Jumaat, 5 Ogos 2011

benarkan aku

Malas sudah aku mahu memikirkan hal - hal yang berlaku, di mana hal ini boleh membangkitkan rasa amarah dalam diri walaupun tidak ketahuan oleh manusia lain. Dianggapnya bijak, walaupun aku percaya ia adalah satu tindakan paling bodoh pernah dilakukan, sama ada dengan sedar atau pun tanpa sedar. Tapi apakan daya aku masih jugak mahu memikirkan tentang hal - hal yang aku anggap penting itu. Gadis? Bukan hal gadis sama sekali. Aku tidak enak mahu memikirkan hal gadis yang bisa mengkucar - kacirkan otak dan benak aku ini. Aku lebih rela berjalan dengan menggunakan dua kaki yang masih gagah ini. Apa yang cuba dimainkan sebenarnya? Merangkak, berjalan atau pun berlari? Aku fikirkan sudah penuh otaknya, tapi bisa jugak masih belum. Mungkin kebodohan yang disimpannya yang menggagalkan segala cara. Aku berdoa saja agar semuanya berubah demi satu darah yang dijiwai oleh semua.

Pasal gadis tadi, ya aku malas rasanya. Apa yang bisa aku coretkan berkenaan gadis? Gadis - gadis, kamu coretkanlah sendiri apa yang kamu rasa betul.

Benarkan aku lena sekarang.

Berubahlah,
12:40pm

Khamis, 4 Ogos 2011

persoalan demi persoalan


Apa sebenarnya permainan FAM? Apa yang mereka mahu sebenarnya? Strategi apa yang mereka mahu gunakan dalam persatuan itu? Janganlah cuba mahu berwayang dengan rakyat yang sentiasa mengambil berat pasal bola sepak Malaysia ini. Kami tahu permainan anda.

Apakah alasan FAM selepas membatalkan perlawanan persahabatan antara pasukan MALAYSIA dengan Indonesia 14hb Ogos 2011 nanti? Sedangkan perlawanan tersebut sudah mendapat persetujuan kedua - dua pihak. Bulshit!!! Perlawanan seperti ini yang kita inginkan dan harapkan.

Untuk latihan pusat pasukan kebangsaan, terdapat beberapa muka baru yang dipanggil. Adakah latihan pusat ini diadakan hanya untuk melibatkan perlawanan persahabatan dengan pasukan Selangor 6hb Ogos ini? (banyak sangat mainan di situ)

Sila buka mata wahai FAM. Kita perlukan perlawanan antarabangsa, bukan perlawanan SARKAS (merujuk kepada 3 perlawanan sarkas dengan kelab EPL). Tunjukkan sikap profesional anda.

Kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang menganggap remeh perkara - perkara penting.

Kecewa,
9:33pm

mencari kawan - part 2


Seperti surat - surat kiriman kenalan yang dekat dan jauh,
kita mengembara dan meneroka dari satu tempat ke tempat yang lain,
membawa bersama kenangan manis dan impian hidup yang ingin kita kongsi.
Seperti sebutir habuk yang ditiup angin,
kita mencari ketentuan hidup,
dan arah masa depan.
Kita memikul beban dan pengalaman pahit yang ingin kita tinggalkan,
kisah silam yang ingin kita lupakan,
berpegang pada harapan,
untuk memulakan hidup yang baru.
Satu hari kita akan sedar,
melakukan kesilapan adalah lumrah perjalanan hidup yang akan mendewasakan kita,
nak taknak,
kita terpaksa membuat pilihan dan berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam meneruskan pengembaraan yang tidak dapat dielakkan.
Pengembaraan yang akan membawa kita ke tempat yang baru,
dan yang akan membawa kita pulang,
bertemu dengan nafas baru.

Kamu,
12:24pm

Selasa, 2 Ogos 2011

mencari kawan - part 1

Setiap orang perlukan kawan, teman, geng, orang - orang yang kita boleh berhubung.
Tapi, apakah itu kawan?
Geng warung kopi, member seperjuangan, member lepak - lepak, rakan - rakan sekolah, teman copy paste buat assignment atau kawan - kawan yang bersama kita semasa kita kecil.
Takde prejudice, takde perbezaan, takde perbandingan, takde persaingan.
Sehingga satu hari kita belajar untuk membuka mata,
dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih.

Takdehal, sekarang ni setakat nk buat kawan memang cepat, senang dan pantas.
Tak payah keluar rumah, tak payah goyang kerusi, tak payah pening - pening kepala,
tenung skrin komputer, keletak keletuk ajer keyboard.
Boleh suka benda yang sama, tak suka pun tak ape, kenal tak kenal belakang cerita,
risiko kita tanggung sendiri.
Kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tak boleh diduga.

Kita meneruskan perjalanan hidup mencari kawan, teman, rakan untuk mengisi kekosongan tanpa menyedari mereka berada di hadapan kita.
Hanya menunggu masa untuk menemukan kita kembali,
hanya menunggu keadaan yang sesuai yang akan menentukan arah persahabatan,
kerna kawan sukar dicari ganti.


Kami,
10:21pm

bangunlah


Bangunlah,
dan berinjaklah dari situ,
panas sudah punggungmu,
berlekuk sudah kerusimu,
apa lagi yang mampu kau buat si tua,
hanya banyakkan amalanmu,
hapuskan dosamu,
banyakkan sedekahmu,
di bulan yang mulia ini,
kau sudah tidak layak,
untuk menunjukkan telunjukmu,
telunjuk kotormu,
yang kau tunjuk selama ini,
tumpul sudah taringmu,
banyak sudah umurmu,
carilah tongkat sebagai teman,
berambus kau,
nyah kau sebelum kau hilang nafas,
apa yang kau bagi?
tiada apa,
hanya menumpang nama,
apa yang kau susahkan?
menambahkan kesusahan,
aku pun disusahkan,
aku pun menagih tika itu,
dasyat aku menagih,
aku tunggu kau jatuh,
aku mahu nafas baru,
yang mampu menggerakkan segala sistem sarafnya,
memberi perubahan yang mampu tersenyum,
demi keadilan,
dan suara - suara bising.

Dia sudah lama tidur di situ.

Bertindaklah,
12:28pm

Isnin, 1 Ogos 2011

sedarlah wahai FAM


Berakhirnya perjalanan pasukan HARIMAU MALAYA ke Brazil 2014. Segala - galanya berpunca daripada tindakan FAM yang sangat bijak dengan mengadakan 3 perlawanan pertunjukan dengan KELAB EPL yang aku anggap tiada kebaikan langsung melainkan keburukan. Tiada sebab langsung kenapa FAM perlu mengadakan perlawanan tersebut kerana dalam masa beberapa hari, pemain - pemain akan terlibat dengan perlawanan yang lebih penting iaitu PUSINGAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 menentang Singapondan di Jalan Besar dan jugak Bukit Jalil. Ini terbukti dengan terhasilnya beberapa pemain utama yang cedera seperti MAT YO & AIDIL ZAFUAN. Kesannya mereka tidak dapat bermain di Jalan Besar dan jugak Bukit Jalil. Hanya Aidil yang dapat bermain di Bukit Jalil walaupun dalam masa yang singkat. Kesan daripada kekalahan menentang LIVERPOOL dan ARSENAL, skuad kebangsaan melepaskan 10 gol. Secara tidak langsung, memberi kesan kepada 4 pertahanan skuad kebangsaan dan terbawa - bawa hingga ke Jalan Besar dan Bukit Jalil. Psikologi memainkan peranan penting dalam setiap perlawanan sama ada perlawanan itu penting atau tidak. KEBODOHAN FAM telah menjerat skuad kebangsaan dan mereka telah tersungkur awal di Jalan Besar. Baru sekarang FAM mahu buka mata dan kaji semula kesan perlawanan EPL tersebut. Ini semua sudah terlambat angkara kebodohan anda FAM.

Ya, duit akan masuk hasil perlawanan pertunjukan tersebut. Tapi ia hanya memenuhkan kantung FAM yang selama ini sudah penuh dan duit - duit tersebut telah mengalir keluar entah ke mana tanpa sebab. Dan sekarang FAM menaikkan pula harga tiket sebanyak RM10 menjadikannya RM30. Harga tiket dinaikkan tanpa sebab. FAM memang bijak dalam pengurusan harga tiket. Terima kasih FAM atas kebijaksanaan anda. Dalam penjualan tiket pula, aku nampak kekurangan FAM dalam proses penjualan tiket. Hari pertama FAM sudah menjual hampir 65, 000 tiket dan tiket yg sepatutnya dijual pada hari ketiga, di tarik untuk dijual pada hari kedua. Dan janji manis FAM yang ingin mengeluarkan tiket tambahan pada hari ketiga adalah tipu semata - mata untuk menyedapkan hati penyokong MALAYSIA yang berada di Bukit Jalil yang masih belum mempunyai tiket. Di sini, aku nampak kebodohan FAM dalam proses TICKETING (speaking la sikit). Aku harap akan ada perubahan untuk masa akan datang.

Sekarang, rakyat MALAYSIA hanya bergantung kepada skuad HARIMAU MUDA yang kini sedang menjalani latihan dan perlawanan di SLOVEKIA. Skuad ini akan memulakan tugasan OLIMPIK selepas raya menentang JEPUN, BAHRAIN dan SYRIA dalam Kumpulan C. Diharapkan skuad HARIMAU MUDA ni dapat menunjukkan aksi yang lebih baik dan secara tidak langsung layak ke SUKAN OLIMPIK LONDON 2012.

Jadual Penuh Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik London 2012

FAM oh FAM,
1:42pm

Ahad, 19 Jun 2011

kopi dan rokok

Dibasahkan segelas kopi pekat,
melekat rasanya,
sebatang rokok aku nyalakan,
berkepul - kepul asap memenuhi ruang hati,
menutup segala ruang kegelapan,
sejuk malam ini sejuk,
dengan tingkap yang sengaja terbuka,
mendinginkan lagi memeluk tubuh,
berat mata tidak mahu tidur,
aku menulis di dalam sebuah buku,
nota kaki rasa aku,
apa saja ingin aku terjemahkan,
dalam keadaan yang melayang,
ingin terbang sudah aku terbang,
mahu jatuh tidak aku jatuh,
berdesir angin pantai sampai ke sini,
datangnya mana dari siapa,
jauh betul,
tipu dunia kembali bersisi,
lebih menyakitkan aku berdiri,
aku tidak bodoh lagi,
terima kasih atas semua,
takkan aku cuba merasa,
takkan ku suruh aku meminta,
biar semua bersama arus,
tidak aku terjerit lagi,
tidak aku terkapai lagi,
biar aku bohong,
habis sudah kopi aku teguk,
putus sudah sebatang rokok,
selamat malam.

Lilin,
1:51am

Selasa, 31 Mei 2011

mimpi

Bangun aku dari tidur memadam mimpi - mimpi yang mengkhayalkan,
rajanya aku di alam mimpi,
mengawal hanya dengan berfikir,
enaknya juga syaitan mengawal emosi tidurku,
yang bisa memudarkan imanku dalam sekelip mata,
walaupun aku sedar aku masih belum lena tika ini,
ke hulu ke hilir mata mencari mimpi,
syaitan menanti ingin menjahanamkan sepi,
hingga memekik meminta dunia,
terpekik terlolong di tengah malam,
memadam kesunyian yang berlarutan,
kesunyian yang memanggil aku untuk tidur,
segera.

Mimpi,
3:15am

Ahad, 29 Mei 2011

harimau malaya v epl

Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat aksi bintang - bintang EPL beraksi di Malaysia . Bukan tidak sabar melihat pasukan Kebangsaan kita beraksi, tapi tidak sabar untuk melihat idola - idola EPL kesayangan mereka beraksi. Ada yang datang dari seluruh pelusuk Tanah Air dan membeli tiket yang mahal untuk menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut. Dengan erti kata lain, hadir ke stadium dengan memakai jersi kelab - kelab EPL tersebut dan menyokong pasukan dari England itu hingga sanggup melihat pasukan Kebangsaan kita tewas di tangan mereka. Segumpulan rasa bangga melihat kelab kesayangan mereka menang walaupun dengan jumlah jaringan yang kecil. Kita mungkin merobek hati pemain pasukan kebangsaan kita sendiri. Tidakkah sedikit sebanyak akan menjatuhkan semangat pasukan Kebangsaan kita semasa mereka beraksi. Adakah terfikir akan kita tentang hal itu?

Kita sendiri akan melihat MAJORITI penyokong yang hadir adalah dari WARGANEGARA ENGLAND yang ber IC MALAYSIA apabila berlangsungnya perlawanan persahabatan antara pasukan MALAYSIA dengan 3 kelab EPL tersebut. Itulah hakikatnya sejak dari dahulu lagi. Berapa kerat saja penyokong setia pasukan MALAYSIA yang berani menyarung baju yang melambangkan identiti Malaysia. Kita lihat saja nanti. Sanggupkah kita menggadai identiti Malaysia ketika Malaysia menerima kehadiran 3 kelab EPL itu?

PROUD TO BE MALAYSIA.

“If you are ashamed to stand by your colors, you had better seek another flag” – SUPERMOKH

Harimau Malaya,
10:52pm

Sabtu, 28 Mei 2011

tipu - tipu

Huaarrrggghhhhhhhhhhh..

Lama sangat dah tidur ni. Badan makin berat. Kudrat makin malas. Buka jer mata, tengok atas, tidur balik. Tidur sampai aku tidak mampu nak tidur lagi. Biar aku bermimpi lagi dengan tipu - tipu dunia. Dengan tipu - tipu manusia yang tipikal. Tipu - tipu manusia yang biasa dilihat dan didengar. Errrgghhhhh..

Biar aku puas dengan tipu - tipu yang indah itu. Biarlah.
Aku nak tidur lagi.
Selamat malam tipu - tipu.

Tengah kota,
2:18am