Jumaat, 3 Mei 2013

tergendala

Siaran tergendala,
mungkin lebih lama.

Jumaat,
6:30 pm

beza

Tidak pasti apa yang aku rasa sekarang adalah benar atau tidak. Kenapa tidak seperti dulu? Ke mana pergi semuanya? Ke mana menghilang? Aku cari, tapi tak jumpa. Berbeza, memang berbeza.

Hmm..

Jumaat,
6:00 pm

plastik

Sudah aku jelmakan sebelum ini, jika lama aku pinggirkan, makin berkeraklah ia, makin bersawanglah ia. Tiada berteman, tiada perubahan. Ini kali aku pegang, dan ini kali mungkin terkahir sebelum tiba itu kali. Ahh, apa aku mengarut la sial.

Sebenarnya,

aku bosan dengan situasi ini, plastik yang semakin tebal, kosmetik palsu yang dibeli di Petaling Street. Tidak mampu menutup kecacatan diri yang jilaka bagi aku. Ini semua plastik, tidak aku nampak materialistiknya. Mungkin itu kelebihan yang ada. Dua perkara itu juga 'kelebihan', yang mampu membuat sesiapa sahaja rasa geli geliman dengan bau-bauan yang disebarkan. Mungkin ia seperti ahli-ahli politik yang menggunakan 'imej' yang tebal di sepanjang PRU kali ini. Ini kalilah!

Bila ia akan berakhir?
Harinya akan tiba dengan kemaluannya.

Jumaat,
5:56 pm

Isnin, 18 Mac 2013

kusut

Kusut,

kusut memikirkan cerita - cerita yang ada di sekelilingku,
mahu diabaikan rasa sayang,
mahu dipeduli rasa gampang,
haihh..

Bila agaknya mahu rasa bahagia,
biar hanya seketika,
kusut semuanya kusut,
rasa mahu digenggam otak ini,
dan dicampak ke lautan dalam,
biar aku kosong sepanjang masa,
tanpa fikiran,
yang buat aku berfikir setiap masa.

Sudahlah,
aku kusut.

Sial,
10:53 pm

Sabtu, 5 Januari 2013

empat satu

Selamat Hari Lahir,
empat satu ini hari kamu,
cuma aku terlewat sehari untuk di sini,
namun aku masih terawal.

Semoga impian dapat dirasa,
dan dilalui,
dengan senyuman.

Ingat kata - kata itu.

Kau,
1:15am

Selasa, 1 Januari 2013

hari pertama

Hari pertama di tahun dua ribu tiga belas, bermula seperti biasa. Tiada beza dengan hari - hari sebelumnya. Bangun, minum, makan dan melewati dunia. Tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan di-kurung dalam bilik ini untuk berhadapan dengan mimpi.

Semoga tahun ini, aku akan lebih matang dalam apa saja yang aku lakukan dan berusaha mencapai apa yang aku impikan.

Mimpi itu kadang - kadang akan menjadi kenyataan.

Mimpi,
11:58am

Isnin, 31 Disember 2012

maafkan aku di tahun baru

Bismillah..

Bermacam cerita yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Bermacam - macam genre telah melodi-kan hidup aku tanpa sedar, tanpa aku izinkan. Semuanya mengukuhkan lagi kedudukan aku sebagai manusia yang matang. Matang untuk berfikir, matang untuk membuat keputusan, matang untuk berkata - kata dan matang dalam segala - galanya. Hingga sampai satu masa, aku hampir berputus asa, dan AKU cuba menepuk bahuku, mengurut dadaku, dan menenangkan akal fikiranku yang serabut dek punca aku mahu berputus asa. Terima kasih AKU kerana sentiasa ada bersamaku, walaupun kau jauh di dalam sana.

Aku berjalan, jatuh dan bangun. Itu sudah menjadi darah daging aku sepanjang aku bernafas di sini. Habuk, asap, bakteria, semua telah aku sedut dan berkepul - kepul dalam sangkar ini. Ada yang bisa menjadi teman, dan ada yang mampu menjadi lawan. Bila aku berjalan, dengan bangganya aku menepis semua yang ada di kiri kananku. Menganggap akulah yang terbaik dan kenapa semua harus menghalang aku mengejar impian yang tidak pasti. Biarlah tidak pasti, yang penting aku sentiasa berusaha untuk mengejar. Tanpa sedar aku terjatuh ke dalam lubang yang besar, lubang yang tiada penghujungnya, gelap, menyeramkan, dan menakutkan. Tiada siapa yang mampu menarik aku kembali, kecuali Kau Tuhanku, dengan menarik nyawaku. Tiada lagi aku di sini.

Bila aku bangun, aku bangun dengan bunyi tulang temulang yang sudah reput, dengan malasnya aku gagahkan diri untuk berdiri, tanpa bantuan tangan - tangan yang cuba menghulur mendapatkan aku. Aku berdiri dan memandang ke hadapan, jauh. Tiada siapa yang menunggu aku di sana, hanya Kau Tuhanku, yang mampu menarik nyawaku. Semuanya berulang - ulang. Hanya aku saja yang menceritakan segalanya, dengan kamu - kamu semua menjadi ranting - ranting dan dedaunan yang mengukuhkan jalannya. Tiada kamu, terbaringlah aku di bawah sana ditemani kegelapan dan juga syaitan. Aku sentiasa sabar menghadapi semua ini, kerna aku tahu sabar itu kunci kepada semua impian yang tidak pasti itu.

Di penghujung dua ribu dua belas ini, aku tamatkan dengan berseorangan di bilik yang panas ini, tanpa sesiapa kecuali semut - semut yang mundar mandir di hadapan aku. Sesekali aku menepuk 'mereka - mereka' di lantai hingga tidak bernyawa. Kejam! Apa pun, aku tidak pernah sambut tahun baru, dan aku takde nafsu langsung untuk sambut.

Maafkan aku untuk semuanya, semoga hati kau terbuka untuk aku.

Bye.

Bismillah,
10:41pm

sibuk

Sejak mengenali dirimu, aku temu kesibukan baru.
Sibuk memikirkan dirimu.

Ya, kamu.


S.R,
7:38pm

Khamis, 6 September 2012

sebenar-nya

I'm a THIRD person,







actually...



and


finally.

Out of mood,
2:55pm

Ahad, 2 September 2012

tiada

Tiada yang kurang,
dan tidak akan kurang,
itu pasti,
hanya yang lebih,
dan melebihi,
dari apa yang ada,
itu juga pasti,
tiada yang lupa,
dan tidak akan lupa,
pasti,
ini jika,
pegang pada satu janji.

Salam rindu,
2:53am