Jumaat, 4 Mac 2011

cuba lagi

Puas sudah aku berehat,
baring.. berguling.. memeluk..
aku sentiasa tidur,
aku sentiasa menyibuk,
bila aku sedari,
aku sedang berfikir,
apa yang sedang aku fikirkan?
aku sedang bekerja?
aku sedang membuang masa?
aku sedang berkata - kata?
atau aku sedang..
diselubungi helaian putih?
bila aku pergi nanti,
siapa akan aku bawa?
tiada siapa,
apa akan aku bawa?
sesuatu yang disuruhNya,
ada-kah aku itu?
apa yang perlu aku jawab?
tahukah aku kata - kata?
di mana akan aku berada?
banyak sudah kelakuanku,
pekerti tidak semesti dipandang,
diludah mungkin jugak,
sial!!
aku tidak tahu apa yang sial,
siapa yang sial,
pedulik!!
langkahan aku semakin jauh terinjak,
lariku semakin hilang di sana,
tiada siapa di belakang,
mataku hanya memerhati,
yang berisi dengan kebodohan,
berat telapak ingin memberi,
sudah tiada, terhegeh menghulur simpati,
menangisi lagi,
pergi mati!!!
silau sana sini,
DSLR, Canon dan macam - macam lagi,
baru terasa ingin memberi,
pura - pura berisi,
pergi mati!!!
cuba aku berfikir lagi,
cuba lagi,
dan aku terus mencuba,
sampai mati,
sampai aku pergi.

Hari - hari..

Dilema ke?
1:04

Ahad, 21 November 2010

karut dan carut

Mereka suka mengarut,
mereka suka mencarut,
sentiasa mengarut,
mengarut katanya,
asyik nak mengarut,
karut - mengarut,
kerja pun nak mencarut,
sembang pun nak mencarut,
dia tukang carut agaknya,
ke tukang karut,
karut sentiasalah dikarut,
jalan pun mencarut,
lari pun mencarut,
beratur pun mencarut,
diam pun mencarut,
bising lagi la mencarut,
dalam ramai pun mencarut,
itu yang dia karutkan,
bangganya mencarut,
dialah kepala karut,
yang suka mencarut,
hingga orang terikut karut,
dan mencarut,
kuasa dia hanya mencarut,
dengan karut - marut,
karut yang mengarut,
mukanya ingin aku carut,
biar dia tidak lagi mengarut,
suka mencarut,
biar mulutnya tidak bisa berkata carut,
ingin aku diamkannya karut,
kerna aku bisa juga mengarut,
hingga tiada siapa mengarut,
dan mencarut,
bukan untuk mengarut,
dan mencarut,
bebas untuk mencarut,
itulah dia suka mengarut,
bunuh saja si karut,
bunuh saja.

Kuala Lumpur,
10:33 am

kota lumpur menjadi pujaan

Di sini aku duduk dan merasai alam,
hembusan angin yang membeku menumbangkan segala,
di kanan aku sebuah bongkah yang besar,
di kiri aku kebanggan sebuah tempat lepak anak - anak muda berteknologi moden,
hala tuju yang menyesakkan di hujung minggu,
sebuah tempat yang banyak wataknya,
banyak kerenahnya,
dan banyak pegangan di tangannya,
aku bersila di tembok itu berseorangan,
kelihatan figura - figura bergerak yang sibuk ke sana ke mari,
berseorangan,
berseksian,
berpasangan,
berkeluarga,
berkumpulan,
berkurangan di badan,
berkata yang tidak di dengar,
pedulik apa aku,
aku hanya bersila, bukan menyelak yang berlalu,
dan aku memerhati,
keegoan dan keangkuhan di setiap mimik muka yang melangkah,
melekap di sana,
melekap di sini,
itulah orang kita,
ditiup angin membelah masa,
ditiup angin mendabik dada,
dada yang sudah besar dibanggakan lagi,
itulah orang kita,
orang siapa lagi,
itulah yang memberikan sinar pada keadaan di dunia,
cantik sekali,
dengan hujan menjadi teman,
air memancut setiap masa,
dengan melodi waktu yang berterusan hingga larut malam,
dan aku masih bersila di sini,
menantikan masa yang aku rasa sesuai untuk pulang,
dengan hujan yang rintik menjadi lebat,
menanti lebat menjadi kurang,
kota lumpur menjadi pujaan.

Aku tau.. ada yang melihat aku.
15/11/2010 - 5:37 pm

Lembah di Tengah,
2:18 am

Ahad, 31 Oktober 2010

tidur aku di sini

Sudah tebal habuk - habuk di sini, kerna sudah lama tidak aku kemas blog ini. Aku ada, cuma bercuti mencari mimpi. Ini entri aku.

Tidur aku di sini,
dibunyikan bunyi jentera diluar dinding,
ditempekkan dengkuran sang kawan yg sedang lena,
dengan 'hari hijau' yang berkumandang,
aku masih tidak tidur,
sedangkan mata ini ingin dirapatkan sangat - sangat,
minggu penguhujung aku dengan mereka - mereka ini,
dengan dia - dia, kamu - kamu, awak - awak,
bila lagi selepas ini,
entah ada entah tiada,
mata aku tidak membenarkan,
aku ingin tidur,
kerna esok yang terawal adalah aku,
errmmmmm...
sudah aku bersihkan habuk - habuk ini,
sudah aku kilatkan semua,
selamat pagi.

Exam Ward
2:20 am

Isnin, 9 Ogos 2010

angin yang tersenyum

Hidup baru dengan nafas baru,
tidak perlu meniup habuk lagi,
tidak perlu mengelap lagi,
hanya angin yang membawa ia pergi,
hanya sejuk menemani malam ini,
menarik senyuman dengan pasti,
lihat saja ke mana ia,
ikut saja ke mana pergi,
tanya tangan jari menunjuk,
tanya kaki ke depan sudah,
tanya kepala tidak ingin berpaling,
malam tetap akan terang,
terang tetap akan berubah,
hanya angin meniup segala,
hanya akal menemani kita,
sejuk laptop ini dalam panas,
beku jemari ini di balik senyuman,
angin tersenyum kita gembira.

Semua rasa bersatu.

Hari - hari terakhir di sini.
2:31am

Ahad, 8 Ogos 2010

terima kasih

Biarkan dia pergi bersama habuk - habuk yang aku tiup pada laptop ini. Biar bersih laptop ini, biar bersih otak ini. Aku perlu hidup, aku perlu melihat. Bukan aku menoleh lagi. Bukan aku melambai lagi. Persetankan saja yang berlaku. Cilakalah yang terbuang itu, sampahkan saja yang kotor itu. Biarkan saja tanda - tanda itu terlerai tanpa jawapan. Bosan, aku nak tidur. zzZZZzzzZZzzzz...

Terima kasih kamu.

Tidurlah aku.
1:37am

Sabtu, 7 Ogos 2010

bahagia kami

Hari ini hari bahagia aku dan kami. Lupakan semua yang terkecewa dan penipuan yang diterima. Buang ke dalam tong sampah dan bawalah ia pergi. Aku kena gembira hari ini.

Tahniah semua !!

UM Convocation Ceremony 2010.


Ijazah itu milik kami.
10:59am

Khamis, 5 Ogos 2010

persoalan terbiar

Kejap aku tengok phone, sangkut lagi tulisnya. Kejap aku tengok inbox, tiada perubahan kedudukannya. Kejap aku menekan hijau, bunyi yang sama dengarnya. Kejap aku mencari, tiada apa yang aku jumpa. Kejap aku termenung, mencari silap yang tergantung. Kejap aku bertanya, negatif lagi yang aku terima. Kejap aku baring, meletak tangan di dahi menghalangnya pergi. Kejap aku mengeluh, tapi apa yang aku dapat. Semuanya sia - sia. Sia - sia? Mungkin ..

Melihat papan kekunci sepanjang masa, tidak tahu lagi apa yang ingin aku tanya dan pada siapa harus aku bertanya. Semua yang berkenaan menghilangkan diri. Lari entah ke mana membawa pergi semua jawapan pada setiap persoalan yang aku ajukan. Aku digantung di sini bersama persoalan - persoalan yang aku genggam kemas di kedua tangan ini. Tidak aku benarkan ia terlerai jatuh menghempas tanah. Kerna aku bimbang ia akan kotor dicemari najis - najis yang bersepah. Biarlah ia begitu sehingga aku tahu kebenarannya. Larilah sejauh mungkin yang kau boleh lari, kerna aku pasti akan mengejar.

Kau lemparkan pada aku harapan dan kau lari membiarkannya bersama aku. Kau hilang dan dia masih ada bersama aku.

Panas. Panas di sini. Aku jugak panas. Semua yang aku rasa disatukan dengan rasa panas. Kopi o yang aku telan ini jugak panas. Pekat rasanya. Apa yang aku rasa jugak pekat sekali. Apa lagi aku nak sepahkan di sini? Semua sudah aku sepahkan. Apa lagi yang belum? Nak tulis apa lagi? Tulis itu.. Tulis ini.. Sana sini situ.. Tulis dan tulis..

Di mana?

Larilah selaju yang boleh,
10:05 pm

mana kamu?

Apa lagi,
apa lagi aku nak buat,
masih tak sampai,
masih loading,
ke sana sudah,
ke sini pun sudah,
ke situ pun sudah,
berulang - ulangkali ke sana ke sini dan ke situ,
masih belum aku melihat,
walaupun aku rasa dekat,
walaupun hampir itu ada,
walaupun rasa itu ada,
acapkali disentap,
direntap,
menunggu sesuatu yang aku pasti,
pasti akan muncul jugak satu hari nanti,
aku hanya bertemankan sabar,
disebalik harapan,
dan usaha untuk melihat,
waktu itu dan saat ini betapa bezanya,
tidak aku kira,
ingin aku cepatkan waktu itu jika aku ketahui,
yang aku pasti ada,
bertemankan habuk - habuk di papan kekunci ini,
meniup dan mengelap dengan lemah,
dengan jari yang tidak pernah mengalah untuk mencuba,
menekan selagi boleh itu ada,
hingga terdengar suara itu,
yang aku tunggu,
senyum aku tika itu.

Mana kamu ???

Mana kamu Puteri Salju?
2:05pm

Selasa, 3 Ogos 2010

sila cuba sebentar lagi

"..sila cuba sebentar lagi.."

Semalaman dan seharian, suara yang sama aku dengar, kata - kata yang sama yang menyakitkan gegendang telinga aku. Berpuluh - puluh telah keluar, namun yang terakhir tetap sama dengan yang pertama. Hingga tika ini, jari jemari ini masih cuba menekan benda yang sama dan warna yang sama. Tetap suara yang sama muncul membingitkan telinga kiri ini. Bila suara itu mahu berubah? Aku terus menekan hingga kedengaran suara yang berbeza, suara yang bisa aku dengar sebelum ini. Tekanlah aku hingga datangnya suara itu mententeramkan kembali telinga ini.

Dia ada di depan mata aku, tapi aku tidak bisa nampak lagi, tidak bisa melihat lagi. Hanya menunggu masa aku membuka mata dengan izin - Nya. Mungkin ini ujian yang harus aku lulus dengan CGPA yang membanggakan, hingga aku berjaya menggenggam segulung 'ijazah' itu selama - lamanya.

Apa yang aku fikir tidak sampai, apa yang aku tanya tersangkut di celahan angin, apa yang aku mengadu disentap hujan yang lebat. Apa yang dilakukan sekarang, tidak aku ketahui. Khabarnya hari ini, hanya aku sendiri yang jawab. Mungkin hari ini sahaja. Ya, hari ini sahaja. Selamat ke atasnya.

Sampaikanlah salam ini.

KK5 UM,
11:46 am