bulan,
hadir kau setiap malam,
menemani siapa yang inginkan kau,
berbicara soal hati,
soal diri yang begitu lemah,
berbicara tentang apa saja,
tapi apa yang boleh kau lakukan,
kau hanya boleh melihat,
boleh menerangi,
tidak untuk berkata - kata,
kau hanya teman di kala sunyi,
kau juga membuat mereka tersenyum,
aku juga tersenyum,
semua tersenyum,
ingin aku tidur ditemani engkau,
hingga lenaku disapa sang mentari.


Di mana jawapan itu?
8:13 pm

waktu jagaku

Dingin pagi ini,
tidak berbaju aku juga,
cuba menahan kesejukan masa,
dengan mata yang masih membulat,
kaki yang sentiasa tergaru - garu sendiri,
dengungan nyamuk yang kelaparan,
perut yang berbunyi aneh,
tekak yang tersekat - sekat,
sesekali menguap seluas - luasnya,
apa saja yang aku lakukan,
membuang masa tidurku di depan papan empat segi ini,
menggaru sana - sini,
sudah pasti terangku nanti dipenuhi dengan 'kerja',
dengan riuh rendah di luar sana ketika ini,
jerit pekik suara mereka,
tanda sokongan kononnya,
sokongan apa waktu - waktu begini?
menghalang rasa mengantukku untuk hadir,
makin membulat jadinya,
makin malas rasanya,
dan makin penghujung entrinya,
cubalah aku untuk tidur.

Mimpilah yang indah - indah.
5:41 am

mahu bicara tentang apa?

Mahu bicara tentang apa malam ini?
tentang hati yang sudah terluka?
tidak,
yang terluka itu akan pulih asalnya,
bicara tentang hati yang bersendirian?
tidak,
aku sombong tentang hati ketika ini,
sudah aku sangkarkan sementara,
bicaralah tentang hal - hal lain,
tentang siapa?
tentang dia yang akan berjalan di depanku?
ada sesiapakah yang ingin telapakkan kakinya di depan aku?
siapa dia empunya senyuman itu?
di awangan sepertinya,
ingin terbang rasanya,
tapi tidak berkemampuan aku untuk terbang,
aaarrrggghhhhhh...
itu cuma mainan syaitan laknat,
cuba untuk menjadikan aku teman kotornya,
menjilat najisnya,
kau tiada tempat di sini,
siapa pun dia,
akan aku cuba buka mata ini,
dan melihat dengan terang,
walaupun gelap tidak bercahaya,
tidak berarah,
kompas yang ada akan aku halakan ke utara,
kerna itu kebenarannya,
hingga aku sampai ke titik nokhtahnya,
mahu bicara tentang apa malam ini?
sudah aku bicarakan tentang apa.

Aku mengarut lagi mungkin.
3:17 am