Jumaat, 9 Disember 2011

bodoh

Kerugian aku adalah,
bila aku tidak menterjemahkan apa - apa perihal cinta pada kau,
kerugian aku adalah,
bila aku mensia - siakan setiap lafaz yang kau ucapkan,
lontaran kata - kata kau yang acapkali buat aku bisu dan pekak,
kerap kali aku mati bila kau bersuara,
apa yang mampu aku katakan hanyalah senyuman,
dan kadang kala kau bosan dengan kerenah aku,
tapi kau tidak pernah melepaskan aku,
kerna aku tahu kita kuat,
sekuat kita,
aku masih tidak mampu untuk mendefinisikan apa yang kau mahu,
apa kehendak kau,
apa kemahuan kau,
aku semakin bisu bila tiba waktunya aku bersuara,
hingga klimaksnya kau pergi begitu saja,
mugnkin sudah masa kau meninggalkan si bodoh ini,
apa yang mampu aku lakukan hanyalah diam,
bisu sehingga tiada terjumpa jawaban,
di sini aku yang menangisi,
mungkin kau lebih menangisi,
aku mohon maaf,
atas kebodohan aku selama ini,
kau layak meninggalkan aku,
terima kasih.

Puisi ni takde kena mengena dengan aku. Tiba - tiba dapat idea nak buat entri macam ni. Aku tahu laras bahasa aku tak seindah puisi - puisi indah di luar sana. Maafkan saja ya.

Jumaat,
4:27pm

Sabtu, 19 November 2011

oblongata

Aku takde idea malam ni sebab keberatan mata, kemalasan oblongata.

Selamat mimpi yang indah - indah.

Malas,
12:33am

Jumaat, 18 November 2011

kejuruteraan

Banyak yang aku nak ceritakan untuk entri kali ini. Banyak yang aku nak kongsikan, banyak yang aku nak semburkan. Banyak sangat. Banyak sangat sampai aku tak mampu nak lemparkan semuanya. Semuanya yang buat aku gembira tak terkata, yang buat aku gampang tak terhingga, hingga hampir membuat aku menjadi bangsat sekali. Nasib baik tidak. Kalau tak, celakalah aku di sini dalam botol yang mencucuk - cucuk aku. Hingga ke tulang sepertinya. Tangan aku masih leka ke sana sini menekan - nekan hingga keterlekaan aku lupa untuk kencing, sedangkan pundi kencing aku sudah hampir mencapai tahap maksima kebertahanannya. Oh, aku tidak tahu fizik. Memang takde kena mengena, sebab aku sedang menggila dan hampir gila. Oh, sudah. Aku sudah buang sampah di luar tingkap. Meja aku kemas sekali lihatnya. Aku terdengar suara orang menjerit di bawah. Gila gamaknya menjerit tengah - tengah malam. Aku tidak tahu kenapa. Takde kena mengena dengan aku. Aku tak buat apa - apa. Hari ni aku taknak melompat sebab sakit kalau jatuh. Kbai.

Memang takde kena mengena pun.
Aku di engineering,
1:04am

Khamis, 17 November 2011

lompat si katak lompat

Sebelum aku tidur malam ini, aku nak melompat dari satu katil ke satu katil. Mungkin bila aku terjatuh disebabkan kebodohan aku, aku terus terlena di tempat aku terjatuh. Lebih selesa rasanya. Biar aku bangun dengan kesakitan yang aku cipta sendiri. Apalah sangat jatuh akibat melompat jika mahu dibandingkan jatuh akibat berjalan. Jatuh ketika berjalan boleh buat aku terus terduduk selama mana mungkin. Mungkin di masa hadapan akan ada sebuah tunggul mati di situ, dan orang akan mengingati kewujudan tunggul itu. Eh, apa aku mengarut ni.

Okay, aku taknak terjatuh lagi. Tapi aku nak melompat. Kejap, aku nak berak.

Oh,
1:33am

puteri salju

Oh.

Teringat pada puteri salju. Gadis yang hilang begitu saja setahun yang lalu. Oh, aku angau ketika itu. Aku gila di masa itu. Diberinya cinta, ditinggalnya aku sampah. Sekelip mata, terjadinya magis. Aku gagal dengan magis itu. Terduduk aku, terdiam aku satu masa. Mungkin aku menangis dalam terduduk itu. Aku lupa. Mana dia berdiri sekarang.

Biarkan. Oh, aku berkata - kata.

Aku sebelah tingkap,
12:46am

Rabu, 16 November 2011

dosa

Dia yang celaka cuba beraksi ghairah dengan aku. Oh tidak, aku tidak rela dinafsukan sebegitu. Aku bukan tubuhnya, dan dia bukan dakapku. Baru bersalam muka di buku sudah menarik tangan. Sudah mengangkang lagak seorang pelacur. Memang murahan gayanya. Oh, satu warna sana sini. Butakan saja sudah.

Jangan.

Aku hanya ada sekelumit akhirat,
tapi aku juga ada seluas dosa.

Ampunkan aku.

Dosa,
9:59pm

botol petang

sejuk,
beku,
terpana,
terpaku,
kaku,
bernafsu,
lesu.

Petang,
5:21pm

aku bukan tuhan

Tidak enak rasanya pabila aku katakan aku menjadi pujaan. Kerna aku bukanlah untuk dipuja atau disembah. Aku bukannya idola atau simbol seks untuk dijadikan tempat gadis - gadis menagih kasih, menagih pertolongan dan juga menagih nafsu dunia. Aku bukan Tuhan untuk memuaskan nafsu kebodohan manusia yang tidak pernah pupus sedari umurnya sebesar jari kelingking, yang kini jari - jari itu bisa berkata apa saja yang tidak terhapus dosa. Aku bukan untuk dipuja, diserakah nafsu, ditempiaskan dosa dari tubuh - tubuh rakus bermain cinta dan melampiaskan mani keluar dengan berjutanya. Aku bukan Tuhan untuk menjatuhkan hukum dan mandatori. Aku bukan Tuhan untuk menghalang cinta - cinta rapuh yang tidak berusia itu. Aku bukan untuk dipuja. Aku hanya hamba yang bodoh dan hina.

Aku hamba,
2:28am

Khamis, 27 Oktober 2011

kebangsatan FAM

Bola sepak Malaysia sekarang kecoh dengan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 yang melambung dari RM30 untuk final tahun lepas kepada RM50 untuk final tahun ini. Apakah kerberkesanan kenaikan harga tiket yang mendadak semenjak 2, 3 bulan ini? Aku naik hairan dengan perangai bodoh FAM sejak kebelakangan ni, walaupun sifat bodoh FAM sudah diketahui sejak dulu lagi. Alasan kenaikan harga tiket adalah untuk penyelenggaraan stadium yang dah macam sawah padi, pembayaran pengadil dan untuk diagih - agihkan kepada persatuan bola sepak negeri. Itu satu alasan yang sangat bangang oleh SI MIDIN. Ke mana pergi duit tajaan astro yang berjuta - juta tu? Ke mana income hasil perlawanan - perlawanan sarkas dengan 3 barua EPL hari tu? Habis buat beli perabot baru untuk wisma FAM kot. Aku tengok wisma tu macam takde perubahan jer. Friendly dengan Nepal pun FAM letak harga RM30, untuk game yang takde apa - apa makna tu. Kebodohan FAM tidak pandai mencari perlawanan - perlawanan kelas A yang dapat memberi kesan pada ranking FIFA.

Dua hari sebelum ni, penjualan tiket sangat merosot kerana penyokong kedua - dua negeri memboikot penjualan tiket tersebut yang berharga RM50. Masing - masing ada pendirian untuk tidak membeli tiket tersebut. Masing - masing benci pada kebodohan dan kebangangan FAM. Tapi bagi pihak Terengganu pulak, kerajaan negeri telah menggunakan duit subsidi rakyat sebanyak 50% dengan mengurangkan harga tiket kepada RM25. Ingat!! Duit subsidi rakyat untuk rakyat. Tapi itu yang terjadi di sana. Dengan rela hati dan terima kasihnya pada kerajaan negeri, rakyat - rakyat Terengganu ni datang ke stadium untuk membeli tiket di mana dalam masa yang sama barua - barua FAM tersenyum puas kerana permainan mereka telah berjaya. Penyokong - penyokong yang sebelumnya berkeras hati memboikot perlawanan melutut berterima kasih pada kerajaan negeri dan FAM berdiri bercekak pinggang dengan rasa bangga. Pendirian mereka hilang dalam sekelip mata. Begitu jugak yang terjadi di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), di Paroi. Masing - masing tunduk melutut apabila dihulur dedak, pedigree dan friskiss oleh kerajaan negeri. Maruah diri senang dijual beli dalam sekelip mata oleh golongan kapitalis yang tiada hati perut. Aku tidak salahkan pembeli - pembeli tiket ni, mereka ada hak mereka masing - masing. Tapi tidakkah mereka sedar separuh daripada duit tiket tu adalah duit subsidi rakyat. Duit yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan negeri & kepentingan rakyat di negeri. Bukan untuk kepentingan poket FAM. Janganlah disebabkan alasan bodoh yang midin bagi tu kerajaan negeri senang - senang keluar duit bagi pada FAM.

Bola sepak Malaysia sudah nampak perkembangannya sejak Harimau Malaya mencipta nama di pentas antarabangsa pada tahun 2009. Ini adalah hasil titik peluh pemain - pemain itu sendiri, bukan usaha kapitalis - kapitalis dalam persatuan. Dalam masa yang sama FAM jugak menunjukkan perkembangan dan peningkatan dalam merompak duit rakyat. Stadium pun semakin didatangi peminat - peminat bola sepak tempatan. Stadium semakin bergema dengan sokongan penyokong - penyokong yang semakin sayang dengan pasukan mereka. Kesetiaan mereka tidak berbelah bahagi demi kejayaan pasukan. Tapi, dengan kesetiaan inilah FAM cuba untuk merompak duit mereka. Ini kerana FAM pasti walau berapa mahal harga tiket yang diletakkan, penyokong - penyokong akan tetap membelinya kerana tidak ada jalan lain lagi untuk melihat pasukan mereka bermain kecuali lihat di TV. Bagi penyokong - penyokong yang sudah sebati dengan keadaan di stadium mereka akan anggap itu adalah satu perkara bodoh yang FAM pernah lakukan. Tiket semahal itu akan menyebabkan penyokong - penyokong setia akan memberontak untuk menentang FAM (walaupun kita tahu dari dulu lagi ramai yang menentang FAM). Bagi penyokong - penyokong yang baru mula berjinak - jinak untuk hadir ke stadium, ini akan menyebabkan mereka hilang minat untuk ke stadium. FAM akan membunuh semangat mereka pada pasukan. FAM pembunuh!!!

Jadi, untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 nanti tidak mustahil akan ada golongan - golongan tegar bola sepak akan memboikot perlawanan tersebut. Apa yang aku dengar akan ada usaha memboikot, dan aku sendiri akan menjadi salah seorang daripada mereka. Apa yang perlu aku katakan adalah RESPECT dengan pendirian yang kami pegang. Maruah kami tidak mudah dijual beli seperti sesetengah orang tu.

Akhir kata, terima kasih FAM dengan permainan BANGSAT korang. Penyokong - penyokong berjaya melutut di hadapan korang. Salam jari tengah dari aku, pencinta bola sepak MALAYSIA.

FAM : Football Association of Money.

"Tiba - tiba aku mengamuk disebabkan kebodohan FAM bermain mani"

Bangsat,
12:19pm

Jumaat, 7 Oktober 2011

gari

Tak semua yang kita lakukan orang suka, begitu jugak apa yang kita katakan. Walaupun usia kita saban tahun kian bertambah dan kita semakin meninggalkan jauh usia kanak - kanak kita. Kita sudah remaja dan dewasa, jadi tidak perlu rasanya mempersoalkan terlalu banyak apa yang kita cuba lakukan. Kerna kita tahu kita sudah matang untuk membuat sebarang keputusan hidup demi mencari apa yang kita idamkan. Tiada lagi gari yang patut merantai kita.

Kita sudah besar, apa lagi yang nak dipersoalkan?

Hidup tak semua indah,
12:41pm